ENTRI TERBARU

Category Archives: Sembang IT

Feed Subscription<

Smartphone Without a Data Plan is a Dumb Phone? Really?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Smartphone digelar ‘dumb’ tanpa data plan? Ini tidak patut!

Semasa mengscroll Timeline di Twitter sekitar pukul 9 malam sebentar tadi, saya terhenti di satu tweet yang berbunyi, “Smartphone without a data plan is a dumb phone.” Reaksi saya, saya tak beberapa setuju dengan ungkapan ini.

Rasanya kalau takde internet dekat phone tuu pun kita boleh manfaatkan phone tuu sebenarnya.

Sebelum tuu, saya ceritakan sedikit mengenai pengalaman saya menggunakan smartphone.

Saya mula menggunakan smartphone pada tahun 2006 iaitu pada satu zaman era kegemilangan smartphone Nokia yang menggunakan sistem operasi Symbian seperti Nokia sabun, daun, lesung etc. etc. Nokia N-Gage & Nokia N-Gage QD pun dikira smartphone sebab kedua-dua model tersebut dikuasakan dengan Symbian.


Model smartphone yang saya gunakan ketika itu ialah Nokia 6260, yang juga dikuasakan dengan sistem operasi Symbian.


Bercerita tentang smartphone Symbian, pada zaman kini iaitu tahun 2012, Symbian masih lagi digunakan pada peranti seperti Nokia N8, Nokia C7, serta RAJA KEPADA RAJA handphone kamera DI DUNIA SEKARANG INI iaitu Nokia 808 PureView yang dikuasakan dengan kamera 41 MEGAPIKSEL! p/s: Sams*ng ada keluarkan phone dengan kamera 41 Megapiksel? *uhuk-uhuk*

Pada zaman tu, data plan TIDAK SEMURAH macam zaman sekarang. Korang tahu, pada ketika tuu nak guna internet pun kena guna yang Pay-Per-Use yang 10 sen/kb tuu. Saya yang menggunakan smartphone Nokia 6260 ketika itu sedikit pun tak merasa smartphone tuu dumb kerana saya manfaatkan fungsinya walaupun tanpa data plan atau internet.

Satu lagi tentang smartphone ketika zaman sekitar 2006, kebanyakan smartphone pun masih tidak mempunyai fungsi Wi-Fi. Nokia N70 yang dikira handphone paling canggih ketika itu pun tidak dilengkapi dengan WiFi. So nak dapat internet dekat phone tuu memang susah, melainkan korang memang kaya suka topup kredit. Jadi, patutkah smartphone ketika itu dikira “dumb” walaupun tanpa data plan atau internet?


Pada zaman ini, dunia smartphone bertambah lagi meriah dengan kelahiran Android, iOS, Windows Phone. Dari segi software pun sudah banyak bilangannya malah masa sekarang ni kita nak download software tersangatlah senang. Dengan melalui Nokia Store, Google Play & AppStore, korang dah boleh download software untuk dimasukkan dalam smartphone.

Dulu masa zaman awal menggunakan smartphone bukan senang nak masukkan software. Bilangan software ketika itu pun sangat limited sebab developer serta orang yang guna smartphone tak ramai. Nak masukkan software pun kena layan forum, kalau tak tau nak masuk kena pergi kedai, atau cara paling famous bagi pengguna smartphone Symbian ketika itu:

1. ‘Select all’ data dekat folder application pada system
2. ‘Send all’ files tersebut melalui Bluetooth
3. Bukak aplikasi Fileman (File Manager famous untuk Symbian S60)
4. Create folder application dekat System
5. Pergi Mailbox dalam Fileman tuu dan ‘Select all’ data pastu ‘Cut’
6. Pergi folder yang telah dicreate tadi dan ‘Paste’ masuk folder tersebut.

Bukan mudah. Tapi sebenarnya cara itulah mematangkan lagi pengguna smartphone pada era itu. Dengan cara itu jugalah mereka sangat merasai bahawa smartphone adalah smartphone!

Berbalik kepada topik perbincangan, dengan lambakan aplikasi di Nokia Store, Google Play & AppStore, sebenarnya memberi peluang untuk user download pelbagai aplikasi yang berguna.

Masalah user smartphone sekarang ni ialah terlalu bergantung dan leka dengan aplikasi jaringan sosial yang sememangnya memerlukan sambungan internet. Itu sebab user mudah mengatakan smartphone akan ‘dumb’ tanpa internet.

“Pengguna mudah mengatakan smartphone ‘dumb’ tanpa data plan kerana terlalu bergantung dan leka dengan aplikasi jaringan sosial yang sememangnya memerlukan sambungan internet.”

Cuba kita gunakan smartphone untuk keperluan yang lebih manfaat lagi seperti edit dokumen Word, Excel, baca eBook PDF ataupun mengurus schedule anda. Mungkin ia kelakar bagi anda, tapi itulah fungsi yang sebenarnya perlu dimanfaat oleh pengguna smartphone.

Saya sendiri menggunakan smartphone (Nokia C6-01) untuk copy data dari Pendrive dengan fungsi USB On-The-Go. Selain itu, fungsi GPS (Nokia Maps) yang ada dalam smartphone membantu saya ketika sesat jalan. Untuk makluman, GPS bukan peranti “Guna Pun Sesat”. Kalau anda tahu menggunakannya, In Shaa Allah tak sesat. Saya banyak kali menggunakannya dan tak pernah sesat sehingga kini.


Selain itu, smartphone juga membantu saya sebagai kamus bergerak (Nokia Dictionary), pengurus perbelanjaan harian saya (aplikasi Toshl), RMVB/MKV media player untuk ditayangkan pada TV, dan juga digunakan sebagai “Play Station” bergerak (dengan fungsi TV-Out). Bukankah itu dikira pintar?

 

Bagi pengguna Android, sebenarnya anda boleh jadikan smartphone anda sebagai Al-Quran bergerak (Quran Android), pengurus schedule harian anda (Astrid Task), eBook reader (Kobo Reader), alat edit assignment (Piscel SmartOffice), MKV movie player (Mx Video Player), dan pelbagai lambakan aplikasi yang boleh jadikan anda tidak merasa ‘dumb’ dengan smartphone anda. Tiada internet di smartphone? Download saja melalui PC dan transfer aplikasi tersebut ke dalam memory card 😉

Pada awal zaman smartphone dicipta, smartphone dikenali kerana fungsi pintarnya dan bukan daripada kehandalan internetnya. Sememangnya smartphone pada mulanya dicipta bukan untuk internet tetapi direka untuk dimanfaatkan fungsinya.

Sebagai penutup, saya tinggalkan persoalan di bawah:

Smartphone yang “dumb” atau diri kita yang “dumb” sebenarnya? 😉

-Arib Ismail
-21 September 2012, 10:31 PM

$199 USD Bukan Harga Sebenar iPhone 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa $199 USD bukan harga sebenar iPhone 5. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan harga $199 USD? Berapa harga iPhone 5 yang sebenar? Ikuti kupasan selanjutnya dengan menekan butang ‘read more’!


1. Pagi tadi iPhone 5 telah diperkenalkan secara rasminya.

2. Arib turut tak melepaskan peluang untuk mengikuti pelancaran iPhone baru ni melalui Liveblog The Verge walaupun terpaksa bersengkang mata dari pukul 1 pagi – 3 pagi, 13 September 2012. Nota: Acara bermula di California, U.S pada pukul 9 pagi, 12 September 2012 mengikut piawaian waktu Pasific Daylight Time (PDT).


3. Tak banyak perubahan yang berlaku dari segi spesifikasi iPhone 5 yang terbaru ni berbanding iPhone 4S. Cuma design jea sedikit panjang, semakin ringan, dan semakin nipis.

 

 


4. Antara fungsi yang menjadi ‘daya tarikan’ ialah iPhone 5 hadir dengan pemprosesan Apple A6 (Dual-Core CPU ARM Cortex-A15 & Quad-core GPU), kamera 8MP yang telah dipertingkatkan dari segi pencahayaan dan sokongan panorama 28MP, sistem operasi iOS 6, skrin 4 inci Retina display, sokongan sambungan pantas LTE (Long Term Evolution), ketahanan bateri lebih lama, dan Lightning port yang serba baru.

 

 

 

 

 

 

 


<center >

 


5. Apapun, Arib sebenarnya tertarik nak berkongsi mengenai harga iPhone. Tak kiralah harga iPhone 5 kea, iPhone 5S akan datang kea, semua akan Arib perjelaskan bahawa $199 bukan harga sebenar iPhone tersebut.

 


6. Arib terpanggil untuk menulis perkara ni sebab ramai sangat yang percaya bahawa iPhone kat US tersangatlah murah berbanding kat Malaysia. Sebenarnya harga produk Apple kat US & Malaysia adalah hampir sama.

7. Sebenarnya harga iPhone 5 yang berharga $199 tuu ialah harga iPhone 5 yang telah diikat dengan kontrak selama 2 tahun dengan telco. Tuu sebab korang tengok kalau beli iPhone dengan Maxis nampak murah.

8. Harga sebenar iPhone 5 ialah $699 (RM2199) untuk versi 16GB dan $799 (RM2499) untuk versi 32GB.

9. Selepas Apple memperkenalkan iPhone 5, kini iPhone 4S telah pun menerima pengemaskinian harga sebanyak RM1799 untuk versi 16GB.


10. Untuk makluman korang lagi, selain iPhone 4S yang menerima kemaskini harga (RM1799 untuk versi 16GB) selepas iPhone 5 diperkenalkan semalam, harga iPhone 4 juga turut dikurangkan. Kini, iPhone 4 versi 8GB boleh didapati pada harga RM1449. Bagi korang yang agak-agak teringin nak guna iPhone, boleh dapatkan satu iPhone 4 ni, hehe.


11. Bagi korang yang nak dapatkan iPhone 5, pasaran Malaysia akan menerima iPhone terbaru ni menjelang Disember 2012.

 


12. Satu sebab kenapa iPhone 5 lambat masuk ke Malaysia berbanding Singapore oleh kerana kita kekurangan user iOS/iPhone. Kat Malaysia majoriti ramai guna Android, berbanding di Singapore yang majoriti guna iOS/iPhone. Tuu sebab depa dapat awal.

13. Satu faktor lagi kenapa kita tak dapat awal sebab kita masih belum didatangkan sepenuhnya dengan teknologi LTE (Nota: Pihak DiGi sedang dalam proses untuk membangunkan LTE di Malaysia.). Teknologi LTE atau lebih dikenali sebagai 4G-LTE merupakan sambungan internet seterusnya selepas HSDPA (3.5G) yang membolehkan seseorang pengguna menikmati kelajuan internet sepantas 100Mbps.


14. Apapun, iPhone 5 masih tidak membuka mata saya kerana tiada ‘wow factor’ baru yang diperkenalkan dan still, iPhone 4/4S ternyata nampak lebih menarik bagi saya.

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Kredit Gambar: The Verge, Amanz

Nota Arib: Harap-harap dapat sambar satu iPhone 4 nanti. Harga dah drop banyak tuu!