ENTRI TERBARU

Category Archives: Events

Feed Subscription<

Pengalaman Di Maxis 4G Bloggers Blaze 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Hari Sabtu lepas Maxis ada buat event untuk blogger ala-ala Amazing Race gitu yang diberi nama Maxis 4G Bloggers Blaze challenge. Actually saya pergi event ni under Amanz.my sebab bos Aman Firdaus suruh pergi. Haha. Memula bos kata suruh pergi event ni rasa excited jugak lah sebab dia kata boleh menang hadiah 😛 Tapi tak kisahlah menang ke kalah ke asalkan dapat experience baru tu paling penting. Ececeh.

So seawal 8.30 pagi para blogger dikehendaki berkumpul dekat Piazza, The Curve. Masa tu kitorang diberi group masing-masing yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur yang terdiri seramai 3 hingga 4 orang untuk satu group. Nama group pun diberi oleh pihak Maxis sendiri yang diberi mengikut nama jenis ikan. Ada team Shark, team dan saya dapat Team Pirahna. Aummm! (tak tahu pirahna bunyi macam mana lewlz)

1488186_10151836301307986_1780139776_n

Sebelum cabaran bermula, macam biasa ada sesi briefing pasal keselamatan apa semua sebab nak pergi satu tempat ke satu tempat tu semua kena naik kereta. So dalam setiap group kena pilihlah siapa yang jadi driver, siapa yang yang jadi co-pilot. Masa tu jugak setiap group diberikan 4G LTE device daripada Maxis untuk digunakan sepanjang challenge ni. Group saya dapat Galaxy Note 2 LTE hehe.

First cabaran yang kitorang kena buat ialah scan QR code dekat ballon sampailah jumpa QR code yang dia bagi info untuk ke destinasi seterusnya. Cabaran ni boleh kata ikut nasib jugaklah sebab nak jumpa ballon tu bukan senang dan tak ada hint langsung, just scan code sampai jumpa. Memula tu fade up pun ada sebab dah banyak team dah jumpa QR code yang sepatutnya dan tinggalkan kitorang yang masih terkial-kial scan kat ballon tu. Huhu. Nasib baik last-last pihak penganjur bagi lepas jugak lah dan pass kat kitorang kad destinasi seterusnya.

Second cabaran, orait yang ni ada group yang kena seperate kat tempat lain. Ada group yang buat wall climbing dulu dan ada group kena buat cabaran yang kat Sunway dulu. So Team Pirahna dapat task yang kat Sunway tu.

20131208_105119

Sesudah sampai di Sunway Lagoon, kitorang dikehendaki untuk download app Drag Race dan main game tu. Masa ni pihak penganjur akan catat masa drag race paling pantas untuk setiap ahli kumpulan dan screenshot kesemua markah tu masuk Whatsapp. Cabaran kedua ni kira paling senang antara semua cabaran haha. Lepas habis main game Drag Race tu, kitorang diberi task seterusnya untuk masuk ke Sunway Lagoon, woohoo!

20131208_105636Cabaran ketiga, hehe yang ni cabaran paling best sebab setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk lawan go-kart dengan kumpulan lain. So setiap group akan seperate kepada dua orang untuk lawan go-kart. Dua orang lagi pulak akan tangkap gambar ahli group ketika perlawanan Go-Kart tu untuk diupload ke Google+ nanti.

Cabaran keempat pulak kitorang dikehendaki ke Setiawangsa untuk main wall climbing. Pehh rasa inilah cabaran paling mencabar antara kesemua cabaran yang ada. Setiap ahli kumpulan (seperate kepada dua orang setiap sesi) akan panjat dan cross dari satu dinding ke satu dinding untuk ambil bendera dan turun dengan selamat (bukan terjun) dengan sepantas yang mungkin. Mana-mana group yang melebihi 6 minit setiap sesi akan dikenakan penalti selama 30 minit. Masa ni dua orang lagi ahli group akan rakam video HD semasa dua ahli group yang lain tengah panjat untuk diupload ke Google+ jugak. So nasib baiklah group Pirahna lepas task ni dan tak kena penalti tu. Rasanya semua group lepas kot hehe.

IMG-20131208-WA0001

Cabaran terakhir, kesemua group kena balik kat The Curve semula untuk ke cabaran makan tembikai siapa paling cepat. Yang ni seronok. Tengok tembikai tu pun dah rasa sedap so time makan tu tak ingat apa memang makan je dengan serakus yang boleh, nyummmmm!

IMG-20131208-WA0000Habis semua cabaran tu, tibalah masa penutup yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman pemenang pertandingan ni. Tapi kira puas hatilah dengan keputusan juri sebab tak expect group yang menang tempat pertama tu boleh menang. Sebabnya group tu boleh kata agak belakang dari kitorang bila ke tempat check point. So keputusan ni saya kira adil sebab pemenang dipilih bukan kepantasan ke check point tapi kepantasan masa siapkan task yang diberi.

Walaupun tak menang, seronok sangat join event ni sebab banyak benda yang saya dapat. Selain kita boleh jumpa rakan-rakan blogger lain, pengalaman naik wall climbing tu serius saya akan ingat sampai bila-bila. Benda ni buat saya realize yang kita perlu trust kat diri kita untuk panjat dan cross dari satu dinding ke satu dinding tu. Kalau tak percaya dengan diri sendiri, sure akan jatuh ke bawah.

Satu perkara lagi yang saya dapat ialah untuk melihat kelajuan sebenar Maxis LTE 4G. Serius, LTE 4G dari Maxis pehh laju gila. Masa kat cabaran Sunway tu, download app Drag Racing yang kira-kira sekitar 12MB ambik masa dalam beberapa saat je. Guna Waze masa nak pergi dari destinasi ke destinasi lain pun takde masalah lag ke apa. Memang smooth bro!

996984_10151836610142986_302602544_n

Komen mengenai event ni? Overall Maxis arrange event best sangat. Makan minum semua cukup dan lokasi event pun sangat baik. Hehe. Cuma agak terkilan sikit lah dengan Maxis sebab yang tak menang tak dapat gadget apa-apa pun melainkan goodie bag yang dalamnya ada buku planner tahun 2013 (lol), pendrive & sim pack Hotlink. Ingat dapatlah bawak balik device baru macam Sony SmartWatch 2 ke sebagai saguhati takpun modem Maxis 4G LTE yang terbaru tu pun jadilah. Nasib baik Ben kata masa acara penutup tu cakap siapa yang buat blogpost pasal event ni akan diberi hadiah misteri. Yayy! Harapnya blogpost ni diterimalah kot. Nak post kat Amanz.my pasal event ni macam tak sesuai sebab situ semua news huhu.

Anyway terima kasih Maxis sebab anjurkan event macam ni. Kalau tak entah bilalah nak merasa main go-kart, wall climbing & makan buah tembikai siapa paling pantas tu haha. Thanks untuk voucher RM80 untuk setiap group masa kat Sunway Lagoon tu. Dapatlah ngap ngap burger Hobbit yang terbaru kat Burger King tu. Haha. Paling penting terima kasih kat Amanz.MY sebab bagi pergi ke event macam ni. Thanks bos! :DD

Kredit Gambar: Official Facebook Page Maxis

Gambar Di Sekitar Lepak IT Amanz.MY @ Taman KLCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

1. CEO Amanz.MY, @tekong invite saya ke sini masa tengah jalan-jalan kat PIKOM ICT Mall semalam melalui Twitter.
2. Pukul 3.30 petang, jalan kaki dari Capsquare PIKOM ICT Mall ke KLCC. Lebih kurang 1.1KM dari Capsquare untuk ke sana.
3. Program Lepak IT bermula sepenuhnya lebih kurang pukul 4.30 petang.

4. Lepak IT ni merupakan satu acara gathering yang dianjurkan oleh Amanz.MY untuk membincangkan perihal teknologi masa kini secara santai.
5. Konsep yang dibawa Lepak IT kalini dibuat secara ‘potluck’. Bawak makanan then makan ramai-ramai, hehe.

 
 

6. Terdapat pelbagai gadget terbaru disediakan oleh Amanz.MY untuk dicuba antaranya Samsung Galaxy S3 yang baru dilancarkan tempoh hari.

 

7. Ada 14 orang yang hadir kalau tak silap. Antaranya CEO Amanz.MY (@tekong), Founder Amanz.MY (@amanfirdaus), Blogger: F.O.A, Blog Serius & Harian Metroll, Obefiend (@1Obefiend) , Blogger: Mr. Piratz (@piratz), Blogger: Rotikaya (@rotikaya), Blogger: Roslan Nazri (@roslan_nazri), Blogger: Azman Ishak (@azmanishak) dan ramai lagi blogger yang hebat-hebat datang, haha.

 
 
 
 
 
 
 
 

8. Program Lepak IT Amanz.MY berakhir lebih kurang pada pukul 7 malam. Alangkah ruginya bagi fans Amanz.MY yang tak datang :p



Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Tak faham kenapa Yes 4G Eclipse smartphone tuu harga RM1,688 -,-

GoMobile Expo 2012 Dan Temubual Bersama Aman Firdaus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Ahha, minggu ni GoMobile Expo 2012 berlangsung. So semalam Arib sempat berkunjung ke sana setelah event ni ‘menghilangkan diri’ pada tahun lepas. Okaylah, klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


GoMobile Expo merupakan expo telefon bimbit dan peranti mudah alih tahunan yang dianjurkan oleh majalah Mobile World. GoMobile Expo menjadi satu platform kepada pengguna dan peminat gadget ‘mobile’ untuk mendekati dunia gadget mudah alih seperti telefon bimbit, komputer tablet, dan sebagainya. Melalui pameran seperti ini, kebanyakan pengeluar memberi peluang kepada peminat gadget dan pengunjung untuk mencuba sendiri gadget-gadget tersebut. Setelah setahun GoMobile Expo menyepikan diri pada tahun 2011, kini GoMobile Expo 2012 tampil bagi meneruskan legasi pameran tersebut.

Sebelum tu, semalam Arib pergi ke GoMobile Expo 2012 bersama dengan adik Arib sendiri, Adib Ismail serta Ahmad Nasif, kawan dekat Sejaya dulu yang sekarang sedang membuat foundation di UTP, hehe.

Okay, dari segi keseluruhan event GoMobile Expo tahun ni, hurmmm, agak kurang meriah sedikit berbanding tahun-tahun yang lepas. Apa yang Arib dapat lihat pada tahun ni, GoMobile Expo 2012 lebih mengetengahkan produk startup. Aktiviti dan pameran yang bersifat consumer kelihatan agak pudar pada tahun ini.



Pada GoMobile Expo 2009, Arib sebagai pengunjung rasa sangat seronok berkunjung ke event ni kerana meriah dengan aktiviti. Pada tahun tersebut, pentas utama diserikan dengan permainan dan kuiz kepada pengunjung yang ternyata memberi impak yang besar kepada kemeriahan sesuatu expo. Booth Nokia dan Celcom pada tahun tersebut juga tidak terkecuali menyumbangkan kemeriahan GoMobile Expo 2009. Ada kuiz, ada permainan, ada putar roda untuk menang, baling sampah dalam bakul dapat hadiah, itulah keseronokan yang dapat dialami pada tahun itu.



Sejak GoMobile Expo 2010, kesemua itu tidak dapat lagi didapati kerana cara pengendalian expo sedikit bertukar wajah. Keseronokan sebagai pengunjung expo semakin lama semakin kurang dirasai. Arib telah pergi ke merata booth yang ada dan tiada satu pun yang menganjurkan aktiviti yang dapat menghiburkan pengunjung. Kesemuanya lebih tertumpu pada jualan secara serius dan pengenalan pada sesuatu produk baru yang dikira kurang mendapat sambutan kepada pengunjung biasa.


Apapun, bagi peminat gadget, kehadiran korang ke sini pastinya sedikit sebanyak menarik buat korang yang ingin mencuba gadget-gadget terbaru 😉





Ouh yea, semalam jugak Arib sempat singgah ke booth Amanz.MY, sebuah website teknologi berbahasa Melayu yang dikira setanding dengan website teknologi luar negara, TechCrunch. Setiap hari memang tak sah kalau tak bukak website ni walaupun Arib banyak baca artikel dari sumber dari luar negara. Sememangnya membaca artikel di Amanz.MY lebih menarik kerana dipermudahkan dengan Bahasa Melayu yang mudah difahami.

Arib sempat juga untuk menebual dengan pengasas Amanz.MY, Aman Firdaus (@amanfirdaus) walaupun sebelum ni sudah beberapa kali bertemu dengan beliau. Persoalan yang sentiasa bermain di minda ialah bagaimana penulis Amanz.MY menguruskan masa untuk menulis kerana kandungan website tersebut sentiasa berupdate dengan artikel terkini. Setiap hari pasti ada berita berkaitan dengan teknologi dipublishkan dan jumlah berita yang dipublish bukan satu tetapi banyak jumlahnya. Apa yang mengagumkan, keseluruhan besar artikel harian Amanz.MY ditulis secara solo oleh Aman Firdaus sendiri. Kadangkala, Aman Firdaus yang sedang sibuk diluar pun masih sempat untuk mengemaskini Amanz.MY. Hebat.

Melalui sesi menebual Aman Firdaus semalam, Arib sempat bertanya bagaimana sesuatu berita itu ditulis sebelum dipublishkan di Amanz.MY. Apa yang menarik perhatian Arib, Aman Firdaus menyatakan yang beliau menulis draft berita dan artikel menggunakan software asas dalam Windows, Notepad terlebih dahulu sebelum ditransfer ke WordPress untuk proses publishing. Agak pelik kan tapi itulah menjadi kebiasaan bagi para penulis blog. Macam Arib pun selalu guna Wordpad sebab kalau menulis dekat blogger punya editor memang takde idea. Bagi Aman Firdaus, mungkin idea lebih datang melalui Notepad. Kot.

Selain itu, turut yang menjadi tanda tanya ialah mengenai smartphone yang digunakan oleh Aman Firdaus. Pada kebanyakan artikel yang diupdate akhir-akhir ini, Amanz.MY sering menggunakan Samsung Galaxy Nexus sebagai smartphone untuk mengreview sesuatu aplikasi. Eh, Aman Firdaus tukar smartphone kea? Pada ketika itu barulah tahu yang model Samsung Galaxy Nexus tersebut hanyalah review unit yang diberi oleh pihak Samsung selama dua minggu. Bukan setakat smartphone Galaxy Nexus sahaja yang diberi malah notebook Samsung juga diberi untuk direview.

Aman Firdaus menjelaskan lagi bahawa Amanz.MY telah dibangunkan selama tujuh tahun sejak awal penubuhannya pada tahun 2005. Jelas membuktikan bahawa untuk membangunkan Amanz.MY bukanlah sesuatu yang mudah malah memerlukan satu jangka masa yang panjang demi mengharungi cabaran untuk menulis blog teknologi dalam Bahasa Melayu. Tanpa kombinasi komitmen dan gigih dalam diri Aman Firdaus mungkin Amanz.MY tidak dapat berdiri teguh dan maju seperti hari ini. Mengikut perangkaan statistik sehingga post ini ditulis, Amanz.MY telah berjaya mengumpul seramai lebih 15000 fanbase di Facebook serta jumlah visitor pada website Amanz.MY yang mencecah lebih 14000 pengunjung setiap hari. Syabas Amanz.MY!

Sebelum beredar, Arib sempat bergambar dengan Aman Firdaus sekali lagi sebagai kenang-kenangan. Haha.


Amanz buat muka serius, saya pun nak muka serius jugak lah, haha.

Ouh yea, Arib pernah menulis beberapa artikel di Amanz.MY dan bagi yang masih belum membacanya, boleh rujuk di bahagian sebelah kanan blog ni. Hehe.

p/s: Rasanya booth Amanz boleh diserikan lagi pada masa akan datang dengan menyediakan satu pamphlet khas mengenai website Amanz kepada pengunjung. Mungkin dari situ pengunjung biasa lebih mengetahui Amanz.MY tu apa sebenarnya. Lepastu buat aktiviti macam contest atau lucky draw kea pastu dapat free goodies. Dekat wall booth tuu boleh diletakkan sudut info dan latarbelakang mengenai Amanz dan paling penting, ‘Amanz Wall’ patut diwajibkan ada sepertimana yang ada pada booth Amanz dalam satu expo yang sebelumnya. *hanya sekadar cadangan yea bro. Jangan marah. Hehe :p

Sekian sahaja untuk kali ni. Maaf kerana tidak bercerita panjang mengenai GoMobile Expo 2012 kerana sangat kecewa dengan GoMobile tahun ni, sob sob. Tidak semeriah yang seperti saya harapkan sepertimana GoMobile Expo 2009. Apapun, terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (:

Nota Arib #1: Pagi semalam sebelum bergerak ke GoMobile Expo, singgah kejap kat kedai Nokia dekat Suria KLCC. Terkejut sebab Nokia Lumia 610 demo set dah ada kat situ, whoaaa. Serius best Nokia Lumia 610 ni. Fungsi canggih tapi harga baru RM699. Nokia Lumia 610 hadir dengan skrin TFT 3.7 inci, kamera 5MP dengan auto fokus + flash, sambungan WiFi + 3.5G, A-GPS dengan Nokia Maps, dan Memori 8GB. Menurut Nokia, Nokia Lumia 610 merupakan Windows Phone yang paling termurah setakat ni. Sangat gorgeous dan harganya sangat reasonable.

p/s: Masa godek-godek Nokia Lumia 610 ni, try lah compare kelajuan dengan Nokia Lumia 710 dan Xperia Mini ala-ala contest ‘Smoke by Windows Phone’. Kelajuan Nokia Lumia 610 diuji dengan menangkap gambar dan gambar tersebut seolah-olah dihantar melalui MMS. Hasilnya, respon Nokia Lumia 610 agak lambat sedikit sehingga Xperia Mini pun mampu mengalahkan tahap respon Nokia Lumia 610 ni. Apapun, ini hanya sekadar uji kaji dan sudah tentu prestasi Nokia Lumia 610 sedikit jauh ke belakang kerana processor yang digunakan hanya 800MHz berbanding Xperia Mini yang menggunakan processor 1GHz dan Nokia Lumia 710 yang menggunakan processor 1.4GHz.


Nota Arib #2: Lepas singgah kedai Nokia, singgah kedai Machine pulak. The new iPad lagi cepat panas berbanding iPad 2. Pegang iPad 2 cool jea belakang dia walaupun sudah dihidupkan agak lama. Dari segi pemerhatian, The new iPad agak tebal dan kamera sensitiviti pada iPad 2 lagi lancar daripada The new iPad. Mungkin disebabkan resolusi dan piksel yang lebih besar pada The new iPad.

Nota Arib #3: Lepas pergi GoMobile Expo 2012 tuu, singgah Low Yat kejap. Akhirnya dapat jugak beli mini HDMI to HDMI cable dan memory card SD 8GB (dua-dua untuk tablet Android RM99) serta USB male to female cable untuk attach TV-Tuner kat PC, hehe.