ENTRI TERBARU

Category Archives: Terbaik Di Arib Ismail

Feed Subscription<

5 Tips Bijak Ketika Membeli Handphone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! Hehe, harini Arib rasa nak share sikit mengenai tips ketika nak beli handphone ni. Korang-korang yang maybe akan beli handphone baru dalam masa terdekat ni wajib korang baca. Kalau korang tak nak beli handphone pun wajib korang baca sebagai peringatan sebelum terkena, ehh? Hee, klik ‘read more‘ untuk selanjutnya!


Okay, maybe korang pernah beli handphone sendiri sebelum ni. Tapi korang tahu sebenarnya ramai antara pembeli handphone sekarang ni ‘kena tipu’ secara halus oleh tauke-tauke kedai yang tidak munasabah?

Mengikut pengalaman Arib yang suka berkunjung ke kedai handphone ni banyak sebenarnya Arib perhatikan terutamanya ketika seseorang nak beli phone baru. Ada saja tawaran daripada si jurujual yang seolah-olah memaksa pelanggan mereka untuk menerima tawaran mereka ini. Ada yang menyarankan untuk membeli memory card 2GB dengan harga RM30 yang kononnya murah. Sedangkan di Low Yat, memory card 8GB berharga RM20!

So dalam post ni Arib terpanggil untuk share mengenai tips yang perlu korang ingat ketika beli handphone.

1. Bijak tawar-menawar

Korang mesti nak handphone dengan harga yang murah kan? So apa salahnya korang buat survey dulu model handphone yang korang nak beli tuu dekat kedai lain. Survey jea banyak-banyak sampai jumpa kedai yang betul-betul murah.

Bila dah jumpa model handphone yang korang nak cari tuu dengan harga yang paling murah, korang cubalah mintak tawar kat jurujual tuu. Tawarlah serendah yang mungkin. Contoh kalau harga handphone tuu RM500, korang tawarlah jadi RM450 kea. Kalau dia tak bagi turun harga, korang cuba acah-acah tak nak beli atau cuba compare dengan kedai lain. Teknik ni paling penting untuk physco si jurujual ni. Selalunya jurujual ni akan cair dengan physco yang korang buat. Percayalah.

2. Jangan terima tawaran masukkan software jika dicaj

Benda ni banyak kali Arib perhatikan bila nak beli handphone ni. Korang janganlah tertipu dengan tawaran yang kata masuk software itu masuk software ini dapat murah. Korang tau tak, korang boleh masukkan software tuu sendiri okay!

Serius pandai jurujual handphone ni ‘pancing’ pelanggan mereka. Ada kea patut kata diorang akan siapkan sekali dengan jailbreak handphone Android (kalau korang beli phone Android) bila korang bayar ‘pakej’ yang diorang tawarkan. Kononnya korang boleh download software free dengan apps yang diorang masukkan tuu. Apakah?! Jailbreak pada Android?! Ini adalah satu penipuan terang-terangan! Mana ada istilah jailbreak dalam Android? Jailbreak untuk iPhone okay! So korang, hati-hati. Kalau dia rela nak masukkan takpe. Jangan sampai dicaj semata-mata nak masuk software yea. Korang nak kea bagi RM80 kat diorang tuu free-free?


Ini rahsia yang dikatakan boleh download apps free tuu. Korang boleh cari di 4shared.com

3. Jangan bayar lebih untuk beli memory card

Fuhhh, ini satu lagi ‘sindiket’ secara halus yang jurujual handphone buat kat pelanggan mereka. Seperti apa yang Arib cakap kat atas ni, memory card yang dijual dekat kedai handphone harga melampau-lampau habis! MicroSD 2GB RM30?! Itu okay lagi. Ada yang sampai memory card 4GB RM45 kata murah? Murah?! Okay, secara eksklusif kat blog ni, korang tengok lah sendiri harga pasaran memory card dekat Malaysia ni.


Hehe, tak perlu tunggu PC Fair pun dah boleh dapat murah ๐Ÿ˜‰

Kalau boleh, beli memory card dengan harga kat atas ni dekat Low Yat Plaza. Kalau korang tinggal jauh, Arib syorkan korang beli dekat hypermarket macam Carrefour atau Tesco sebab harga memory card diorang tak jauh sangat dengan harga pasaran. Satu lagi, kalau tempat korang ada PC Fair, korang pergilah PC Fair. Kalau malas nak tunggu, pergi hypermarket yang Arib cakap kat atas ni. Kalau yang duduk area KL, tak perlu tunggu PC Fair pun takpe sebab Low Yat Plaza dah memang tawarkan harga PC Fair malah jauh lebih murah daripada PC Fair yang ada 3 kali setahun tuu.

So korang jangan lah ‘ter’bayar lebih kepada si jurujual handphone ni. Rugi jea nanti.

4. Screen protector lebih RM10 say bye bye

Okay, Arib kalau beli handphone, Arib tak kan terima tawaran nak pasang screen protector ni. Sebab pasang kat kedai jual handphone confirm-confirm harga dia lebih RM10 malah ada yang lebih mahal dari tuu bergantung jenis screen protector yang korang nak pakai. Ada screen protector kalis cap jari, ada yang screen protector privacy.

So apa yang Arib sarankan, kalau korang nak pasang, better pergi pasar malam sebab screen protector kat situ harga dalam RM5 sahaja siap pasang. Kat pasar malam lebih murah sebab diorang tak perlu bayar sewa kedai mahal. So kalau korang nak cari aksesori handphone macam cover case kea apa, better beli kat pasar malam jea. Jauh lebih murah. Korang pun dapat save budget korang.

5. Pastikan No. IMEI di handphone dan kotak pakej adalah sama (jika beli baru)

Hehe, yang ni untuk korang yang nak beli handphone baru. Kalau beli handphone second hand tak perlu ikut ehh. Takde kotak pun, huhu. Okay, benda ni simple jea. Korang tengok no. IMEI dekat handphone baru korang tuu pastu compare kan dengan kotak handphone tuu. Pastikan sama. Nanti senang nak claim waranty.

 


Yayy! No. IMEI kat kotak dengan kat handphone sama! *wink wink*

Macam mana nak tengok no. IMEI dekat phone? Dail *#06#. Nanti secara automatik handphone akan paparkan no. IMEI. Kalau susah sangat, korang boleh rujuk no. IMEI dibelakang battery handphone.

Konklusi

So Arib harap sangat korang cuba ingat tips-tips ni before beli handphone tuu. Kalau ada kawan-kawan mintak temankan beli phone pun kalau boleh ingatkan tentang tips-tips ni. Jadilah pembeli yang bijak supaya korang tak tertipu dengan ‘tipu muslihat’ jurujual handphone ni.

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Kalau saya beli phone, saya akan tawar setawar-tawarnya harga phone tuu before beli. Pastu saya akan ignore segala tawaran yang jurujual tawarkan kat saya contoh macam protector, aksesori apa semua. Saya just nak beli phone jea. Dengan cara tuu lah baru rasa puas beli dan guna phone tuu, hehe.

Panduan Membeli Notebook Untuk Pelajar Universiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Ahha, dalam masa terdekat ni, ramai pelajar lepasan SPM yang dah nak masuk universiti dan kolej. So dalam kesempatan ini Arib nak share beberapa panduan untuk membeli notebook sebagai persediaan korang di IPT nanti! Tanpa melengahkan masa lagi, klik โ€˜read moreโ€™ untuk selanjutnya!

*Entri asal di arib2020.blogspot.com. Diterbitkan semula di aribismail.com. Untuk lihat entri asal dan komen, [KLIK SINI]

Hai hai hai! Apa khabar korang semua? Hehe. First sekali sorry sangat-sangat sebab dah jarang update blog ni. Kehidupan bulan Mei Arib agak sibuk sedikit dengan exam mid-term dan assignment yang kedua. Walau bagaimanapun, Arib sempat menulis post ni atas permintaan ramai untuk menghuraikan notebook mana yang terbaik untuk dibeli. Musim-musim nak masuk ke IPT ni kebanyakan pelajar akan membeli sebuah notebook personal sebagai kemudahan dalam melaksanakan tugasan di IPT. So dalam masa yang terdekat, nak kena cari jugak satu notebook sebelum masuk universiti atau kolej nanti.

Huhu, agak sukar sebenarnya nak recommend notebook dengan cara menulis post kat blog. Sebabnya, notebook tak seperti handphone. Kalau handphone, kita boleh recommend mengikut jenis model handphone tuu. Contoh kalau budget bawah RM500 dan nak guna untuk bergambar, kita boleh suggest model Xperia bla bla something macam tuu. Kalau notebook? Nak recommend mengikut model memang agak payah kerana model notebook selalunya hadir dengan spesifikasi dan nombor model yang berbeza. Jadi, nak recommend notebook ni selalunya perlu dilihat berdasarkan spesifikasi notebook itu sendiri.

Okay, first thing bila orang tanya Arib, โ€œnotebook apa yang patut dibeli?โ€, Arib akan tanya balik kat orang tuu, โ€œbudget berapa?โ€ dan โ€œguna notebook tuu selalu untuk apa?โ€. Dalam situasi ni, Arib cuba untuk arrange budget korang dengan kegunaan korang dengan notebook tuu. Bukannya apa, mungkin ada di antara korang guna notebook just nak buat kerja assignment dan internet browsing jea tapi beli notebook untuk gaming yang harga lebih 2k-3k tuu, tak kea rasa membazir? So jenis spesifikasi notebook yang korang bakal cari biarlah padan dengan kegunaan korang tu.

Peringatan: Sebelum Arib meneruskan penerangan mengenai jenis notebook yang bagus untuk korang beli, first thing Arib nak ingatkan, semua jenama notebook adalah bagus yea. So Arib takkan recommend mengikut jenama macam HP lagi bagus kea, Dell okay sikit kea, sebab semua pengeluar notebook nak kan yang terbaik untuk notebook mereka. Jadi korang sila buang mentaliti jenama itu cepat rosak lah, cepat panas lah, cepat hang lah sebab notebook tu jadi macam tu adalah disebabkan penggunaan korang sendiri.

Dalam post ni, Arib cuba recommend dengan penerangan yang mudah dan basic mengikut processor dengan harga yang notebook yang paling murah untuk pelajar mengikut jenis kegunaan. Arib akan cuba kurangkan istilah yang advance yang sering digunakan oleh golongan IT geek untuk mengelakkan sebarang kekeliruan buat korang semua.

Peringatan: Sebelum Arib menghuraikan lebih panjang lagi, kat sini Arib nak beritahu yang notebook tidak mempunyai ‘graphics card’ tapi mempunyai ‘graphics accelerator’. Sebabnya notebook tiada slot untuk ‘graphics card’ dan ‘graphics card’ tidak boleh dimasukkan/upgrade dalam notebook. Pendek kata, istilah ‘graphics card’ hanyalah untuk PC. Dalam huraian Arib di bawah, Arib akan gunakan istilah ‘graphics accelerator’ sebagai panggilan untuk sebutan yang orang kita selalu sebut ‘graphics card’. So harap sangat korang tak tiba-tiba blur bila Arib sebut istilah ‘graphics accelerator’ di bawah.

Untuk memudahkan kefahaman korang, korang anggap lah fungsi ‘graphics accelerator’ adalah seperti di bawah ni.

Fungsi Graphics Accelerator = Fungsi Graphics Card

Q: Pebenda Graphics Card ni? Graphics Accelerator ni apa pulak?

A: Actually, seperti rajah equation di atas, fungsi ‘graphics accelerator’ dan fungsi ‘graphics card’ adalah sama. Tujuannya adalah untuk memproses grafik di dalam komputer. Semakin canggih graphics accelerator/graphics card, semakin tinggi tahap kualiti grafik paparan komputer. Tapi ingat, kedua-duanya adalah berbeza dari segi istilah. ‘Graphics card’ untuk PC, manakala ‘graphics accelerator’ untuk notebook.

Berbalik kepada topik utama, hahh, bagi yang kaki gaming especially lelaki, saya juga telah meletakkan ruangan โ€œTahap Kegunaan Untuk Gamingโ€ untuk korang refer notebook tuu sesuai kea tak untuk main game. Dah menjadi lumrah bagi lelaki, time bosan-bosan mesti nak gaming kan? Hehe.

Arahan: First sekali, korang baca dulu situasi di bawah. Lepas baca semua situasi, pilih satu situasi yang ada iras-iras dengan penggunaan korang.


Situasi 1: Guna notebook untuk buat presentation dan assignment, internet browsing, FB & Twitter, Blogging, Skype, menonton video Youtube, Running Man, K-Drama (King 2 Hearts? Rooftop Prince? Whatever u_u) dan movie.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Undang-undang, Agama, Perniagaan, Perguruan, Penternakan, Masakan, dan lain-lain jurusan yang tidak memerlukan penggunaan notebook yang tinggi.

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor AMD Dual-Core (AMD E1/E2)

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Rendah. Game seperti Counter Strike boleh dimainkan like a boss. Tiada masalah. Game sekitar tahun 2005 macam GTA San Andreas & Need For Speed Underground 2 masih lepas untuk dimainkan. Apapun, tidak recommend untuk kaki Dota. Boleh main, cuma kadangkala slow untuk Dota dan perlu setting dengan kualiti grafik yang rendah. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan cuma resolusi dan graphics detail setting mestilah berada di tahap PALING RENDAH.

Harga Pasaran: Bawah RM1000. Selalunya dekat kedai boleh didapati dengan harga dalam RM999.



Situasi 2: Nak guna untuk semua aktiviti dalam situasi 1 tapi dalam masa yang sama nak guna untuk buat kerja programming.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Sains Komputer, Teknologi Maklumat, e-Business, dan Kejuruteraan Perisian.

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor AMD A6

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Sederhana. Kebanyakan game baru seperti Need For Speed Most Wanted (2012) boleh dimainkan tanpa masalah. Recommend untuk kaki Dota. Boleh main dengan grafik yang memuaskan. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan cuma resolusi dan graphics detail setting mestilah berada di tahap MEDIUM.

Harga Pasaran: Bawah RM1400. Selalunya dekat kedai harga dalam RM1399.



Situasi 3: Nak guna untuk semua aktiviti dalam situasi 1 dan 2 tapi dalam masa yang sama nak guna untuk buat design, ubah lagu dan edit video HD atau erti kata lain kegunaan yang lebih melibatkan Grafik & Multimedia.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Multimedia, Seni Bina atau jurusan ke arah Architecture (Penggunaan AutoCAD), Komunikasi & Media (untuk kerja-kerja berkaitan dengan video editing).

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor Intel i5 atau AMD A8.

Nota: Untuk processor Intel i5, sila pastikan ada cip grafik Nvidia atau AMD Radeon di dalam notebook tersebut untuk kepuasan multimedia. (Rujuk sticker Nvidia atau AMD Radeon pada notebook)

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Tinggi. Kebanyakan game baru seperti Battlefield 3 boleh dimainkan dengan baik. Sangat recommend untuk kaki Dota. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan dengan resolusi dan graphics detail setting HIGH.

Harga Pasaran: Bawah RM1900. Selalunya dekat kedai harga dalam RM1899.



Situasi 4: Nak guna untuk semua aktiviti dalam situasi 1, 2, dan 3 tapi jumlah besar bersama notebook adalah untuk GAMING. Hehe.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Jurutera Permainan Komputer dan Multimedia (kerap menggunakan video Full HD untuk editing).

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor Intel i7

Nota: Untuk processor Intel i7, sila pastikan ada cip grafik Nvidia atau AMD Radeon di dalam notebook tersebut untuk kepuasan untuk bergaming. (Rujuk sticker Nvidia atau AMD Radeon pada notebook)

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Sangat tinggi. Hampir semua game baru seperti dapat dimainkan dengan cemerlang. Sangat recommend untuk kaki Dota. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan dengan resolusi tinggi dan graphics detail setting MAXIMUM.

Harga Pasaran: Bawah RM2500. Selalunya dekat kedai harga dalam RM2499.



Hahh, dah baca semua situasi di atas? Dah pilih situasi mana yang iras-iras dengan keperluan korang? Okay, sekarang, apa yang korang perlu buat ialah korang catat lah kat dalam mana-mana “Jenis Notebook Yang Disyorkan” dengan “Harga Pasaran” yang Arib dah tulis kat atas ni. Masa nak beli notebook ni nanti, gunakan kedua-dua information ni untuk survey notebook.

Contoh Arib pilih situasi 3, so “Jenis Notebook Yang Disyorkan” ialah Intel i5 atau AMD A8. Maknanya Arib akan survey kat tempat jual notebook yang ada jual notebook dengan processor Intel i5 atau AMD A8 ni dengan “Harga Pasaran” bawah RM1900. Jenama tak kisah. Asalkan processor ni ada. Lebih RM1800 Arib reject dan bawah RM1900 sahaja akan dibeli.

Q: Intel atau AMD? Mana yang lebih baik?

A: Agak sukar sebenarnya untuk compare processor Intel dengan AMD ni sebab masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tapi bagi Arib, Arib prefer dengan AMD processor sebab harga lebih murah daripada Intel dan prestasinya sangat memberangsangkan terutama dari segi grafik. Kalau korang tengok notebook RM999 kat atas ni, notebook tuu menggunakan AMD dual-core processor. Apa yang menarik, notebook tuu siap ada graphics accelerator AMD Radeon lagi walaupun harga RM999. Kalau notebook Intel, memang tak dapat harga macam tuu yang siap dengan graphics accelerator. Senang cerita, kalau korang nak notebook dengan graphics yang canggih tapi budget terhad, korang belilah AMD. Ada budget lebih belilah Intel. Apapun, perkara ni tak perlu korang risau sebab kedua-dua brand processor ni dah sememangnya bagus dan laju.

Tips: Bagi korang yang nak cari notebook ni, pastikan notebook korang ada graphics accelerator sama ada Nvidia atau AMD Radeon. Benda ni sangat penting sebab future computing memang banyak akan pakai benda bergrafik ni. Kalau korang pilih notebook dengan AMD processor, benda ni tak jadi masalah sebab processor AMD ni memang ada graphics AMD Radeon. Yang jadi masalah bila beli notebook dengan Intel processor sebab tak semua ada graphics accelerator ni. So pastikan ada baru beli. Untuk long term usage. Mesti korang nak guna lama kan? Hehe.

Q: Macam mana nak tahu notebook tu ada graphics accelerator ke tak?

A: Cara paling mudah ialah dengan melihat sticker yang ada dekat bahagian ‘palm rest’ notebook. Ada sahaja stiker “Nvidia” atau “Radeon” tu bermakna ada graphics accelerator lah dalam tuu.


Notebook dengan graphics accelerator AMD Radeon


Notebook dengan graphics accelerator Nvidia

Penafian #1: Jenis model notebook yang dipaparkan di blogpost ini hanya sekadar memberi gambaran kepada para pembaca dan tidak semestinya model tersebut yang perlu dicari atau dibeli. Spesifikasi dan harga pada gambar yang dipaparkan adalah benar dan ditangkap pada tarikh 19 Mei 2012 di Low Yat Plaza.

Penafian #2: Kesemua harga dan spesifikasi notebook yang direcommend dalam blogpost ini adalah mengikut sekitar masa pertengahan bulan Mei 2012.

Penafian #3: Kesemua spesifikasi mengikut keperluan yang dicadangkan hanyalah sekadar pandangan penulis untuk membantu para pembaca dalam memilih notebook dengan harga yang paling minima dan sesuai untuk pelajar. Pembaca berhak untuk memilih selain daripada spesifikasi yang dicadangkan.

Penafian #4: Huraian yang telah dinyatakan di atas hanya untuk golongan yang bukan terdiri daripada IT Geek. Bermakna istilah dan pendapat mungkin sedikit berbeza kerana istilah dan pendapat tersebut telah diminimakan dengan istilah yang mudah untuk memenuhi kefahaman pembaca.

Jika ada sebarang kemusykilan, boleh ditanya pada ruangan comment di bawah atau cara yang lebih pantas melalui twitter Arib: @aribismail. Hehe, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam ๐Ÿ™‚

*Entri asal di arib2020.blogspot.com. Diterbitkan semula di aribismail.com. Untuk lihat entri asal dan komen, [KLIK SINI]

Nota Arib: Rasanya menulis post ni cabaran paling getir. Ambik masa beberapa hari untuk rangka formula macam mana nak explain dan suggest notebook ni. Ni pun tak puas hati lagi sebab rasa macam ada kekurangan. So korang kalau ada apa-apa cadangan atau comment, bagi lah erk ๐Ÿ˜€

Close Up: Nokia Lumia 710 – Smartphone Windows Phone 7 Bawah RM1000!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Syukur Alhamdulillah kerana Arib diberi peluang daripada Nokia Malaysia untuk membuat ulasan Nokia Lumia 710 secara eksklusif di blog ni. Hehe.

Pertama sekali Arib nak ucapkan ribuan berbanyak terima kasih kepada En. Asri al-Baker (@asrialbaker) di atas pemberian unit review Nokia Lumia 710 ni. En. Asri diberi tanggungjawab daripada Nokia Malaysia untuk pass-pass unit review Nokia Lumia 710 ni kepada blogger. Kalau korang nak tau, En. Asri ni merupakan orang kuat i-symbian.com dan symbianku.com yang banyak menyumbangkan idea dan artikel dalam dunia Symbian dan smartphone masa kini. So sekalung penghargaan didahulukan kepada En. Asri al-Baker atas peminjaman review unit ni kepada Arib selama 5 hari. Thank you bro! Hehe.

Okay, sebelum ni Arib pernah cerita pasal hari pelancaran Nokia Lumia 800 dan Nokia Lumia 710 dekat blog ni. Kalau korang tak baca lagi, korang klik sini. Dalam post tu pun Arib just cerita fungsi yang ada pada kedua-dua smartphone ni. So dalam post ni, Arib akan review salah satu keluarga siri Nokia Lumia iaitu Nokia Lumia 710.

 


Seperti gambar di atas, kotak pembelian Nokia Lumia 710 didatangkan dengan rekaan kotak yang baharu sama seperti kotak Nokia X7, Nokia N9, dan Nokia Lumia 800. Tiada sebarang CD/DVD software di dalam (zaman semua guna internet, so download lagi senang) dan apa yang menariknya, kesemua material kotak 100% boleh dikitar semula.

Pakej standard Nokia Lumia 710:

  • Nokia Lumia 710
  • Nokia AC-10 MicroUSB Charger
  • Nokia Charging dan Data Cable CA-190CD
  • Nokia Headset WH-208
  • Quick Guide, User Guide, dan Product information leaflet

Sebelum bercerita panjang, apa kata kita berkenalan dengan spesifikasi Nokia Lumia 710 ni (:

Platform: Windows Phone 7.5 Mango
CPU: Qualcomm MSM8255 1.4 GHz Single Core, 512 MB RAM
Band: GSM 850/900/1800/1900 & HSDPA 900/1900/2100
Ukuran: 119 x 62.4 x 12.5 mm
Berat: 125.5g
Bateri: Li-Ion 1300 mAh
Masa Menunggu: Sehingga 400 jam (2G), sehingga 400 jam (3G)
Masa Berbual: 6 jam 50 minit (2G), 7 jam 40 minit (3G)
Skrin Sentuh: 3.7 inci dengan resolusi paparan 480 x 800 piksel
Jenis Skrin: Capative
Warna Skrin: 16 juta warna
Kamera: 5 Megapiksel (autofokus, LED flash)
Memori: 8GB, tiada peningkatan memori
Fungsi lain: Nokia Maps, WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth versi 2.1 dengan A2DP, rakaman video HD (720p), sokongan A-GPS

First impression bila pegang phone ni terasa macam pegang Samsung Galaxy Nexus. Tak tau lah maybe skrin dia kowt yang nampak anggun anggun gituu, ahha. Kat bahagian depan Nokia Lumia 710 ni menempatkan skrin sentuh 3.7 inci dan jugak tiga butang kawalan fizikal Windows Phone. Apa yang sedikit mengecewakan, tiada kamera panggilan video dan apa yang korang nampak kat atas tuu hanyalah light sensor dan proximity sensor.

 

 

 


Bahagian atas Nokia Lumia 710 pulak tersedia dengan 3.5 mm earphone jack dan sambungan untuk kabel microUSB dan charger. Yeah, macam ni senang lah nak cucuk earphone, hehe. Kat atas ni jugak terletaknya button lock untuk lock atau unlock phone. *prefer button lock kat tepi sebab handphone besar. guna sebelah tangan nak unlock phone serius sangat menyusahkan. ada satu tahap sampai nak terjatuh dah phone ni =___=


Perkara yang Arib tak beberapa suka adalah kedudukan speaker Nokia Lumia 710 yang terletak kat belakang phone ni. Serius tak beberapa menarik sebab speaker akan tertutup jika diletakkan dalam poket seluar. So mesti ada problem nak dengar ringtone orang calling lagi-lagi bila pergi tempat yang ramai orang. Prefer lagi kedudukan speaker kat atas phone.

Windows Phone 7 sememangnya sebuah sistem operasi yang ditunggu-tunggu bagi penggemar smartphone di seluruh dunia. Nokia Lumia 710 antara smartphone yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7. Untuk sistem operasi, Arib suka dengan User Interface (UI) Windows Phone 7 ni. Sebagai peminat seni Typography, Metro UI yang digunakan dalam Windows Phone 7 ni sangat mengujakan Arib. Seriously, simple dan tak serabutkan mata. Kalau korang tengok paparan home screen Windows Phone 7 ni, korang akan dapati kotak atau tile ni beranimasi. Cantik, itu jew yang Arib dapat kata. Senang cerita, Metro UI menggabungkan grafik yang ringkas dan tulisan sebagai element utama dalam UI ni, memang kelas ๐Ÿ˜‰

 

Okay, jom kita tengok pulak beberapa perkara yang menarik dalam Nokia Lumia 710 ni!

People Hub

Perkara yang menarik tentang Windows Phone 7 ni adalah kehadiran fungsi People Hub. Fungsi ni membolehkan korang melihat contact dan apa yang menariknya boleh dilihat sekali update daripada Facebook dan Twitter daripada contact tersebut tanpa perlu korang bukak sebarang software social networking. Semua dalam satu tempat.

*melting* (melting sebab someone?) -.-

 

*sorry BRK (@mubarakdragon) sebab jadi model dalam ni, HAHA.

Marketplace

Perkara utama yang boleh didapati pada smartphone masa kini adalah fungsi penjualan aplikasi dan games. Dalam Windows Phone 7 lebih dikenali sebagai Marketplace. Kat sini korang boleh download pelbagai aplikasi dan games dalam antara muka Metro UI yang sangat mengasyikkan.

 


Internet Explorer

Fungsi Internet Explorer antara top features dalam Windows Phone 7 ni. Korang tau, Internet Explorer dalam phone ni sangat laju jika dicompare dengan browser dalam Android ataupun Safari dalam iOS. Loading speed ni dia betul-betul macam browser kat PC. Pengalaman Arib menggunakan browser Android pun tak selaju macam ni. Puas hati. Content yang diload dalam IE Windows Phone 7 sangat teliti sampai tak perlu untuk zoom untuk baca kandungan. Semua telah dioptimized kan untuk skrin Windows Phone. Terbaik!

 


Kamera 5 Megapiksel dengan Auto Fokus + LED Flash

Nokia Lumia 710 didatangkan dengan kamera 5 megapiksel dengan auto focus. Kalau korang nak tahu, fungsi auto fokus merupakan syarat utama dalam sesebuah Windows Phone. So pihak Nokia tak leh nak guna kamera EDoF atau bahasa kasarnya kamera Full Focus sepertimana yang diorang letakkan pada kebanyakan smartphone Symbian yang latest. Bagi Arib, fungsi auto focus mesti kena ada sebab senang nak capture kandungan bacaan atau tangkap gambar gadget dengan jarak yang dekat. Kamera Nokia Lumia 710 juga hadir dengan LED Flash untuk memudahkan korang menangkap gambar pada waktu malam.

 


Sambungan pantas – WiFi 802.11b/g/n dan HSDPA

Fungsi yang memang tidak asing lagi dalam smartphone sekarang adalah fungsi WiFi dan juga sambungan internet HSDPA. Kemudahan WiFi ni sangat membantu bagi mereka yang tak suka subscribe internet bulan-bulan, hehe.


Office Mobile

Fungsi yang menjadi titik jualan Windows Phone 7 adalah fungsi Microsoft Office Mobile. Melalui fungsi ni, korang boleh mengurus dan membuat editing file Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel, dan One Note korang dengan mudah tanpa perlu menggunakan PC. Serius best sebab bila bukak slide PowerPoint, dia akan tunjuk transition sama seperti PC. Arib pernah guna pelbagai jenis aplikasi Office untuk smartphone dan ternyata Microsoft Office Mobile paling terbaik. Apa yang Arib suka, kesemua file tak perlu di copy paste dari PC ke phone sebab semua diuruskan melalui SkyDrive. Memang mudah, korang just save file Microsoft Office ke SkyDrive dan boleh terus akses file tersebut dalam phone ni.

 


Fungsi E-Mail Yang Superb!

Perkara yang paling penting bagi sesebuah phone masa ni adalah fungsi e-mail. Apa yang boleh Arib kata, fungsi e-mail dalam Windows Phone 7 paling superb! Nak organise e-mail dalam ni, mak aihh, senang sangat. Tak macam kat PC yang agak leceh sikit -.-

 


Zune – Music + Video Hub

Aplikasi media yang menjadi sebutan dalam Windows Phone 7 ialah aplikasi Zune. Kat dalam ni korang boleh play lagu atau video yang telah disync daripada PC korang. Antara muka Zune yang simple sangat menarik dan tak serabut jika dibandingkan dengan aplikasi media player pada smarthphone yang lain.


Xbox Live

Hah, perkara yang membuatkan Arib teruja sangat dengan Windows Phone 7 ni ialah aplikasi Xbox Live. Hah, kalau Nokia dahulunya gah dengan permainan N-Gage nya, kali ni Windows Phone 7 tampil dengan aplikasi Xbox Live yang memainkan peranan sebagai hub untuk permainan grafik berkualiti tinggi. Kalau korang tengok grafik dia, fuhhh, memang cun! Kat sini korang boleh tengok point korang, inbox, dan spotlight game terbaru.

 

 

 


Aplikasi Windows Phone 7 Kemas dan Menarik

Arib suka sangat dengan design dan interface app kat dalam Windows Phone 7 ni. Simple jea. Tak serabut. Apa yang best kesemuanya menggunakan design panoramic, so tak perlu korang tekan itu tekan ini tapi just seret jari korang dari kiri ke kanan. Interface, fuhh, tak payah cakap sebab dah memang cantik dengan design typography Metro UI yang sangat awesome!

Facebook – Design app Facebook baru paling win! Suka dengan idea rekaan header app Facebook ni. Aplikasi ni gunakan tagged photos untuk dijadikan design kat header sebaris dengan notification area. Memang menarik!

 


Twitter – Twitter app pun best jugak dalam versi Windows Phone 7 ni. Design pun kemas dan minimalist. Apa yang best, tak payah tekan pun nak tengok mention apa semua sebab semua just heret jari ke sana ke mari. Apa yang kurang cuma tak boleh tengok interaction jea, huhu.

 


Foursquare – Wowowowo, Arib rasa app Foursquare paling terbaik adalah versi Windows Phone 7. Serius lawa design dia. Tempat yang berhampiran dengan kita dipaparkan dalam bentuk Metro UI berserta background app foursquare yang sangat kemas dan menarik.

 


KL Traffic – Untuk aplikasi tempatan, Arib memilih aplikasi KL Traffic untuk dimasukkan dalam review ni. App ni simple jea tapi boleh tahu kelancaran trafik di sekitar Lembah Klang. So senang lah nak tinjau jalan mana yang jammed sebelum memulakan perjalanan korang.

 


On-Screen Keyboard

Kalau guna phone touchscreen ni memang agak leceh sikit nak type apa semua. So mobile operating system berlumba-lumba nak reka on screen keyboard yang mesra pengguna supaya dapat digunakan dengan mudah dan pantas. Untuk Windows Phone 7, yeap, Arib sukakan rekaan keyboard yang ada dalam mobile OS ni. Design kedudukan huruf pun kemas dan standard. Cuma satu jea kelemahan yang Arib dapat lihat, tiada sebarang option untuk turn on vibrate apabila keyboard ditekan.

 


Fungsi Asas

Fungsi asas seperti fungsi telefon, kalendar, penggera dan kalkulator juga tersedia di dalam. Bagi yang gemar mendengar radio, jangan risau kerana Nokia Lumia 710 turut didatangkan dengan radio FM. Hehe, kalau dah bosan dengan muzik kat dalam phone, boleh lah layan radio, hee. Dan tidak dilupa juga, aplikasi Bing Search memudahkan korang untuk search maklumat yang korang nak cari. Best taw aplikasi Bing Search ni, background kat aplikasi ni semuanya cantik-cantik belaka, yeah!

 

 

 


Benda utama yang suka dengan smartphone jenama Nokia adalah fungsi Nokia Maps. Cuba lah cari mana nak dapat aplikasi Maps Navigation yang terbaik dekat dunia ni. Peranti GPS yang letak kat dalam kereta tu pun belum tentu dapat kalahkan Nokia Maps.

Apa yang membuatkan Nokia Maps tiada tandingan dengan aplikasi Maps dan GPS yang lain adalah kerana Nokia Maps dibekalkan dengan navigasi bersuara turn-by-turn secara percuma selamanya! Korang tau, kalau korang guna software kat phone lain kesemuanya kena bayar untuk guna fungsi navigasi bersuara. Selain tuu, Nokia Maps mempunyai navigasi bersuara Bahasa Melayu paling jelas dan sedap didengar. Compare lah dengan Garmin ke, PAPAGO ke memang tak leh challenge, hehe.
Dan ya, Nokia Lumia 710 juga dibekalkan dengan aplikasi Nokia Maps yang dioptimakan untuk Windows Phone 7 ๐Ÿ˜‰

 


Selain itu, khusus untuk Windows Phone jenama Nokia sahaja, pihak Nokia juga meletakkan sokongan Nokia Collection dalam Marketplace untuk aplikasi khas pilihan Nokia.


Salah satu aplikasi yang menarik perhatian Arib dalam Nokia Collection ialah aplikasi Creative Studio.


Fungsi ni membolehkan korang menambah kesan khas, crop, edit, dan sebagainya untuk mencantikkan lagi gambar korang tu. Memang mudah sebab semua dijalankan dalam antara muka Metro yang sangat ringkas.

 

Dah memang menjadi adat, setiap benda pasti ada kebaikan dan kelemahan masing-masing, hehe.

 

  • Skrin sentuh ClearBack LCD capative 3.7″ dengan paparan 16 juta warna dan resolusi WVGA (480 x 800 piksel)
  • Kaca skrin tahan calar Gorilla Glass
  • 1.4 GHz Qualcomm MSM8255 CPU, 512MB RAM
  • Sistem operasi Windows Phone 7.5 Mango
  • Sambungan 3G dengan HSDPA (14.4 Mbps) dan HSUPA (5.7Mbps)
  • 5 megapiksel (autofokus, LED flash)
  • Rakaman video HD, 720p @ 30fps
  • Memori dalaman 8GB
  • 3.5mm audio jack
  • Port microUSB untuk penghantaran data dan charging
  • Menyokong active noice cancellation
  • Sambungan pantas Wi-Fi b/g/n
  • Bluetooth 2.1 dengan A2DP
  • Accelerometer untuk auto rotation skrin dan proximity sensor
  • Didatangkan dengan aplikasi dokumen pejabat, Microsoft Office Mobile
  • Pengintegrasian Facebook dan servis online
  • Penerima A-GPS terbina di dalam
  • Stereo FM Radio dengan RDS
  • Hadir dengan Nokia Maps yang eksklusif untuk Windows Phone 7

  • Tiada peningkatan memori, bermakna memori tetap 8GB
  • Tiada sokongan USB mass storage
  • Tiada USB On-The-Go
  • Tiada TV-Out
  • Slot microSIM (tunggu dah banyak phone baru support okay sikit kowt)
  • Tiada panggilan video
  • Nak masuk lagu dan video semua bergantung kat Zune =__=

Setelah melihat sendiri keistimewaan dan juga kekurangan yang dimiliki oleh Nokia Lumia 710, Arib merasakaan bahawa harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan fungsi yang ditawarkan. Smartphone dengan processor 1.4GHz pada harga bawah RM1000 ini ternyata sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia sangat pantas dan tidak pernah lagi Arib mengalami masalah lagging dalam phone ni.


Kemampuan dan spesifikasi yang ditawarkan pada Nokia Lumia 710 dilihat mampu menyaingi pesaing terdekat, Samsung Galaxy W yang juga membawa processor 1.4GHz, kamera 5 megapiksel dengan rakaman HD pada harga bawah RM1000. Perbezaan ketara antara kedua-dua smartphone ini ialah dari segi sistem operasi dan peningkatan memori luaran. Samsung Galaxy W didatangkan dengan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread manakalah Nokia Lumia 710 didatangkan Windows Phone 7.5 yang lebih pantas daripada pesaingnya. Aduan seperti lembab, slow, dan juga hanging tidak akan kedengaran jika korang menggunakan smartphone Nokia Lumia 710 ini. Kesemuanya diatasi dengan kehadiran Windows Phone 7.5 Mango sebagai sistem operasi Nokia Lumia 710.

Nokia Lumia 710 boleh diperolehi secara eksklusif di Nokia Store seluruh Malaysia pada harga rasmi RM999. Bagi yang gemar membeli set AP, Nokia Lumia 710 boleh didapati dengan kadar harga serendah RM839.

Nokia Lumia 710 warna Putih + Biru! *melting*

Sekian sahaja untuk paparan close up pada kali ni. Hah, kalau korang ada sebarang komen atau pertanyaan mengenai Windows Phone 7, share lah comment kat bawah ni yerk, hehe. Okaylah, setakat itu sahaja. Terima kasih kerana membaca! Wassalam ;D

Editor: Serius, kalau ada duit sekarang ni memang nak beli jea satu Nokia Lumia 710 ni. Serius puas hati walaupun 5 hari jea menggunakan set review ni. Recommend sangat untuk korang!

Jalan-Jalan Di Genting Highlands dan Cara-Cara Untuk Ke Sana Tanpa Kenderaan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Weehoo! Apa khabar semua! Hihihi, sorry sangat-sangat lama tak update blog ni. *berhabuk, fuh fuh.* Ahha, ni nak cerita sikit pasal hari Selasa lepas, 6 Mac 2012. Nak tahu lebih lanjut? Hehe, klik โ€˜read moreโ€™ untuk selanjutnya!


Seperti yang termaktub pada tajuk artikel di atas *ecehh, haha, Arib pergi ke Genting Highlands. Apa yang pelik sikit, percutian kali ini pergi sorang-sorang jea, huhu. Bukannya apa, nak survey dulu Genting Highlands ni. Dah expert nanti boleh jalan-jalan dengan kawan-kawan yang lain pulak, hee.

Arib boleh terlintas nak pergi Genting ni lepas ada satu hari ni jalan-jalan mundar mandir dekat KL Sentral. Masa jalan-jalan tu saja lah nak tengok harga ETS, KTM Intercity, dan tak lupa Genting. Apa yang menariknya, tengok harga nak pergi Genting murah pulak. So apa lagi, decide lah tarikh dan masa untuk ke Genting ni.

Pagi hari Selasa 6 Mac 2012 tuu Arib sampai kat KL Sentral lebih kurang pukul 10 pagi. Sampai kat sana terus pergi ke tiket kaunter untuk ke Genting Highlands. Apa yang best, kat kaunter tuu akan sediakan tiket bertolak 30 minit selepas tuu. Maknanya, kalau korang datang beli tiket pada pukul 10 pagi, korang akan dapat tiket bertolak pukul 10.30 pagi. Memang best, tak payah tunggu lama-lama. Masa nak beli tiket tuu, penjaga kaunter mintak masa nak turun untuk memudahkan pengurusan tiket. So Arib decide nak turun balik untuk ke KL semula dalam pukul 5 petang. Masa tu jugak Arib beli tiket pergi balik sebab senang tak payah beli beli lagi kat atas. Selepas beli, ini tiket yang Arib dapat.


Sebelum bertolak, Arib sempat breakfast dekat McDonaldโ€™s KL Sentral sebagai alas perut. Pagi tuu Arib sarapan satu set Chicken Muffin dan Arabica Coffee yang keseluruhannya berharga RM5. Suka sangat dengan Arabica Coffee McDonaldโ€™s ni sampai satu tahap nak jea breakfast kat McD hari-hari.


Pukul 10.25 pagi Arib tiba di terminal bas yang berada di bawah KL Sentral. Bas Genting Holidays untuk ke Genting Highlands sudah menerima kemasukan penumpang yang membeli tiket 10.30 pagi. Arib koyakkan salah satu bahagian tiket Genting tuu untuk diserahkan kepada penjaga bas.

Pukul 10.35 pagi, bas Genting Holidays bertolak ke destinasi yang dituju.

Dalam perjalanan ke Genting Highlands, Arib cuba ingat balik bila lah kali terakhir ke Genting ni ya? Ouhh, last pergi pun dengan family masa kecik-kecik dulu. Entah masa 8 tahun, kot? Maknanya dah 10 tahun tak pergi Genting ni! Lamanya, mungkin dah banyak benda baru ada kat Genting tuu.


Senjata utama untuk ber-Twitter & Foursquare, hehe.

Pukul 11.30 pagi, Arib tiba di Genting Skyway untuk menaiki Cable Car sebagai penukaran transit ke Genting Highlands. Kat sini boleh kata macam terminal jugak sebab ada tempat bas, kedai makan, kedai serbaneka, dan kedai cenderamata.


Cable Car terletak dekat tingkat 3 Kompleks Genting Skyway ni. Sampai kat kaunter untuk perlepasan pengunjung ke cable car, sekali lagi Arib koyakkan salah satu bahagian tiket lagi untuk diberikan kepada penjaga kaunter kat situ. Apa yang menarik bila pergi masa hari kerja ni, orang tak ramai langsung! So masa tuu Arib dengan rasa suka hatinya dapat naik cable car sorang-sorang, muahahaha!







Pukul 11.57 pagi, Alhamdulillah, selamat pun sampai kat atas. Memang best dapat naik cable car sorang-sorang sebab boleh lompat-lompat or buat perkara yang mengerikan dalam tuu, ehh? HAHAHA. Apa yang dapat disimpulkan, cable car kat Genting Highlands ni tak segayat cable car kat Gunung Mat Cincang dekat Langkawi. Itu lagi ngeri. Nak lompat-lompat pun tak sampai hati -____-

Sampai kat atas tuu, Arib redah jea walaupun tak tau jalan atau tempat mana nak pergi. Ouh yea, pengunjung yang menaiki cable car mendarat dekat bangunan Resort World Genting. Kat sini lebih kurang macam mall jugak sebab banyak kedai. Kat atas pulak ada hotel.



Lepas meng-explore dalam Resort World Genting, Arib keluar kejap sebab nak familiar kan tempat ni. Tangkap gambar apa semua, and then, Arib masuk pulak ke bangunan yang ada tulis โ€œTaman Tema Gentingโ€. Hahh, so apa lagi, redah jea!


Masuk jea dalam bangunan ni akan ternampak pusat video game. Serius dah lama tak main benda ni. Ingat lagi dulu kecik-kecik main benda ni dapat tiket panjang-panjang then tebus untuk dapat hadiah. Fuhh, rindu kowt! Sampai sekarang benda ni still ada lagi.





Lepas jalan-jalan dalam bangunan tuu, sampai kat satu bahagian ni ada dua jalan korang boleh pergi iaitu jalan untuk ke First World Plaza atau jalan ke Outdoor Theme Park. Masa tuu Arib memilih untuk ke First World Plaza dulu memandangkan kat luar hari nak hujan.



Sewaktu melangkah masuk ke First World Plaza ni, WOWW, bestnya! Korang tau, berjalan-jalan dalam ni rasanya macam bukan kat Genting lagi. Kat situ ada bermacam-macam bangunan pelik antaranya Big Ben yang berada dekat London, dan juga Eiffel Tower dekat Paris.










Masuk dalam dan dalam lagi kat First World Plaza ni korang akan dikejutkan dengan patung gergasi Oscar dan patung Liberty yang ada kat US. Fuhh, alangkah menariknya dalam tuu. Tak tergambar ke-excited-annya.








Actually, First World Plaza ni merupakan shopping mall dekat Genting ni. Kat sini pun ada tempat bowling, wayang, kedai-kedai makan, kedai pakaian yang biasa terdapat di shopping mall.









Dalam masa yang sama, dekat situ jugak terletaknya indoor games yang korang boleh main sepuas-puasnya. Ahha, macam dekat Times Square jugak lah, tapi kat sini rasanya lagi best kowt.











Harga Indoor & Outdoor Games ๐Ÿ™‚

Masa jalan-jalan tuu, Zohor telah pun masuk. Dalam hati Arib, โ€œTempat macam ni, ada kea surau?โ€. Serius risau sebab tengok dalam signboard takde pun surau. Memandangkan ini Malaysia, mesti ada punya kowt. Arib cuba tanya salah seorang pak cik yang mengawal kat situ untuk bertanyakan lokasi surau. Dan ya, dia cakap surau ada di tingkat 1 dekat lobi hotel First World Plaza.

Jalan punya jalan, rupanya surau terletak di tingkat bawah mengikut tangga di sebelah casino. Cehh.


Lepas solat, Arib meneruskan perjalanan untuk ke Outdoor Theme Park pulak. So kena keluar dari First World Plaza dan ikut jalan yang satu lagi untuk ke situ.


Menuju ke Outdoor Theme Park, korang akan melalui Star Walk sebab jalan tu jugak akan bawak korang ke Arena of Stars. *alaa, tempat yang selalu buat Anugerah Bintang Popular tuu. Kat laluan tuu korang boleh tengok seluruh pemandangan Outdoor Theme Park dari atas. Memang best lalu kat situ. Setiap langkah mesti nak tangkap gambar.








Sampai di penghujung Star Walk, korang boleh masuk ke Outdoor Theme Park, Arena of Stars atau pergi ke Hotel Theme Park. Memandangkan Arib nak berjalan jea masa tuu, so Arib teruskan perjalanan untuk memasuki Hotel Theme Park.




Self-timer -_______-

Kat dalam lobi Hotel Theme Park ni terdapat restoran Marry Brown dan kedai majalah.



Harga bilik di Hotel Theme Park ๐Ÿ™‚

Kat situ jugak korang boleh lalu untuk ke taman mini yang terletak di sebelah hotel tuu.





Setibanya Arib di taman mini, fuhh, cantik suasana kat situ. Kat situ jugak korang boleh lihat permandangan Kuala Lumpur dari Genting. Malang sekali, masa tuu kabus tebal sangat. So tak dapat nak tengok permandangan di bawah dengan jelas. Apapun, taman mini memang best untuk berlari Kuch Kuch Hota Hai kalau dah berbini nanti, ehh?









Self-timer again -,-

Lepas jalan-jalan kat taman mini, Arib teruskan perjalanan untuk meninjau Balai Polis serta Masjid Genting Highlands. Belum sempat Arib nak sampai ke sana, kabus makin tebal datang. So kat sana rehat kejap ambil udara segar lagi nyaman sebelum pulang naik cable car semula untuk turun ke bawah.





Memandangkan pukul 5 pm Arib dah kena naik bas untuk ke KL Sentral, pukul 3.45 pm Arib mula beredar untuk ke tempat cable car semula.




Pukul 4.15 pm, Arib tiba di tempat cable car yang berada di Resort World Genting untuk ke tempat menunggu bas yang berada di Genting Skyway. Tiket yang satu lagi mula Arib koyakkan bahagiannya untuk menaiki cable car tersebut. Sekali lagi, Arib menaiki cable car seorang diri, wuuu.




Pukul 4.35 pm, Alhamdulillah sekali lagi sampai kat bawah. Sementara menunggu bas pukul 5 pm bertolak, Arib sempat makan Nasi Lemak dekat Kompleks Genting Skyway tu. Mana taknya, makanan kat atas mahal sangat! So nak makan kena tunggu turun dulu, huhu.


Pukul 5 pm, bas Genting Holiday yang menuju ke KL Sentral tiba di Kompleks Genting Skyway. Masa tuu Arib koyakkan satu lagi bahagian tiket untuk diberikan kepada penjaga tiket kat situ before naik bas. Pukul 5.05 pm, bas bertolak meninggalkan kawasan Genting Highlands, wuuu.

Dalam bas, tak tau nak buat apa sebab penat sangat. So dalam perjalanan tuu memang terlelap lah sampai jalan jam pun tak perasan.

Pukul 6 pm, akhirnya, selamat jugak sampai kat KL Sentral, yayy! Setibanya kat situ cari surau kejap and then pulang ke rumah. Memandangkan KL Monorail dah support penukaran tren aliran Ampang tanpa keluar dari stesen, so naiklah monorail menuju ke Stesen Hang Tuah. Setibanya di Stesen Hang Tuah, tukar naik tren Aliran Ampang pulak, dan pukul 7.00 pm, sampai kat Stesen Maluri. Akhirnya, pukul 7.05 pm tiba di rumah, yayy!

Konklusi

Dari segi keseluruhannya, pergi ke Genting Highlands ni memang seronok walaupun tak main pun indoor dan outdoor games kat situ. Jalan-jalan pun dah cukup puas sebab banyak tempat yang menarik yang sesuai untuk tangkap gambar. Keindahan menikmati angin sejuk serta kabus yang menceruk di puncak Genting tak dapat digambarkan. Naik cable car pun sebenarnya dah cukup memuaskan hati. Senang cerita, korang kena rasa sendiri, hehe.

Sebagai tips untuk ke sana, pastikan korang beli makanan dan minuman serta apa-apa yang patut kat KL Sentral or kat kedai dekat dengan area rumah korang. Korang tau, kat atas nanti jangan mimpi lah nak dapat makanan minuman yang murah-murah. Kat atas nak jamah McChicken pun dah RM13.55 berbanding kat KL yang McChicken baru RM5.95. Ouh yea, kat Genting takde McValue Lunch or Dinner yea. So korang kena prepare beli makanan dan minuman siap-siap sebelum naik ke Genting.


No McValue Lunch ๐Ÿ™


Mak aihhh, mahal -.-

Baju sejuk Arib rasa tak perlu kowt untuk dipakai masa kat Genting. Masa Arib pergi tuu, walaupun kat Genting hujan, tak rasa sejuk sangat pun, just rasa macam dalam aircond jea suhu kat luar. Cuma kalau yang tak tahan sejuk tuu, pakai lah baju lengan panjang takut-takut korang menggigil. Tapi bagi Arib, okay jea suhu kat situ. Amoi yang jalan-jalan kat situ lagi lah pakai short jea. Depa relax ja.

Untuk menikmati pengalaman ke Genting dengan lebih sempurna, korang pergi lah masa hari kerja. Bagi yang berkerja tuu, apa salahnya ambil cuti sehari. Ini sangat penting untuk mengelakkan korang kena beratur panjang untuk menaiki cable car. Masa Arib pergi tuu, datang jea, bagi tiket dan terus boleh masuk ke dalam cable car. Apa yang best lagi, boleh buat cable car tuu macam hak korang punya sebab orang lain tak berada dalam gondola yang sama, hee. Apa yang penting, kesemua ini hanya boleh dinikmati pada masa hari berkerja sahaja.

Bagaimana Untuk Ke Sana Tanpa Kenderaan Sendiri?

Firstly, korang datang dulu ke KL Sentral 30 minit sebelum nak ke Genting tuu. Lepas tuu, pergi dekat tingkat satu. Kat atas tuu korang carilah sampai terjumpa kaunter jualan ETS. *Kalau korang ke tingkat satu melalui ekskalator utama, korang belok ke kiri. Jalan straight. Nampak jea kaunter ETS tuu korang toleh ke kanan. Hahh, nanti korang akan nampak kaunter Go Genting. Pergi situ dan buatlah pembelian tiket.

Harga tiket pulak,RM10.30 untuk sehala dan RM20.60 untuk pergi balik. Harga tiket ni termasuk bas dan cable car sahaja. Theme park lain harga. So kalau korang just nak jalan-jalan jea, berbekalkan RM20.60 pun dah cukup.


Lepas beli tiket, tunggu 10 minit awal di tempat menunggu bas kat bawah KL Sentral tuu. Jalannya mudah, korang ikut jea jalan nak menuju ke KL Monorail. Habis jea turun guna ekskalator, korang jalan straight jea sampai korang ternampak bas Go Genting. Sampai situ, korang koyakkan keratan โ€œBusโ€ pada tiket yang besar tuu untuk diserahkan kepada penjaga tiket bas tersebut. Simpan keratan tiket yang berbaki untuk naik cable car pulak.

Apabila bas berhenti di Genting Skyway, maknanya korang kena turun untuk naik cable car pulak. Untuk menaiki cable car, korang kena naik ke tingkat 3. Apabila jumpa tempat perlepasan cable car, korang koyakkan keratan โ€œGenting Skywayโ€ pada tiket tuu dan serahkan kepada penjaga kaunter cable car. Keratan tiket โ€œBus and Genting Skywayโ€ yang berbaki tuu merupakan resit dan simpan untuk dijadikan rujukan.

Untuk turun pula, korang ikut semula step seperti mana yang korang lakukan masa nak naik ke Genting tuu. Gunakan keratan tiket yang satu lagi yang tertulis FROM: SKYWAY, TO: KL SENTRAL. Tempat tunggu bas pun tempat yang korang turun masa tiba di Genting Skyway sebelum tuu. Apa yang penting, sila tepati masa seawal-awalnya berada 10 minit lebih awal mengikut time bas yang telah korang tetapkan.

Hee, okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam ๐Ÿ™‚

Nota Arib: Akan datang kalau dapat pergi lagi nak test main Indoor & Outdoor Games pulak. Macam best jea, hehe.

Ulasan: Nokia C6-01 Dengan Nokia Belle

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Seminggu yang lepas, pada 8 Februari 2012, Arib telah membeli satu handphone Nokia yang hadir dengan update ke Nokia Belle. Biasa dengar perkataan Symbian? Hahh, Nokia Belle ni merupakan sistem operasi Symbian yang baru selepas Symbian^3 dan Symbian Anna. Setelah seminggu Arib menggunakannya, memang sangat awesome! Siapa kata Nokia jauh ketinggalan ke belakang? Ikuti kisah selanjutnya dengan menekan ‘read more’ !


Last week, Arib datang ke Pertama Complex untuk trade-in Nokia N82. Faktor cepat kenapa Arib nak sangat trade-in Nokia N82 adalah sebab update Nokia Belle telah pun keluar pada 7 Februari 2012. Lepas dapat gaji masa 8 Februari tuu, Arib gunakan sedikit hasil daripada kerja di All IT, Low Yat untuk trade-in Nokia N82 kepada handphone Nokia yang support update ke Nokia Belle. Dah memang minat Arib untuk mengkaji sesuatu yang baru, Arib pun trade-in lah Nokia N82 kepada Nokia C6-01, salah satu device yang support update ke Nokia Belle.


Berbalik kepada ulasan ni, kenapa Nokia C6-01? Hehe, sebenarnya Arib kecikkan budget untuk trade-in handphone ni. Sayang pulak nak gunakan duit banyak-banyak untuk beli handphone. So pilihan terbaik, Arib trade-in Nokia N82 kepada Nokia C6-01 yang menawarkan banyak fungsi best pada harga yang sangat berpatutan. Pada saat artikel ni ditulis, harga pasaran Nokia C6-01 second hand ialah RM450. So tambah duit sikit jea lah sebab trade-in dengan Nokia N82, hehe.

Malas nak berceloteh panjang, jom kita lihat apa yang menarik tentang Nokia C6-01 ni, weeeee~

Sistem Operasi Nokia Belle [a.k.a Symbian Belle]

Seperti apa yang Arib cakap kat atas ni, perkara utama kenapa Arib nak sangat handphone Nokia C6-01 ni sebab boleh support upgrade ke Nokia Belle OS. *juga dikenali sebagai Symbian Belle. Korang tau, Nokia Belle ni memang lain sangat-sangat interface dia jika dibandingkan dengan sistem operasi Symbian yang terdahulu.

Home screen Nokia Belle kini support sehingga 6 home screen. Maknanya korang boleh letak pelbagai widget pada home screen mengikut citarasa korang. Apa yang best, korang boleh set wallpaper yang berbeza pada setiap home screen.
Selain tu, widget-widget pada Nokia Belle kini boleh dialihkan ke mana-mana tempat tanpa ada sebarang sekatan pada home screen. Jika dibandingkan dengan Symbian^3 dan Symbian Anna, icon terhad pada bar icon sahaja. Selain tuu, pilihan widget juga semakin bertambah dengan pelbagai variasi widget yang disediakan. Korang boleh letak widget jam, social bar, calendar, dan banyak lagi widget yang cantik-cantik untuk dihiaskan pada home screen.


Fungsi Notification Bar juga antara menjadi top features pada Nokia Belle ni. Fungsi ni telah mula diperkenalkan sejak zaman pembangunan Symbian UIQ 4 iaitu suatu era sebelum wujudnya Android. Korang hanya perlu seretkan jari dari atas skrin sehingga ke bawah untuk melihat message baru masuk, missed call, on off bluetooth, dan pelbagai lagi.


Interface menu juga kini dipertingkatkan dengan sokongan background yang mengikut wallpaper semasa pada home screen. Fungsi kinetik scrolling pun ada dekat menu ni. Memang smooth jika dibandingkan dengan interface menu Symbian Anna yang sedikit slow.


Skrin AMOLED 3.2-inci dengan teknologi ClearBack Display dan kaca Gorilla Glass

Kalau korang biasa dengar, skrin AMOLED ni kebanyakannya digunapakai pada skrin Samsung Galaxy. Skrin AMOLED ni memang best. Terang dan nyata. Serius sharp gambar dia lebih-lebih lagi kalau tengok movie. Selain tuu, skrin ni hadir dengan teknologi ClearBack Display. Teknologi ni membolehkan korang tengok skrin handphone ni di bawah sinaran matahari. Memang bagus untuk Arib sebab selalu gunakan handphone ketika berjalan-jalan di luar. Satu lagi yang menarik tentang skrin Nokia C6-01, skrin Nokia C6-01 ni diperbuat dengan kaca Gorilla Glass yang sangat awesome! Arib pernah tengok live demo Nokia N9 dengan kaca Gorilla Glass ni. Diorang baling phone tinggi-tinggi, at the end skrin still okay, takde kesan calar pun kat skrin. Tak macam iPhone kalau terjatuh habis skrin retak seribu berderai hatiku, wuuuu~


Patah Seribu hatiku , bila mengenangkan , iPhone 4 , wuuuuu~
Kamera 8-Megapiksel Full Focus dengan Dual LED Flash

Faktor lain sebab kenapa Arib memilih Nokia C6-01 adalah sebab kamera handphone ni. C6-01 dilengkapi dengan kamera 8-Megapiksel Full Focus. Teknologi full focus ni membolehkan gambar yang mempunyai piksel yang tinggi ditangkap dalam masa beberapa saat sahaja. Selain tuu, kamera 8-megapiksel Nokia C6-01 juga dilengkapi dengan Dual LED Flash yang sangat sesuai untuk pengambaran pada waktu malam. Kat bawah ni antara sample picture yang sempat Arib ambil. *sorry la, dua keping jea -.-“


Menara Berkembar Petronasssssssss ~


Bukit Bintang, Kuala Lumpur. *muak dah jalan-jalan kat sini -.-

Rakaman Video HD 720p sehingga 30 fps – Rakaman Se-Smooth DSLR

Kamera 8-Megapiksel kalau takde rakaman video HD mesti agak pelik kan? Yup, Nokia C6-01 menawarkan fungsi HD recording bagi korang yang suka rakam video. Apa yang menarik, kehadiran Nokia Belle dalam Nokia C6-01 ni membolehkan rakaman video HD dirakam sehingga 30 frame per second (fps) ! So kualiti yang ditawarkan memang cantik dan se-smooth rakaman menggunakan DSLR. *nak tengok sample video, boleh search Youtube: C6-01 sample HD video 30 fps . Nak upload besar sangat. Internet slow -.-

GPS dengan Nokia Maps


Perkara yang Arib suka dengan handphone Nokia yang menggunakan Symbian ni ialah Nokia Maps. Sehingga post ni ditulis, tiada software GPS yang dapat mengalahkan kehandalan Nokia Maps ni. Korang tau, Nokia Maps ni lah satu-satunya software maps dan GPS yang menawarkan fungsi voice turn-to-turn PERCUMA SELAMANYA! Itu sebab kenapa Arib tak boleh lepas dengan Nokia. Mana nak dapat software GPS percuma? Android memang tak jumpa punya. Google Maps yang free tuu pun kena bayar kalau nak guna servis voice-turn.


Setakat ni, peta dalam Nokia Maps lah antara yang terlengkap pernah Arib jumpa. Cuba korang compare dengan PAPAGO, Garmin, dan Sygic. Memang peta dia tak selengkap macam Nokia Maps. Apa yang mengagumkan, fungsi voice turn-to-turn Nokia Maps sangat mesra dan mudah digunakan. “Selepas 1 kilometer, belok sedikit ke kiri dan ikut lebuhraya~” Macam tulah contoh arahan Nokia Maps dalam Bahasa Melayu, serius sangat kagum! Family Arib memang suka sangat dengan Nokia Maps. Kalau pergi travel jea, wajib guna benda ni. Tak payah nak membazir beli GPS mahal-mahal sebab Nokia dah ada fungsi GPS yang lebih baik daripada GPS kat pasaran tuu!


USB On-The-Go

Hahh, Arib pasti, fungsi ni mesti akan membuka mata korang. Korang pernah terfikir tak, ada ke dalam dunia ni handphone yang boleh cucuk pendrive? Ya, memang ada! Fungsi ni mula popular sejak Nokia memperkenalkan fungsi ni melalui Nokia N8. Memang sebijik fungsi macam komputer. Just cucuk jea pendrive ke cable USB On-The-Go dan korang boleh bukak isi kandungan dalam pendrive tuu.



Memang mudah bagi korang yang suka transfer barang or bukak document dari pendrive. Apa yang menarik lagi, korang jugak boleh gunakan fungsi ni untuk cucuk wireless keyboard dan mouse, fuhhh!


Bluetooth 3.0

Akhir-akhir ni, banyak handphone dan notebook dah mula ada fungsi Bluetooth 3.0 ni. Korang tau, Bluetooth 3.0 membolehkan penghantaran data sehingga 24 Mbit per saat! Serius sangat laju jika dibandingkan dengan Bluetooth 2.1 yang ada pada Samsung Galaxy Ace, hehe.


Sambungan Wi-Fi 802.11 b/g/n

Smartphone zaman sekarang ni memang tak sah kalau tak ada fungsi WiFi. Yelakan, kalau takde kredit jea, still boleh main internet dengan connect ke WiFi hotspot yang berhampiran. Apa yang best dengan WiFi handphone ni, teknologi WiFi Nokia C6-01 dilengkapi dengan kepantasan Wireless-N. Maknanya, penghantaran data menggunakan Wireless-N lebih laju daripada Wi-Fi 802.11 b/g seperti yang terdapat pada HTC Desire.


Sambungan 3.5G HSDPA 10.2 Mbps dengan fungsi Video Call

Satu masalah dengan kebanyakan handphone Android ni ada kamera depan tapi tak boleh buat Video Call over 3G network. Apa yang boleh digunakan adalah ketika skype or YM jea. Memang tak best sebab nak buat Video Call over 3G ke 3G memang tak boleh. Tu sebab Arib kena beli satu handphone Nokia yang ada 3G dengan kamera depan. Senang nak Video Call dengan family kalau Arib pergi vocation atau jalan jauh, hehehe.

DivX/Xvid Video Playback – Play format .mkv tanpa masalah!

Korang minat tengok movie? Hahh, dengan adanya Nokia Belle dalam handphone ni, korang tak perlu install sebarang software pun nak play format .mkv ni. Malah, korang tak perlu convert dari format .mkv ke mana-mana format! Serius best, just copy movie yang di download dari internet dan paste kan ke dalam memory card. Taraaa! Boleh play movie tersebut tanpa sebarang masalah! Terbaik ouhhhhh!


Music Player dengan Cover Flow

Hahh, korang pernah tengok music player dalam iPod/iPhone/iPad tuu? Kalau pernah, korang mesti perasan satu features ni yang bila korang rotate iPod/iPhone/iPad tuu, korang akan dapati album-album lagu dalam music player tu akan bertukar menjadi Cover Flow. Dan ya, sejak dari Symbian^3 lagi, fungsi Cover Flow ni telah diimplementasikan ke dalam music player. Serius sangat smooth dan cantik. Just pilih album mana yang nak didengar lepastuu pilih lagu yang kita nak play dalam album tuu. Terbaik!




Visual Multitasking

Benda yang paling best dekat Symbian ni ialah fungsi multitasking dia. Melalui pengalaman Arib, multitasking Symbian lah antara yang paling sanggih jika dibandingkan dengan multitasking pada Android, iOS, BB OS, dan juga Windows Phone 7. Kenapa? Sebab multitasking pada Symbian ialah true-multitasking. Tak pseudo-multitasking (fake) macam platform yang Arib cakap kat atas ni. Korang perasan tak kalau korang yang guna Android, korang tengah main game lepas tuu pergi menu kejap. Tiba-tiba korang pergi balik game tuu dia reset jadi mula balik. Benda ni memang selalu Arib alami kalau Arib guna X10 mini. Tengah-tengah best browsing guna Opera Mini, tukar application kejap, lepas tu pergi Opera Mini balik, dia loading semula jadi awal balik, FUHHHHHH! Serius tension!


Setakat ni, Symbian dengan Meego (OS pada Nokia N9) jea antara yang mempunyai true-multitasking. Fungsi true-multitasking ni memang banyak membantu sebab boleh buat pelbagai tugasan dalam satu-satu masa. Apa yang menarik, fungsi ni memang sebijik digunakan pada komputer sebab komputer pun guna true-multitasking. Sejak dari Symbian^3, multitasking telah pun berubah menjadi Visual Multitasking seperti yang terdapat pada Windows 7. Memang best. Korang boleh tengok preview application yang tengah running tuu before menyelusuri masuk ke dalam app tuu, hoho.

Nokia Dictionary


Salah satu fungsi tambahan yang Arib suka pada handphone Nokia Symbian ni ialah fungsi Nokia Dictionary. Fungsi ni ternyata banyak membantu Arib ketika belajar, baca surat khabar omputeh, browsing internet sebab boleh terjemah perkataan yang Arib tak tau kepada Bahasa Melayu. Memang jimat sebab tak payah beli BESTA yang harga beratus-ratus tuu. Dalam Nokia Dictionary jugak, korang boleh translate dari pelbagai bahasa contohnya dari English –> Korea , Bahasa Melayu –> German , France –> Japan , dan pelbagai bahasa lagi. Korang jugak boleh dengar sendiri bagaimana sebutan tu disebut. Memang best!


TV-Out dengan Standard Definition (SD)
Satu lagi fungsi yang best dengan Nokia C6-01 ni ialah fungsi TV-Out. Fungsi ni korang boleh tayangkan dari skrin handphone ke skrin TV. Memang seronok sebab korang boleh main game dekat TV, tengok movie dekat TV, buat video call pun boleh dekat TV, hehe.




Konklusi

Hahh, bagi korang yang sedang berkira-kira nak tukar phone tuu, Arib sarankan korang beli handphone yang support Nokia Belle ni. Memang best.

Walaupun processor Nokia C6-01 iaitu handphone yang Arib tengah guna ni setakat 680 Mhz jea, Arib tak pernah lagi mengalami lag ataupun hang walaupun dah berpuluh-puluh application ada dalam handphone ni. Memang smooth jika nak dibandingkan dengan handphone X10 Mini Arib yang menggunakan Android, banyak kali dah hang dan application crash.

Dari segi multimedia, X10 Mini yang Arib gunakan juga sekarang ni agak ketinggalan ke belakang. *kesian -.- Ini kerana Nokia C6-01 hadir dengan kamera 8-megapiksel, rakaman video HD, menyokong TV-Out, dan apa yang paling penting, Nokia C6-01 ni support USB On-The-Go, mweehee. So agak berbaloi lagi beli handphone yang support Nokia Belle ni sebab tak banyak handphone Android yang support USB On-The-Go dan TV-Out.

Dari application pulak, hehe, jangan risau, korang boleh download application menerusi Nokia Store. Banyak software dan games yang best-best kat situ, just pilih jea mana yang berkenan, hohoho.


Antara application dan games dalam handphone Arib sekarang ni, hehehe.

So, amacam? Cair dengan fungsi handphone kat atas ni? Hee, bagi korang yang berminat jugak, korang boleh dapatkan salah satu model handphone Nokia yang support Nokia Belle seperti yang tertera di bawah:



Senarai harga handphone korang boleh rujuk kat artikel ni: http://arib2020.blogspot.com/2011/12/senarai-harga-terkini-telefon-bimbit-di.html

Bagi korang yang mempunyai salah satu handphone di atas, sudahkah korang update ke Nokia Belle? Bagi yang dah, selamat menikmati hari-hari yang indah bersama Belle. Bagi yang belum, hehe, korang boleh rujuk poster di bawah ni:


Hehe, sekian sahaja untuk kali ni. Ada apa-apa masalah, boleh tanya Arib melalui Twitter: @arib2020. Facebook jarang online, so tanya kat Twitter erk, heee. Okay, terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (:


Nokia N82 in memories , wuuuuuu ๐Ÿ™

Nota Arib: Bye bye Nokia N82! Serius sayang nak tinggalkan. Handphone second hand paling lama yang pernah Arib guna guna. Setahun setengah ada bersama dari Oktober 2010 – Februari 2012 :’)

Ulasan: BlackBerry Curve 8300 – Kisah BlackBerry RM150

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Seminggu yang lepas, Arib telah membeli satu BlackBerry dengan harga RM150. Klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Hehe, al-kisahnya pada 29 Januari bersamaan hari Ahad yang lepas, pagi tu Arib pergi ke Pasar Karat Kuala Lumpur. Korang yang selalu baca blog ni, mesti tau tempat tuu. Pagi tuu memang dah rancang nak cari BlackBerry murah kat sini dalam budget RM250. Duit ni pun hasil daripada kerja repair PC tempoh hari, jadi nak cari jugak satu handphone yang guna full duit sendiri, hehe. So pagi tuu pusing dua tiga kali jugaklah operasi mencari BlackBerry.

Masa dah nak dekat balik tuu, Arib jalan lah satu pusingan lagi kat pasar karat tuu kot kot ada terjumpa BlackBerry yang murah. Then, masa nak balik tuu, terjumpa satu BlackBerry lama ni. Apa lagi, tanyalah penjual tuu harga dia berapa. Tup tup, dia cakap RM160, woahhh! Masa tuu, Arib belek-belek function BB ni, test itu, test ini. Dah berpuas hati, mintak tawar jadi RM150 dan akhirnya, BlackBerry Curve 8300 menjadi milikku, ohoi!


Btw, kenapa Arib nak sangat cari BlackBerry ni adalah sebab nak guna Facebook dan Twitter dengan harga yang murah. Tak larat la nak bayar RM18 seminggu untuk prepaid broadband dalam phone Android ni. Sebulan dah RM72. Guna pun setakat nak on Facebook dan Twitter.

Sebelum ni, Arib pernah guna Twitter SMS yang bayar RM1 seminggu tu. Tapi tulah, fungsi yang ditawarkan pun sangatlah terhad. Tak boleh nak tengok Interaction. Nak tweetphoto kena bayaran lain. Just boleh tweet text dan follow jea. Masalah lain, Twitter SMS ni dihantar dalam bentuk message. Memang selalu tension jugak la sebab inbox full dgn text dari Twitter ni. So kena cari jugak alternatif lain.

Apa Yang Best

Hahhh, benda utama yang Arib suka sangat kat BlackBerry ni ialah pelan BlackBerry Internet Service atau lebih dikenali sebagai BIS. Korang tau, dengan hanya RM20 sebulan, korang boleh Facebook, Twitter, YM sepuas-puasnya!

Facebook


Twitter


Yahoo! Messenger


Btw, Arib sangat berpuas hati dengan ketahanan bateri BlackBerry Curve 8300 ni. Semalam Arib guna banyak lah jugak. Tangkap gambar itu ini, tweet2 kat Twitter, comment2 kat Facebook, bateri baru sampai setengah. Tak macam Android yang dah low battery tak sampai sehari guna, hoho. *Android ni sedut resource macam dracula pulak, cepat jea low battery, ciss -.-

Apa yang best tentang BlackBerry ni, Arib suka sangat dengan fungsi message ni. Dia integrate semua tak kira message dari Facebook, Twitter atau SMS dalam satu. Memang mudah. Senang nak tau message baru masuk. Tak payah nak bukak application Facebook & Twitter satu satu, heheh.


Fungsi App World pun sangat menarik bila Arib guna BlackBerry ni. Korang boleh download banyak app yang best best dengan hanya satu application. Apa yang Arib suka, fungsi yang ditawarkan sangat user-friendly. Tak susah pun guna. Same like Apple App Store, Android Market & Nokia Store, just daftar kali pertama dan boleh guna selepas tuu. Interface pun cantik walaupun App World version lama.



Kalau guna BlackBerry, memang tak sah kalau tak guna BlackBerry Messenger. Dengan BBM ni, korang boleh communicate antara BB ke BB. Apa yang diperlukan ialah dengan menaip BB PIN yang telah diberikan pada setiap handphone BlackBerry ni untuk add BB user lain dalam contact list kita. Best best!

Dari segi kamera pun okay jugak. Walaupun kamera 2 megapixel jea, kualiti dia boleh tahan. Viewfinder pun boleh fullscreen, senang nak capture pastu tweetpic, hehe.


Kat bawah ni antara sample picture dari BlackBerry Curve 8300, haha ๐Ÿ˜‰


Gambar di sekitar KFC Bukit Bintang ketika waktu malam ๐Ÿ™‚


Ahmad Zhariff a.k.a Baye menjamah McD di KL Sentral ๐Ÿ˜€


Kacau Mubarak kerja Cup-Bon kat Tropicana City Mall, HAHA xD

Apa Yang Tak Best

Perkara paling tak best tentang BlackBerry Curve 8300 ni adalah dengan outdated operating system BlackBerry ni. BlackBerry Curve 8300 hanya boleh mampu setakat BlackBerry OS 4.5 sahaja. Tak boleh nak upgrade jadi BB OS 5.0, 6.0 & so on. Dari segi UI pun, BB OS 4.5 memang sangat hodoh interface dia. Nasib baik BB OS 4.5 support theme. Maknanya, boleh lah menutup kehodohannya dengan memasang theme BB OS 5.0, hehe. Kat bawah ni antara screenshot dari BB Arib ๐Ÿ™‚


Memandangkan BlackBerry Curve 8300 ni support sampai BlackBerry OS 4.5 jea, so application pun ada effect jugak. Macam app Facebook, BB ni boleh support app Facebook yang version 1.9 jea, version 2 dan ke atas tak boleh. Sama jugak macam Twitter. Tak dapat nak update version baru, huhu. Apapun, so far okaylah, asalkan dapat ber-Facebook dan Twitter, hehe.


Conclusion

Walaupun baru seminggu guna, Arib sangat berpuas hati dengan BlackBerry Curve 8300 ni. Berbaloi sangat beli RM150. Fungsi BlackBerry Internet Service (BIS) memang banyak menjimatkan Arib untuk ber-FB dan Twitter ni. Dari segi kegunaan lain pun best jugak sebab BlackBerry ada physical keyboard QWERTY. So senang sikit nak type message berbanding touch touch ni. Tak sia-sia beli murah, asalkan puas mengguna, teehee ;D

Update #1: Lepas ni kalau ada masalah PC kea, boleh contact Arib melalui BBM. Ni BB PIN Arib Ismail : 2510FC1B

Update #2: Untuk pelan BIS, Arib sekarang tengah guna Maxis BIS Bonus Monthly RM20. Akan datang maybe nak try Celcom punya BIS sebab support internet browsing. Tapi bayar RM25 sebulan, kena tambah RM5 lagi. Yang Maxis punya BIS RM20 ni tak support browsing, just untuk social network dan e-mail jea. Tapi best, Maxis laju kowt -,-

Hehe, okaylah. Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Weeheee, jimat perbelanjaan bulanan. Daripada RM72 terus jadi RM20 untuk internet. Best guna BlackBerry ๐Ÿ™‚

Meneroka Pasar Karat Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Eh, tak tau pulak kat KL ni ada Pasar Karat? *Klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Hoho, mesti ada di antara korang tak pernah dengar yang kat KL ni ada Pasar Karat. Yeap, memang ada. Pasar Karat Kuala Lumpur ni terletak di lorong belakang Petaling Street pada koordinat GPS 3ยฐ8’35″N 101ยฐ41’53″E. *ambik kau, GPS coordinate kasi mari, huhu -,- Sudah lebih 30 tahun beroperasi sejak tahun 1980. Waktu beroperasinya pula pada hari Sabtu dan Ahad bermula seawal 4.30 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.


Pagi semalam, Arib sempat berkunjung ke sana bersama seorang rakan Arib, Meor Aliff. Awal-awal pagi lagi, kitorang bersiap-siap ke sana. Pukul 7.15 pagi, kitorang berjumpa di stesen LRT Maluri dan seterusnya bergerak menuju ke stesen Hang Tuah. Then, berjalan kaki ke sana melalui jalan yang terletaknya SMK Victoria, Stadium Negara, Methodist Boys School, Wisma Malaysia Basketball (MABA), dan Rumah Pengakap. Kira-kira pukul 7.30 pagi, sampailah kitorang kat Pasar Karat. Woohoo!

Apa yang boleh didapati kat sini ialah barangan antik, barangan second-hand seperti handphone, kamera, gameboy, MP3 Player, dan bermacam-macam lagi. Kalau korang bernasib baik, korang boleh dapat barangan tersebut dengan harga yang sangat murah. Ada suatu cerita, seorang pengunjung ada membeli iPad dengan harga RM350 kat Pasar Karat ni. *klik sini untuk berita selanjutnya. Selalunya kalau nak dapat barang-barang murah ni kena pergi awal-awal pagi. Tapi awas, tak semua barang berfungsi dengan baik. So, kena test betul-betul before membeli (:



Lama betul Arib tak pergi ke Pasar Karat ni. Last pergi pun time darjah 6 dulu. Masa Arib sekolah rendah dulu, ayah Arib selalu bawak Arib pergi sini. Kadang-kadang tu, Ayah cakap yang dia tak pergi ke Pasar Karat pada minggu tersebut, Arib akan meronta-ronta macam orang kehilangan anak *ehhh ==” Haha. Mana taknya, Arib kan hantu handphone. Pergi sana jew mesti mintak ayah beli handphone itu ini, haishh. *zaman tak matang lagi, tau mintak jew. Untuk makluman, kat sini lah ayah Arib belikan handphone pertama Arib iaitu model Nokia 3530 ketika Arib darjah 5 (2005).



Lama kelamaan, usia melangkaui usia, Ayah Arib dah tak pernah lagi bawak Arib ke sana. Entah, maybe masing-masing busy. Tambah-tambah lagi Arib dah duduk asrama, memang susah nak pergi. So semalam laa, Arib imbau kembali memori time kecik-kecik dulu.




Setelah sejam berjalan-jalan di sana, akhirnya Arib membeli dua buah handphone rosak yang masih boleh dibaiki untuk koleksi simpanan handphone Arib kat rumah tuu. Satu model Nokia 5200 XpressMusic yang Arib beli dengan harga RM20 dan satu lagi model handphone pertama Arib, Nokia 3530 yang dibeli dengan harga RM10 (: *nanti masa dah bergelar ‘atuk’ nanti, boleh tunjuk kat cucu-cucu, hohoho~


Before Arib tutup post ni, mesti korang tertanya-tanya, why pasar ni nama dia ‘Pasar Karat’? *takde nama lain kea? Kalau korang peminat barangan second hand or antik ni, memang familiar kowt nama Pasar Karat ni dengan korang. Disebabkan barangan yang dijual kebanyakannya sudah lapuk dan berkarat, so terciptalah nama Pasar Karat ni. Pasar Karat seperti ni ada jugak di Ipoh, Johor Bahru, dan tak lupa juga di Singapura.

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yeaa! Sekian, wassalam (:

Update 17/7/2011: Handphone Nokia 3530 yang dibeli dengan harga RM10 semalam rupanya elok lagi! WOWOWOWOWO!


Nota Arib: Haishh, semalam ada jumpa smartphone Motorola keypad QWERTY dan Gameboy Advance SP kat Pasar Karat tu. RM50 je. Nasib tak menyebelahi, tak banyak bawak duit semalam ==”

Uniknya Singapura!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ๐Ÿ™‚

Hello hello! Hah, pertama sekali Arib nak cakap sorry sangat sangat sebab tak dapat update blog ni. Maklumlah, kat kampung kalau nak online pun kena guna phone, itu pun line GPRS jew yang dapat, susah nak dapat line 3G. Jadi, kenalah sampai dekat rumah baru boleh update post ni. Hee, okaylah, sebelum ni Arib dah post suasana masa hari raya pertama Arib. Jadi untuk kalini, Arib nak ceritakan sedikit masa hari raya kedua Arib ni. Hee, sesiapa yang ada tengok gambar profile Arib terbaru ni dilihat macam dekat Singapura. Ehh, pergi Singapura ke? Hah, jom klik ‘read more’ untuk meneruskan pembacaan ๐Ÿ˜‰

Hello hello Singapura! Hee, ni kira kali pertama Arib menjejakkan kaki ke Singapura ni. Arib berhajat nak pergi ke sini dah lama dah, cuma masa jew takde. Apa yang Arib tertarik dengan Singapura ni ialah dari segi kemajuan infrastruktur pembangunan dan teknologi negara ni. Tengok, negara kecil jew, tapi teknologi dia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Bangunan-bangunan yang ada kat sini, fuhh, canggih-canggih belaka.

Okay, masa Arib pergi ke Singapura ni masa hari raya kedua. Memandangkan hari kedua hari raya ni ayah Arib cakap beraya kat satu rumah jew, so Arib korbankan masa hari raya kedua ni dengan ke Singapura ;D

Hahh, Arib pergi ke Singapura ni bersama dengan sepupu Arib. Yup, dua orang jew, naik motor. Nasib baik la naik motor, kalau naik kereta masa hari raya ni, sampai petang still tak sampai-sampai, traffic jammed dekat kastam, huhh. Hah, kalau korang nak tau, sepupu Arib ni kerja McDonalds dekat Singapura ni, sebab tu dia boleh bawak Arib ke sana ke mari kat sini, hee. Okaylah, jom tengok gambar-gambar kat bawah ni ๐Ÿ˜‰


Hah, kat atas bangunan ni ada bot taww. Hahh, nilah Marina Bay ๐Ÿ˜‰


Panorama Singapura ๐Ÿ˜€


Hah, yang macam durian kat belakang ni namanya Esplanade ๐Ÿ˜€


Row, row, row your bout~


Merlion Statue ๐Ÿ˜‰


Huhh, kat atas panas, jadi lalulah jalan kat bawah tanah. Hee, laluan ni ada travelator ๐Ÿ˜€


Disebabkan kat sekeliling travelator ni ada cermin, tangkap la gambar kejap, hoho.


Hee, tak main la Pavilion KL, ION Orchard baru best ;P


Dekat stesen MRT Raffles Place. Hoho, tren dah sampai, sempat lagi bergambar -,-


Pening tengok peta MRT ni -,-


Hah, nama tempat ni pulak Bout Quay. Tempat ni waktu malam baru ‘hidup’ -,-


Hurmm, sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik dekat Singapura ni seperti Universal Studios, Sentosa, Bugis, China Town, Arab Street, Little India, dan lain-lain lagi yang belum sempat Arib pergi. Disebabkan kekangan masa, so ini jew lah tempat-tempat yang Arib sempat berjalan -,-

Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan, Singapura terkenal sebagai bandaraya duit. Ehh? Mana tidaknya, nak lalu jalan pun kena bayar. Itu baru jalan, yang lagi kesian nak parking kat rumah pun kena bayar jugak, hoho. Apa yang Arib tahu, jalan tu kena bayar sebab nak mengurangkan kesesakan lalu lintas. Satu alat yang diberi nama E.R.P diletakkan di jalan yang sibuk seperti Orchard Road bertujuan untuk mengurangkan masalah sedemikian. Jadi, secara tidak langsung, pengguna akan cuba mengelak dari melalui jalan tu, sekali gus telah melancarkan lalu lintas di Orchard Road. Disebabkan negara kecil, sebenarnya itulah cara kerajaan Singapura nak menjana pendapatan negara. Kalau setakat kutip cukai belum tentu cukup nak membangunkan negara, ye takk? -,-

Hah, satu lagi perkara yang membuatkan Arib tertarik kat sini ialah dengan sistem MRT. Masa tren nak sampai, tiba-tiba ada satu muzik berbunyi kat stesen tuu.

“Train is coming, train is coming, train is cominnnnng!”

Wahh, nak panggil orang naik tren siap ada muzik lagi tuu, hebat betul kan? Kalau benda ni buat kat Malaysia, memang style lah. Cik Kiah yang tertido kat stesen pun boleh bangun, haha.

Selain tu, Arib juga tertarik dengan cara pengendalian tiket MRT. Okay, masa tu, Arib belilah tiket ke Orchard Road. Harga bagi perjalanan ke sana hanya 1.20 Dollar. Tapi, Arib kena bayar 2.20 Dollar, ehh? Hahh, yang satu dollar tu sebenarnya menjadi deposit untuk tiket. Apa yang menarik dengan tiket MRT ni, tiket ni lebih rupa macam kad, bersifat keras dan mempunyai teknologi di dalamnya. Kad ni berfungsi sama seperti kad Touch’n Go, just tap jew kad tu kat tempat macam Touch’n Go, tak payah nak masukkan tiket kat mana-mana. Lepas dah sampai ke destinasi, tap sekali lagi kad tu kat tempat tiket dan pulangkan kembali kad tu ke mesin pembelian tiket. Tup tup, mesin tu bagi balik 1 Dollar yang didepositkan tadi. Arib rasa, sistem ni perlu dibuat dekat Malaysia, memang mudah dan pantas. Just tap kad dan boleh jalan. Jadi, masalah tiket tersangkut, tiket kemek, dan sebagainya tidak akan berlaku ๐Ÿ˜‰

Sebelum berangkat pulang ke Malaysia balik, sepupu Arib ni bawaklah Arib pergi ke Pasar Karat Singapura. Ehh, kat sini pun ada pasar karat jugak erk? Ingatkan kat Malaysia jew yang ada. Hah, kalau sebut pasar karat, mesti lah barang-barang yang dijual bersifat lama. Hoho, kat sini macam-macam barang ada. Jam tangan ada, laptop ada, handphone, huishh, berlambak-berlambak. Harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. BlackBerry second hand kat sini boleh didapati dengan hanya 150 Dollar jew, hoho.

Okaylah, setakat itu jew kowt yang dapat Arib sampaikan dalam post ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Editor: Sehingga post ni diupdate, duit raya Arib untuk tahun ni Arib dapat RM98 sepanjang hari raya dekat kampung. RM20 dah guna, jadi sekarang ni tinggal RM78 jew -,-