ENTRI TERBARU

Category Archives: Dunia Arib Ismail

Feed Subscription<

Arib Ismail 20 Tahun – Terima Kasih Semua!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Ohai lama tak update blog ni.

2. First sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi wish birthday saya tahun ni semalam, 1 Februari 2014. Yeap umur saya dah 20 tahun dah sekarang. Hehe.

3. Tahun ni, saya buat kelainan sikit dengan sorokkan tarikh lahir sebaik yang mungkin. Kat Facebook saya siap tukar tarikh lahir kepada 1 Mac. Dekat Twitter pun saya tak retweet satu wish birthday pun, just favorite dan reply thanks kepada yang sudi wish. Sebabnya nak tengok seberapa ramai yang masih ingat birthday saya.

4. Alhamdullilah, ada yang masih ingat.

5. Cuma menarik tahun ni, kat Facebook tiada satu wish birthday saya terima lepas je tukar tarikh birthday tu. Syukur saya tidak menerima sebarang wish “HB” sahaja tahun ni. Lol.

7. Untuk 2014, orang pertama wish saya (sebelum pukul 12am) ialah Hafiz Rusli iaitu kawan sekolah SMK Segambut Jaya dulu. Dia ni setiap tahun ingat birthday saya. Petang-petang lagi dah wish via text message. Haha. Tapi kalau ikut lepas pukul 12am, orang pertama wish ialah Fikri Khairuddin, kawan lawan ranking kedudukan kelas masa sekolah rendah. Lol. Rindu sangat dengan mamat ni. Berapa tahun tak jumpa.

6. Apapun sebagai penghargaan, saya nak masukkan semua wish birthday saya terima tahun ni.

Twitter

Wish orang pertama

Wish seterusnya

 

Wish paling LOL

Wish lagi

Wish paling banyak smiley v^.^v

Wish lagi

Okay ni paling suka sebab cakap handsome lewlz

Wish lagi

Wish bergambar (paling terharu k sebab kat Whatsapp pun ada bagi haha)

Wish sebelum penutup wish Twitter

Actually post ni dah publish, tapi edit balik untuk tambah wish daripada Amir Amran. Haha. Thanks Amir!

Whatsapp

Wish budak INTEC yang nak fly New Zealand next year haha

Screenshot_2014-02-02-03-20-56-1

Wish daripada Fadzren Big

Screenshot_2014-02-02-03-23-05-1

OK yang ni terharu sebab kat Twitter dah bagi kat Whatsapp pun bagi. Thanks Shu!

Screenshot_2014-02-02-03-19-52-1

Abam Barak aka Abam Russia punya wish :))

Screenshot_2014-02-02-03-18-50-1

Wish daripada Khalis Khalil, classmate masa form 5 SMK Seri Bintang Utara

Screenshot_2014-02-02-03-20-30-1

Text Message

Wish pertama kalau ikut sebelum pukul 12am. Thanks Hafiz Rusli!

Screenshot_2014-02-02-03-25-15-1

Wish daripada budak tunggu result SPM, Awatif Ishak :>

Screenshot_2014-02-02-03-23-42-1

7. Sekali lagi, terima kasih bebanyak yang sudi wish birthday! 😀

8. Btw, tahun ni saya celebrate birthday kat Shah Alam. First tempat, pergi makan kat Restoran Barra. Actually tempat makan ni paling teringin nak pergi lepas tengok video Faradyable – Bila Avangers Lapar masa 2012. Dia punya dialog siap hafal lagi tau! Haha. Alhamdulillah tahun ni baru dapat merasa pergi. So far makanan kat sini sedap dan murah. Banyak pun banyak. Memang puas makan. Tak sia-sia pendam azam nak makan kat sini. Tup tup tercapai jugak lol.

DSC00932

9. Lepas makan, dah sampai Shah Alam of course kena singgah i-City. Tak jauh pun dari Restoran Barra tu. Actually dah lama tak pergi sini. Last pergi pun time 2011, kot. Sekarang dah 2014, pergi sini tengok dah berubah macam-macam. Dulu masa first pergi ada taman lampu tu je. Sekarang siap fun fair dengan waterpark pun ada. Kejap je dah berubah.

DSC01036

10. Pasal hadiah tahun ni, both parent bagi ‘ang pow’ as hadiah. Hehe. Tapi yang best adik-adik pun bagi. Adib bagi spec mata Rayban Wak Doyok (lol) pastu Hanis bagi hadiah kameja hitam. Woohoo. Tak expect pun diorang bagi hadiah. Terharu kejap kat i-City tu haha.

11. So itu je lah kot rasanya. InsyaAllah kalau ada kelapangan ingat nak berblog balik. Update macam ni pun dah seronok sebab just tulis point. Tak sakit kepala tulis dalam bentuk karangan panjang haha. Orait. Sehingga kita berjumpa lagi 😀

p/s: Oh ye kat bawah ni saya kumpulkan link ucapan birthday saya mengikut tahun. Macam best pulak collect wish birthday pastu jadikan blog post. Haha. Bila baca balik tersenyum sorang-sorang. Lol.

UCAPAN BIRTHDAY MENGIKUT TAHUN: 2009, 2010, 2011 (Wish Paling Favorite), 2013.

Pengalaman @ D-Code Bootcamp 2013 Anjuran Startup Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hi semua! Sorry sangat sebab dah lama biarkan blog ni terbengkalai. Lama jugak dah tak sentuh blog ni. Hurmmm. Kadang kadang rasa rindu pun ada nak aktif berblogging macam dulu. Tapi apa kan daya, sekarang ni kan zaman Twitter. Apa apa nak update semua kat Twitter. Sharing pun kat Twitter so nak tulis balik jadi artikel agak ambil masa jugak la kot. Maka tertinggal lah blog ni tanpa berupdate pun. Wuuu.

Orait, so harini Arib tetiba pulak rasa nak update pasal camp yang Arib join selama tiga hari ni, bermula dari 5-7 Julai 2013. Tak tau kenapa, camp ni macam best sangat so rasa macam rugi pulak tak tulis dalam blog haha. Eh, camp apa ni? Hahh, inilah dia, D-Code Bootcamp 2013! 😀

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Actually Arib ke camp ni sebab terpilih untuk menjadi fasilitator selama tiga hari. Bermula cerita macam mana Arib boleh jadi fasi ni sebab satu hari tu Arib ternampak ada orang retweet pasal tawaran untuk menjadi fasilitator. So Arib test test lah hantar resume dekat emel yang dia kasi. Tup tup, dapat. So Alhamdulillah, selain jalankan tugas sebagai fasi, boleh lah jugak Arib cari pengalaman dalam ilmu programming. Oh yea, ini first time Arib jadi fasilitator. Sebelum ni selalu jadi peserta je kat mana-mana camp. Hehe.

Oh yea, D-Code Bootcamp 2013 ni actually coding camp yang dianjurkan oleh Startup Malaysia. Camp ni baru first time ada dan tahun ni dibuat dekat Zebra Square, Kampung Pandan, KL. Tempat dia memang tak jauh dari rumah Arib. Memang Arib datang sini jalan kaki je. Kedudukan spesifik, dia dekat dengan Restoran Al-Rawsha. So para peserta yang datang camp ni memang tiga hari tu kena hidup dengan coding. Camp ni pun ramai jugak yang join tau, dalam 500 orang macam tu yang terdiri daripada student, programmer, dan tak juga orang yang langsung tak pernah tahu pun pasal coding.

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Sepanjang tiga hari camp ni, kesemua peserta akan belajar macam mana nak buat extension dan application untuk Google Chrome. Serius menarik. Setiap sorang akan diberi satu Booklet Coder Pack untuk buat extension dan app tu sampai jadi. Then, lepas jadi, diorang ambil idea dari situ untuk create pulak ke satu extension yang lebih menarik. Oh yea, masa final day ada penilaian untuk extension paling best. Pihak camp akan pilih 60 orang untuk ke Summit tahunan pastu akan ada saringan sikit dan akhir sekali diorang akan dibawa ke Silicon Valley, US selama 2 minggu untuk pembentangan idea Chrome extension tu.

So bila pergi coding camp atau event event macam ni memang selalu dapat kenal orang baru. Time ni Arib dapat kenal beberapa group first year student dari UTP, UIA, dan beberapa barisan fasilitator yang memang best bergaul dengan diorang. Time ni jugak Arib dapat jumpa first time dengan rakan Twitter iaitu abam @zulhhandyplast. Sebelum ni selalu mention mention je kat Twitter tapi tak pernah pun jumpa. Tak dilupa juga abam @omarmahdzan yang baru kali kedua jumpa. Dia pun dapat jadi fasi macam Arib. So kitorang yang saling kenal kenal ni memang rapat time camp ni :3

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Apa yang Arib rasa best pasal camp ni adalah sebab kesemua yang terlibat dalam camp ni diberi keselesaan dan kebebasan sebaik yang mungkin untuk coding. First Arib sampai sini pun rasa seronok tengok diorang coding dalam hall reramai pastu duduk atas bean bag. Korang nak duduk ke, nak baring ke, pun boleh. Kalau rasa macam idea tak masuk, boleh coding kat meja atau bawah khemah yang berada di luar dewan.

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Bukan itu je, para peserta juga diberi kebebasan untuk makan sepuas-puasnya dari mula camp sampai lah habis camp tanpa henti. Makanan disediakan secara free flow, so kalau korang rasa lapar je, ambik. Tak rasa lapar pun, ambik. Buat gigit gigit time coding. Serius, Arib rasa macam kerja kat Facebook dan Google sebab company company ni lah setahu Arib yang ada tawaran kerja dengan suasana macam ni. Bebas. Rasa stress je rehat kat memana ambik idea. Takpun, makan :3

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Sebelum Arib terlupa, masa hari pendaftaran D-Code Bootcamp 2013 ni yang bestnya setiap peserta diberikan T-Shirt dan Dongle Broadband DiGi + RM35 topup untuk quota 1GB DiGi Broadband secara percuma. Bukan tu je, transport dari LRT Ampang Park ke Zebra Square turut disediakan. Pastu bagi yang duduk jauh, hotel pun ada disediakan secara percuma! Pehh pehh. Masuk dah lah tak perlu bayar so tinggal bawak diri, belajar, coding, makan, coding, makan.

Back-AribIsmail

Haha. Nampak macam menarik kan? Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak join camp macam ni in future nanti? Hurmm, Arib pun tak beberapa sure Startup Malaysia nak buat lagi ke tak sebab tanya dengan big boss kata kalau ada funding atau penaja mungkin boleh buat lagi macam ni untuk next year. Sebabnya Startup Malaysia ni company non-profit. Diorang ni arrange startup atau company kecil-kecilan yang baru nak up. So diorang boleh buat event pun bila ada penaja. So harap sangat-sangat next year ada D-Code Bootcamp 2014 pulak :3

Oh yea haha. Sebelum Arib tutup post ni, tak lupa time kenal dengan satu group student UTP ni. Diorang panggil saya ‘abang’ masa first dan second day padahal umur sebaya je haha =.= So bila diorang panggil macam tu, memang kalau diorang tanya pasal umur, Arib cuba acah acah dah tua. Bila tanya tengah study apa pun acah acah macam noob pasal IT dan baru habis diploma padahal tengah buat degree. Kah kah. Ingat nak rahsia je sampai betul betul final day last last semalam diorang stalk segala benda termasuk Twitter, blog dan akhirnya rahsia terbongkar XD

Screenshot_2013-07-07-20-11-35-edit

Haha. Rasanya tu je lah kot pasal camp ni. In Shaa Allah lepas ni Arib cuba bagi komitmen balik untuk update blog ni sebab rasa macam rindu dengan zaman aktif berblogging dulu. Haha. Okay lah. Terima kasih kerana membaca yea! 😀

Kredit gambar: Instagram @zulhhandyplast

Nota Arib: Time camp ni tak lupa jugak saya ditegur oleh salah seorang pembaca blog saya dalam bas time solat jumaat. Saya pelik mula-mula sebab ada orang panggil nama saya dalam bas tu. Dia kenal saya sebab follow blog arib2020 tu pastu ada artikel kat Amanz. Pehh, terharu pun ada time tu sebab tak sangka ada orang kenal saya melalui blog. Tu yang rasa macam semangat balik nak berblog tu. Haha. Thanks Firdaus Shajahan atas sokongan! :”D

Nota Arib #2: Terima kasih kepada akak @neyrashazeyra atas tweet jawatan jadi fasi. Terima kasih juga kepada akak Shazlina Shaari atas pemilihan saya jadi fasi. Terima kasih DiGi atas broadband dongle free dan terima kasih Startup Malaysia! 😀

1 Februari 2013 – Terima Kasih Semua!

Assalamualaikum dan salam sejahtera! ;D

Wahh, first sekali nak ucapkan kat korang terima kasih banyak-banyak yang wish birthday saya ni. Haha. Setiap 1 Februari, korang tahu kan siapa punya birthday? :p Hihi.

Twitter

So this year jumlah wish daripada Twitter mendadak tersangat-sangat. Haha. Facebook user yang aktif dah mula berkurangan. Yelakan, Facebook ni macam dah tak beberapa nak privacy dah. Satu lagi Twitter best sebab boleh update status banyak-banyak dan orang tak rasa pelik lol. Maybe sebab tu ramai berhijrah ke Twitter, kot.

Peng-wish terawal kat Twitter: Shuhada Azmi

So kat bawah ni antara wish yang Arib dapat. Thanks sangat-sangat kat korang. Apapun, sorry kalau wish korang tak dapat masuk dalam ni. Ada sesetengah tweet tak dapat embed dalam post ni sebab profile korang private, so tak dapat view. Yang lain, sorry sangat-sangat kalau ada tercicir wish ke. Arib cuba dapatkan wish korang sebaik yang mungkin untuk dimasukkan dalam ni dan di bawah ni antara wish yang Arib dapat.

https://twitter.com/shuhadazmi/status/297011628443062272

https://twitter.com/zatizai/status/297012151908978689

https://twitter.com/Yunusrazip/status/297012949984346113

https://twitter.com/AanRai/status/297014571284185091

https://twitter.com/SyhdMhd/status/297023868416188416

https://twitter.com/NajlaAbd/status/297029099707318272

https://twitter.com/nabihahwn/status/297029793478758401

https://twitter.com/syazwinahalim/status/297030143996739584

https://twitter.com/iBadlover/status/297035202386071553

https://twitter.com/FarahNadeaa/status/297035411870597120

https://twitter.com/amanfirdaus/status/297035450277847040

https://twitter.com/IkaaShukor/status/297035474311208960

https://twitter.com/arfahhanim75/status/297035778469531648

https://twitter.com/fikkhay/status/297035849542037504

https://twitter.com/suhailshahimi/status/297037185356558337

https://twitter.com/opiejanet/status/297038528771141632

https://twitter.com/khaliskhalil/status/297041317828112384

https://twitter.com/sosofifiyaya/status/297041579619807232

https://twitter.com/LiyanaAshiran/status/297042701533212673

https://twitter.com/anisathirahh/status/297042887567355904

https://twitter.com/haniff_azman/status/297042894794141696

https://twitter.com/NURULAMELIA94/status/297043044102975489

https://twitter.com/EmaJoeNaTi0n/status/297043100923215872

https://twitter.com/izhamsatria/status/297043996855918593

https://twitter.com/EhyaSofia/status/297047218379182080

https://twitter.com/anasmohdzain/status/297049655966060544

https://twitter.com/faraizz/status/297050602058416128

https://twitter.com/aimiasyraf/status/297052835466596352

https://twitter.com/aAFIQz/status/297096974560272387

https://twitter.com/faqihamira/status/297126268682510336

https://twitter.com/BiyhaKhri/status/297166969973645312

https://twitter.com/aiFrantz/status/297168581009997825

https://twitter.com/HeyLeeeya/status/297169740760236032

https://twitter.com/adib_azlan/status/297171945508700161

https://twitter.com/WannyWenn/status/297173034878525442

https://twitter.com/heyyamirul/status/297173157499006977

https://twitter.com/imanarysha/status/297173355029741569

https://twitter.com/ZalikhaAnis/status/297173581769613313

https://twitter.com/Shahirahzakaria/status/297174965227237377

https://twitter.com/rzqrzqn/status/297177978004180993

https://twitter.com/AmalinaHM/status/297185359639490561

https://twitter.com/AmalinaNordin/status/297192793602940928

https://twitter.com/Noor_0211/status/297195586753540096

https://twitter.com/ax_sky/status/297200509528461312

https://twitter.com/mkshahmi/status/297214656802611201

https://twitter.com/tashetasha/status/297215441015816193

https://twitter.com/lyiendahus/status/297215712861237248

https://twitter.com/amiruladli94/status/297216182354853890

https://twitter.com/Mix_KN/status/297228471887855616

https://twitter.com/cylalalala/status/297233329370046464

https://twitter.com/adameben/status/297234893585412096

https://twitter.com/graystellar/status/297235191586512898

https://twitter.com/tekong/status/297235367730507776

https://twitter.com/IntanSyuu/status/297236808599756800

https://twitter.com/shukrishafie/status/297236920826748928

https://twitter.com/haniffyusoff/status/297237899001356288

https://twitter.com/frafrooo/status/297240723735080960

https://twitter.com/azri_gandum/status/297241504261476354

https://twitter.com/sayajimot/status/297242918178136066

https://twitter.com/FatinR/status/297243011660791808

https://twitter.com/Qarl_Haiqal/status/297244121649774592

https://twitter.com/fatin_hanani/status/297248246227677184

https://twitter.com/imrannnshah/status/297248616358223873

https://twitter.com/syaffyzack/status/297256893997527040

https://twitter.com/dinorieza/status/297263214654267392

https://twitter.com/PurplishNurul/status/297285999967494144

https://twitter.com/Zarithos/status/297288395460317184

https://twitter.com/Asyrafrko/status/297289078519521281

https://twitter.com/furqan_abe94/status/297303317451767808

https://twitter.com/HasnitaCheta/status/297308557894905856

https://twitter.com/muhdhamizann/status/297317405905022978

Facebook

So setakat sampai pukul 11.59 malam, dekat Facebook anggaran lebih kurang 133 orang wish melalui wall timeline saya, tak termasuk inbox dan comment melalui gambar. Ecehh. Haha. Memandangkan wish kat Facebook susah nak trace (Facebook, please buat embeded post mcm Twitter lol) untuk dimasukkan dalam post ni, apa yang Arib boleh sampaikan, thanks sangat-sangat kat korang yang wish.

Peng-wish paling awal kat Facebook: Syuhada Mohamad (Syudy!) – Yang ni kawan time study sekarang ni. Sama buat degree tapi course lain. Orang panggil dia Syudy :3

Phone

Every year, wish kat phone mesti ada. Tapi sejak kebelakangan ni dah tak banyak dah kalau compare dengan wish dulu-dulu. Semua stock bagi wish via social network je. Haha. Senang pun senang sebab kredit pun save. Wohaa.

Peng-wish paling awal kat phone: Shakyla Ahmad – Kak Shakyla ni antara orang lama kenal selepas Shuhada Azmi. Kenal pun time 2008. Kelima-lima filem Twilight, starting dari Twilight yang first sampai lah ke Breaking Dawn Part 2 tak pernah miss tengok dengan kakak ni. Haha.

Jadi, itulah antara yang wish kat saya tahun ni. Thanks again kat you guys yang wish!

So apa yang saya buat masa 1 Februari 2013 ni?

Haha. Actually takde lah celebrate mana pun. Just time ni pergi jalan-jalan kat IKEA lepas solat Jumaat dengan family. Dah besar ni macam tak kisah dah ada celebrate birthday ke tidak. Janji orang ingat & wish birthday kita pun dah cukup syukur sangat, ye dak? Hihi.

p/s; Ingat Hari Wilayah, ingat Arib :p Haha

Bachelor Degree Juga Akhirnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Syukur Alhamdulillah. Setelah penat lelah mengharungi zaman Foundation, bermula 1 Oktober 2012 ini, Arib akan meneruskan mengajian Bachelor of Science in Information Technology & Multimedia Computing Liverpool John Moores University. Actually, Arib study dekat sini jea, hehe. Tahun akhir baru boleh terbang tapi rasa tak nak terbang. Sayang lagi dekat Malaysia, kowt? Hihi. Doakan Arib ya! :’DD

Instagram

Iftar Bersama Team Amanz.MY @ Marché Mövenpick, The Curve

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Wahaha, rasanya dah lama tak update blog ni. Sorry sangat-sangat kepada semua, mwehehe. Oh yea, harini Arib nak cerita sikit pasal iftar malam tadi. Sangat best yaww! Haha. Klik ‘read more’ untuk selanjutnya!

Ahha, sebenarnya malam tadi Arib berkesempatan untuk berbuka di restoran Marché Mövenpick, The Curve bersama team Amanz.MY. Hari Rabu tak silap, CEO Amanz.MY, Ikhwan Nazri aka @tekong ajak berbuka kat sini melalui Twitter, mwehehe. So alang-alang petang Jumaat semalam kerja tak banyak kerja sangat berbanding hari-hari yang sebelumnya, dapatlah jugak berbuka dengan team Amanz.MY yang sangat happening ni, hehe.


Okay, yang turut hadir masa berbuka semalam of course Founder & Jejaka Kacak Amanz.MY, Aman Firdaus (@amanfirdaus), CEO Amanz.MY, Ikhwan Nazri (@tekong) bersama isteri, Kak Wani (@n3thead), Effi Blog Serius (1Obefiend) bersama isteri, Kak Min (@aymeemin), and and Kakak Nisa Suka Menaip, Nisa Kay (@nisa_kay), haha. p/s: Nisa Kay amat sensitip bila dipanggil kakak. Forever 15 katanya. Please take note di situ :p Kahkahkah!

First sekali nak cakap pasal makanan kat Marché ni. Fuhhh, before masuk kat sini semalam, serius tak tau nak cakap apa bila sampai kat depan restoran ni. Kalau korang pergi The Curve, korang boleh jumpa restoran ni dekat The Street sebelah Starbucks. Landmark? Haha, korang akan jumpa lembu Marché tersadai kat depan restoran ni. Kalau dari segi harga, ermmm, semalam perasan harga kat depan restoran ni RM65 per head kalau tak silap untuk buffet. Tapi time bulan puasa jea kowt. Hari lain harga lain rasanya.

 

 

 

 


Dari segi menu, ada pelbagai jenis pilihan makanan western dan seafood yang boleh didapati kat sini. Apa yang best, makanan-makanan kat sini boleh dikatakan memang fresh sebab memang masak on the spot. Dessert? Yum yum. Serius tak tau nak makan yang mana sebab semuanya indah-indah belaka, haha. Apa yang menarik lagi, kat sini ada jugak disediakan dessert ice cream super duper mahal Häagen-Dazs. So selagi perut masih ada ruang untuk diisi, meh meh pekena satz dengan ice cream ni, haha.

 

 

 

 

 


Disebabkan semalam makan dengan cara buffet, so boleh ambik aaaaaaapa saja makanan kat sini. Tapi ingat, Marché amat berpegang teguh dengan prinsip membazir amalan syaitonnnn (*ehhh) kerana setiap makanan yang diambil tetapi tidak dimakan (membazir) dalam berat 100g akan dikenakan caj RM5, wooooo. So kalau yang terambik lebih tuu, pandai-pandailah arrange macam mana nak makan atau buat-buat cabaran macam Man vs. Food. Hohoho.


Siap ada warning tuu jangan membazir, hoho.
 


Nampak macam sikit, tapi bila nak habiskan tuu, haihhh -.-

Bercakap mengenai team Amanz.MY, haha, memang terkenal dengan sifat happening and humble, lagi-lagi founder dia, hihi. Sempoi jea @amanfirdaus datang dengan baju karnival sukan apa ntah, hoho. Serius kagum dengan sifat humble Amanz ni. Ouh yea, masa lepas habis makan, @tekong mewakili @amanzmy ada bagi duit raya kepada @1Obefiend, @nisa_kay & Arib atas sumbangan tenaga mahupun idea dalam Amanz.MY, hihi.


My first duit raya tahun ni, yeayyyy!

Lepas makan, @tekong jugak ada buat giveaway dari Bandung (thank you kak wani!) ala-ala cabutan bertuah gitu. So kami berlima (Obe, Kak Min, Nisa, Aman & Arib) kena lat tali lat tali tam plom untuk pilih keychain dalam plastik hitam, haha.


Muka menang keychain dari Bandung. *besar bebenor mata sebab teruja -.- Haha.

Untuk pengetahuan semua, Kakak Nisa Suka Menaip dah nak masuk USM dah 31 Ogos ni. So masa lepas iftar malam tadi, @tekong sebab membuat rakaman Google Zeitgeist untuk Amanz.MY kali terakhir sebelum Nisa Kay masuk U. Sob sob. p/s: Mohon para pembaca Amanz.MY tidak mogok atas ketiadaan Nisa Kay. Hurhur.

 


Sebelum berpisah, macam biasa, ada sesi bergambar sikit, hihihi.


Family Amanz.MY 😀
 


Kakak Nisa Suka Menaip xD
 


Rasa nak tergelak pun ada tengok gambar ni. Hahaha!

So lepas makan, pergi lah ke kaunter untuk tujuan pembayaran. Haha. Nak tengok jugak berapa kena semua total makan kat sini plus dengan beverages yang berapa kali entah ambik. Selepas kira jumlah semua, nahhhhh! *please proceed to gambar di bawah.


*facepalm* Nasib baik Amanz sponsor. Kofkofkof.
 


Reaksi Amanz semasa pembayaran xD

So lepas pukul 10 malam macam tuu, berakhirlah sudah iftar bersama Amanz.MY ni. Overall memang best sangat-sangat-sangat! Haha. Terasa happening betul semalam. Mwehehehe.

p/s: Kredit to Nisa Kay (nisakay.com) atas gambar yang jelas, mapan, dan jitu :3 *agak-agak gambar yang kurang jelas tuu dari kamera Xperia X10 mini.

Nota Arib #1: Terima kasih sekali lagi kepada @tekong, @amanfirdaus, @1Obefiend, Kak @n3thead, Kak @aymeemin, @nisa_kay untuk iftar malam tadi! Woot woot!

Nota Arib #2: Masa tengah tunggu time berbuka, Amanz sempat menunjukkan layout baru Amanz.MY. Serius lawa. Simple dan ala-ala Metro gitu. Amanz kata, layout tuu akan digunakan sepenuhnya dalam masa seminggu dua lagi. Sama-sama kita nantikan yea! Hehe.

Hello Hello Ice Cream Sandwich!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hi semua! Wuuu, sejak akhir-akhir ni agak payah update blog ni, huhu. Sorry sangat kalau ada yang lambat reply comment atau menunggu post baru. Takde apapun sebenarnya nak cerita dalam post ni, just nak cerita sikit pasal Ice Cream Sandwich yang sungguh lazat ni, apakah? Hehe.

Huhu, actually Arib busy sikit dengan semester exam. Start dari hari Isnin, 25 Jun 2012 sehingga Jumaat, 29 Jun 2012. Alhamdulillah, akhirnya habis jugak semester exam tuu. Boleh kata sampai Twitter pun tak sentuh sepanjang minggu ni, haha. Entah, rasa nak bertwitter time-time macam ni memang kurang sebab asyik ingat exam. Ermm, serius rasa sekejap masa berlalu. Pom pang pom pang dah habis semester 1 untuk Foundation ni. Next week dah masuk semester akhir foundation, semester 2. Erhh, kejapnya! :O *disebabkan foundation 6 bulan, so takde cuti -.-


Exam hall :”)
 


K, dah nak habis semester 1 baru dapat kad matrik -.- Haha.

Ouh yea, pagi semalam paper last iaitu paper IT Application. Satu-satunya exam yang guna komputer. Terkejut jugak sebab ingat exam kat exam hall. So rujuk dekat electronic timetable, exam ni berlangsung dekat lab. Ehh, exam guna komputer? Ermm, komputer ni digunakan sebagai rujukan untuk tulis step dan function (fx). Banyak formula macam VLOOKUP(C12,Grade,2) kena faham dan hafal. Even guna komputer, kalau tak study betul-betul memang termenung lah paper exam tuu.


PC time exam IT Apps :’D

So lepas exam, pergi solat Jumaat then ada something Arib nak buat harini. Lepas solat, Arib rancang untuk repair balik phone comel Arib ni, Xperia X10 Mini dan upgrade adik punya Xperia Mini ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich secara manual disebabkan automatic update tak sampai Malaysia lagi. Oh yea, Xperia X10 Mini ni bateri dia dah kong, so kalau on, tak sampai berapa minit dah mati balik. Dan apa yang menyukarkan lagi, bateri X10 mini ni jenis non-removable oleh user dan bateri pun memang tak jual kat kedai. So, nak tak nak kena cari satu unit X10 mini yang second hand.

Wait, why nak beli second hand? Hantar repair tak boleh kea? Okay, first thing malas nak hantar repair takut kena charge mahal sebab melibatkan internal bateri dan bateri dia susah nak dapat. Pastu, risau takut orang yang repair tuu guna bateri cap apa ntah, tak silap-silap kong lagi sebulan dua macam tuu. And last sekali, hehe, nak cari pengalaman repair-repair phone ni. Buat dan repair sendiri baru rasa puas.

Around pukul 4.30 petang macam tuu, Arib singgah ke Pertama Complex. Sampai sana solat jap then teruskan misi untuk mencari X10 mini second hand, mwehehe. Best jugak lah jalan-jalan kat sini. Sempat tanya harga second hand untuk beberapa model phone, antaranya Nokia Lumia 710. Serius terkejut orang kedai tuu tawar harga second hand Lumia 710 tuu RM350 jea :O Yang lain sempat tanya harga second hand jugak dan nyaris-nyaris nak terbeli X10 Mini Pro. Harga RM200 wooo. K, disebabkan ada misi, so saya tinggalkan tawaran-tawaran tuu walaupun rasa nak beli -.-

Nak cari model second hand X10 mini ni memang payah sikit kat sini. Selepas beberapa jam mencari, barulah jumpa satu kedai yang ada jual unit second hand X10 mini ni. Kat kedai tuu actually ada dua model X10 mini. So Arib decide untuk pilih yang dah tak comel lagi (erti kata lain, buruk -.-) sebab beli nak ambil bateri jea. So macam biasa, before membeli something mesti ada sesi tawar-menawar berlaku dan akhirnya dapat jugak harga murah. Kesian orang kedai tuu, rugi RM10 supaya nak kasi saya beli, hehe.

Opss, before terlupa, lepas beli phone second hand tuu, singgah kedai guitar kejap dekat tingkat atas Pertama Complex disebabkan tali guitar putus malam semalam -.- Alang-alang tali guitar tak sampai RM5.00, beli sekali pick baru, hehe.


Nampak tak ada pick guitar kat situ? Haha.

Dan ini dia, X10 Mini second hand :DD


Actually, X10 Mini second hand ni dapat murah sebab button on/off dia dah tercabut. Yang lain memang tip top, boleh guna macam biasa. Apapun, Arib nak bateri dia jea dan bahagian yang lain akan disimpan untuk spare part.

Around pukul 6 petang Arib sampai rumah dan misi untuk operate phone bermula! Muahahaha! *gelak jahat*


Kiri: The orginal X10 mini. Kanan: X10 mini second hand.

First thing bila nak assemble phone ni korang mestilah tak panik, menggeletar, atau cepat menggelabah sebab banyak part dalam phone yang tersangat kecil dan dengan kepanikan korang tuu akan membuatkan small stuff macam kaki casing dan skru mudah terpatah, hilang, atau rosak. Serius memang agak menggeletar jugak masa mula nak assemble Xperia X10 mini ni sebab inilah phone kesayangan. Terusik something then rosak kan tak ke rugi namanya? Demi menyelamatkan si comel saya ni, saya tarik nafas panjang-panjang dan fikir jea boleh.

 

 

 


Setelah sejam operation (*cehh), akhirnya pemindahan organ (bateri je pun) berjaya dipindahkan, FUHHHH LEGAAAAA! K, belum habis lagi. Tak test untuk on lagi. *masukkan charging cable* Dup dap dup dap. *jantung berdegup* Ehhh, perkataan ‘Sony Ericsson’ keluar! Yayy!

Mwehehe, lepas jea handphone tuu dah dapat dihidupkan semula, tunggu lebih kurang 2 jam setengah untuk full charging. Sementara tuu uruskan phone adik Arib iaitu Xperia Mini untuk proses update ke Android ICS 4.0 secara manual. Hehe, sebenarnya takde lah manual mana proses update ni, just flash firmware oficial ICS tak sampai 10 minit dan tadaaa, on the spot ICS untuk Xperia Mini sedia untuk digunakan :DD


Overall, ICS dekat Xperia Mini sangat awesome tahu! Serius banyak improvement. Terutama dari segi UI. Memang lawa! In Shaa Allah dalam masa terdekat ni Arib cuba tulis review mengenai ICS untuk Xperia series kat sini 🙂

Okay, adik punya phone Xperia Mini dah dapat guna ICS, so giliran X10 Mini pulak, hehe. Btw, X10 mini tak support ICS secara official oleh pihak Sony Ericsson dan nak masukkan ICS kena guna cara lain iaitu dengan hack phone tersebut (unlock bootloader, flash firmware, install custom ROM). Apa yang best, custom ROM Android 4.0 ICS (MiniCM9) untuk X10 mini dah stable! So lepas full charge, terus ambik phone tuu dan jalankan proses hacking.

Setelah beberapa minit, hello hello Ice Cream Sandwich X10 mini! 😀

 

 

 


K, serius puas bila dah guna ICS ni. Tak tergambar betapa bestnya menggodek-godek function ICS. Fungsi paling suka ialah development tool banyak dalam ni. Serius senang nak tweak processor jadi laju & low kan graphics setting untuk gaming.


Korang yang ada model Xperia 2011 rugi lah kalau korang tak update ke ICS. Setakat ni yang belum dapat official automatic update ialah Xperia Mini dan Live with Walkman jea. Yang lain macam model Xperia Ray, Xperia Mini Pro, Xperia arc S, Xperia Pro semua dah boleh update. Korang boleh rujuk youtube macam mana nak update. Ouh yea, dalam masa terdekat ni jugak Arib akan ajar macam mana nak update ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich untuk Xperia ni. Draft blogpost dah siap cuma nak edit-edit sikit jea tutorial tuu, hehe.

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam 😉

Nota Arib: Om nom nom Ice Cream Sandwich. Daknyee daknyee :3

Gambar Di Sekitar Lepak IT Amanz.MY @ Taman KLCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

1. CEO Amanz.MY, @tekong invite saya ke sini masa tengah jalan-jalan kat PIKOM ICT Mall semalam melalui Twitter.
2. Pukul 3.30 petang, jalan kaki dari Capsquare PIKOM ICT Mall ke KLCC. Lebih kurang 1.1KM dari Capsquare untuk ke sana.
3. Program Lepak IT bermula sepenuhnya lebih kurang pukul 4.30 petang.

4. Lepak IT ni merupakan satu acara gathering yang dianjurkan oleh Amanz.MY untuk membincangkan perihal teknologi masa kini secara santai.
5. Konsep yang dibawa Lepak IT kalini dibuat secara ‘potluck’. Bawak makanan then makan ramai-ramai, hehe.

 
 

6. Terdapat pelbagai gadget terbaru disediakan oleh Amanz.MY untuk dicuba antaranya Samsung Galaxy S3 yang baru dilancarkan tempoh hari.

 

7. Ada 14 orang yang hadir kalau tak silap. Antaranya CEO Amanz.MY (@tekong), Founder Amanz.MY (@amanfirdaus), Blogger: F.O.A, Blog Serius & Harian Metroll, Obefiend (@1Obefiend) , Blogger: Mr. Piratz (@piratz), Blogger: Rotikaya (@rotikaya), Blogger: Roslan Nazri (@roslan_nazri), Blogger: Azman Ishak (@azmanishak) dan ramai lagi blogger yang hebat-hebat datang, haha.

 
 
 
 
 
 
 
 

8. Program Lepak IT Amanz.MY berakhir lebih kurang pada pukul 7 malam. Alangkah ruginya bagi fans Amanz.MY yang tak datang :p



Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Tak faham kenapa Yes 4G Eclipse smartphone tuu harga RM1,688 -,-

Meneroka Pasar Karat Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Eh, tak tau pulak kat KL ni ada Pasar Karat? *Klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Hoho, mesti ada di antara korang tak pernah dengar yang kat KL ni ada Pasar Karat. Yeap, memang ada. Pasar Karat Kuala Lumpur ni terletak di lorong belakang Petaling Street pada koordinat GPS 3°8’35″N 101°41’53″E. *ambik kau, GPS coordinate kasi mari, huhu -,- Sudah lebih 30 tahun beroperasi sejak tahun 1980. Waktu beroperasinya pula pada hari Sabtu dan Ahad bermula seawal 4.30 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.


Pagi semalam, Arib sempat berkunjung ke sana bersama seorang rakan Arib, Meor Aliff. Awal-awal pagi lagi, kitorang bersiap-siap ke sana. Pukul 7.15 pagi, kitorang berjumpa di stesen LRT Maluri dan seterusnya bergerak menuju ke stesen Hang Tuah. Then, berjalan kaki ke sana melalui jalan yang terletaknya SMK Victoria, Stadium Negara, Methodist Boys School, Wisma Malaysia Basketball (MABA), dan Rumah Pengakap. Kira-kira pukul 7.30 pagi, sampailah kitorang kat Pasar Karat. Woohoo!

Apa yang boleh didapati kat sini ialah barangan antik, barangan second-hand seperti handphone, kamera, gameboy, MP3 Player, dan bermacam-macam lagi. Kalau korang bernasib baik, korang boleh dapat barangan tersebut dengan harga yang sangat murah. Ada suatu cerita, seorang pengunjung ada membeli iPad dengan harga RM350 kat Pasar Karat ni. *klik sini untuk berita selanjutnya. Selalunya kalau nak dapat barang-barang murah ni kena pergi awal-awal pagi. Tapi awas, tak semua barang berfungsi dengan baik. So, kena test betul-betul before membeli (:



Lama betul Arib tak pergi ke Pasar Karat ni. Last pergi pun time darjah 6 dulu. Masa Arib sekolah rendah dulu, ayah Arib selalu bawak Arib pergi sini. Kadang-kadang tu, Ayah cakap yang dia tak pergi ke Pasar Karat pada minggu tersebut, Arib akan meronta-ronta macam orang kehilangan anak *ehhh ==” Haha. Mana taknya, Arib kan hantu handphone. Pergi sana jew mesti mintak ayah beli handphone itu ini, haishh. *zaman tak matang lagi, tau mintak jew. Untuk makluman, kat sini lah ayah Arib belikan handphone pertama Arib iaitu model Nokia 3530 ketika Arib darjah 5 (2005).



Lama kelamaan, usia melangkaui usia, Ayah Arib dah tak pernah lagi bawak Arib ke sana. Entah, maybe masing-masing busy. Tambah-tambah lagi Arib dah duduk asrama, memang susah nak pergi. So semalam laa, Arib imbau kembali memori time kecik-kecik dulu.




Setelah sejam berjalan-jalan di sana, akhirnya Arib membeli dua buah handphone rosak yang masih boleh dibaiki untuk koleksi simpanan handphone Arib kat rumah tuu. Satu model Nokia 5200 XpressMusic yang Arib beli dengan harga RM20 dan satu lagi model handphone pertama Arib, Nokia 3530 yang dibeli dengan harga RM10 (: *nanti masa dah bergelar ‘atuk’ nanti, boleh tunjuk kat cucu-cucu, hohoho~


Before Arib tutup post ni, mesti korang tertanya-tanya, why pasar ni nama dia ‘Pasar Karat’? *takde nama lain kea? Kalau korang peminat barangan second hand or antik ni, memang familiar kowt nama Pasar Karat ni dengan korang. Disebabkan barangan yang dijual kebanyakannya sudah lapuk dan berkarat, so terciptalah nama Pasar Karat ni. Pasar Karat seperti ni ada jugak di Ipoh, Johor Bahru, dan tak lupa juga di Singapura.

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yeaa! Sekian, wassalam (:

Update 17/7/2011: Handphone Nokia 3530 yang dibeli dengan harga RM10 semalam rupanya elok lagi! WOWOWOWOWO!


Nota Arib: Haishh, semalam ada jumpa smartphone Motorola keypad QWERTY dan Gameboy Advance SP kat Pasar Karat tu. RM50 je. Nasib tak menyebelahi, tak banyak bawak duit semalam ==”

Frequently Asked Question (FAQ): Arib dan Xperia X10 Mini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hahh, semalam Arib telah pun menjadi user Sony Ericsson Xperia X10 Mini. Mungkin korang ada soalan kenapa Arib memilih Xperia X10 Mini sebagai handphone pilihan Arib. Untuk itu, Arib telah menyenaraikan beberapa Frequently Asked Question (FAQ) untuk bacaan semua pembaca. Klik ‘read more‘ untuk selanjutnya!


Awak kata awak suka Symbian? Awak curang ehh?

Seperti yang Arib cakap kat Twitter, cinta Arib terhadap Symbian tak pernah pudar. Arib menjalani kehidupan Arib dengan Symbian ni sejak Arib darjah 5. Masa tu tahun 2005 tak silap. Pelbagai liku-liku kehidupan Arib jalani bersama Symbian ni. Kan Symbian? Haha. Senang cerita, Symbian isteri tua dan Android isteri muda, hoho. Susah taw nak tinggalkan Symbian. Sifat User-Friendly lah yang Arib paling suka dengan Symbian ni berbanding Android yang cun dan lawa tapi agak complicated sikit. Pada masa post ini ditulis, handphone Symbian yang Arib gunakan sekarang ni ialah Nokia N82. Mungkin akan datang Arib akan trade-in Nokia N82 ni dengan handphone touchscreen Symbian^1 atau Symbian^3. Yelakan, zaman dah berubah dunia dah maju. Kalau boleh semua benda nak touchscreen. Bermakna, kriteria handphone kedua Arib dikekalkan untuk menggunakan handphone Symbian, hoho. Sayang Symbian!

Nokia 5320 XpressMusic macam mana? Tak sedih ker tinggalkan macam tu jew?

Mestilah sedih! Sayang tau kat handphone tu. Arib rasa, itulah handphone yang paling lama bertahan dengan Arib. Rasanya nak dekat 3 tahun kowt Arib hidup dengan Nokia 5320 XpressMusic ni. Handphone lain sekejap jew hidup dengan Arib. Tak sampai setahun, trade-in handphone lain. Tapi Nokia 5320 XpressMusic ni lain sikit. Nak trade-in rasa susah sangat sebab banyak fungsi yang best dan totally awesome. Masa baru-baru keluar dulu, Arib memang tersangat-sangat-sangat minat dengan handphone ni. Serius, jatuh cinta terus! Apa yang menarik ialah, handphone ni ada butang Say and Play. Korang cakap jew nama artis dan tajuk lagu pastu handphone tu akan mainkan lagu korang mintak tu. Memang cool beb! Selain tu, handphone ni jugak salah satu handphone yang dikhaskan untuk N-Gage 2.0. Masa tahun 2008 tu, fenomena N-Gage 2.0 memang orang kata meriah lah. Semua game best-best belaka. Dengan handphone ni lah buat Arib minat nak main game. Dengan handphone lain, rasa malas pulak nak main game-game ni. Tak dilupa jugak, benda yang paling penting dalam handphone ni ialah sambungan HSDPA 3.5G dan menggunakan OS Symbian S60v3 Feature Pack 2 (Symbian 9.3). Symbian 9.3 ni lah Arib mula rasa Symbian ni laju. Kalau Symbian versi yang sebelumnya, memang rasa ada lag dan hang-hang sikit. Tapi tidak pada Symbian 9.3. Berdesup ouhh! Sambungan HSDPA 3.5G? Offcourse menjadi faktor penting. Arib ni kaki online. Kalau boleh time browsing tu taip jew URL terus load page, tak payah tunggu-tunggu. Dan yeap, sambungan HSPDA 3.5G memang laju! Tapi kan, sejak akhir-akhir ni, peranan Nokia 5320 XpressMusic sebagai handphone primary semakin dipinggirkan selepas kehadiran Nokia N82. Hurmm, maybe sebab Nokia N82 banyak fungsi kowt. OS dua-dua phone ni sama cuma fungsi Nokia N82 jauh lebih canggih. Tukarlah dengan apa-apa Symbian phone sebagai handphone primary, Arib tetap akan lebihkan Nokia N82. So Arib buat keputusan untuk menggunakan handphone yang berlainan OS untuk fair kan penggunaan handphone-handphone Arib ni. Yeap, kira fair lah kowt, Android dan Symbian kan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Apa-apapun, Nokia 5320 XpressMusic tetap di hati saya :’)


Kenapa tak beli handphone Android yang pakai Android 2.2 Froyo macam LG Optimus One? Ada WiFi Tethering, application boleh move pergi MicroSD dan boleh masuk Adobe Flash 10.1. Berbaloi sikit.

Huhh, mahal maa! Kalau lah Arib ni dah kerja, boleh lah beli handphone macam tu. Kehidupan sebagai seorang pelajar ni memang susah sikit nak kumpul duit ni. Ikat perut, tengok orang makan jew kat kantin, makan biskut kering itulah yang Arib buat selama ni. Serius, mana boleh tahan lama-lama. Cukuplah sekadar tahan perut ni selama tiga bulan. Hmm, kumpul macam itu pun still tak cukup lagi. Tapi Alhamdulillah, haritu menang Pidato, ada lah dapat duit sikit. So nak dapat X10 mini ni kena korbankan Nokia 5320 XpressMusic kesayangan Arib tu dengan hasil penambahan duit ‘ikat perut’ dengan duit Pidato tu. Tapi takpe. Xperia X10 Mini ni kan handphone Android. So, kalau dah ‘kemaruk’ sangat nak guna Froyo, boleh flash ROM ke Android 2.2 Froyo, hohoho.


Resolusi Xperia X10 Mini kan 240×320 jew, tak rasa kecil sangat ker?

Kalau ada yang lagi kecil, lagi lah Arib pilih, ahha. Kat sekolah, Arib terkenal dengan tulisan paling kecil dalam kelas. So, benda-benda yang bersifat kecil ni menjadi pilihan. Tak tau lah, kalau boleh semua benda nak kecil. Comel sikit, hehe. Hah, kalau berbicara dari sudut Android, yeap, Arib tahu resolusi sekecil ini tak banyak games yang support. Kalau Symbian, resolusi 240×320 memang standard. Hoho, Arib ni nak main game pun susah. Entah bila lah nak main game-game ni. Masa banyak buat aktiviti lain. Cukuplah sekadar Angry Birds si burung comel garang tersimpan dalam X10 Mini ni, hoho.

Baru-baru ni, Sony Ericsson telah melancarkan Sony Ericsson Xperia X8. Antara Sony Ericsson Xperia X10 Mini dan Xperia X8, mana lagi bagus?

Kedua-kedua handphone ni secara keseluruhannya mempunyai fungsi yang sama. Versi Android yang digunakan pada Xperia X8 pun menggunakan versi yang sama seperti Xperia X10 Mini iaitu Android 2.1 Eclair (selepas firmware update). Cuma apa yang membezakan Xperia X10 Mini dengan Xperia X8 ialah resolusi skrin dan megapiksel pada kameranya. Sony Ericsson Xperia X8 mempunyai resolusi skrin sebanyak 320×480 dan kamera 3.2 Megapiksel manakala Sony Ericsson X10 Mini pula mempunyai resolusi skrin sebanyak 240×320 dan kamera 5.0 Megapiksel. Yeap, kedua-dua handphone ni ada WiFi dan GPS. Kalau korang suka tangkap gambar, Xperia X10 Mini pilihan yang terbaik. Kalau korang seorang suka tengok movies dalam handphone, kaki gamers atau gila software, Xperia X8 mesti kena pilih, hoho. So, tepuk dada, tanya selera 😉


Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Hahh, kalau korang ada sebarang komen, pendapat, dan soalan nak ditanya, sila gunakan ruangan di bawah 🙂

Hello Sony Ericsson Xperia X10 mini!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! Wahh, cuti sekolah dah start. Mungkin ada yang rancang nak bercuti, berkelah, balik kampung. Maklumalah cuti seminggu kan. So, harap berhati-hati lah ya ketika bercuti ni, hee. Hahh, semalam Arib telah pun mencapai azam untuk memiliki handphone Android. Sony Ericsson Xperia X10 mini? Klik ‘read more‘ untuk selanjutnya!


Hello Sony Ericsson Xperia X10 mini! Yeap, inilah handphone Android yang Arib maksudkan tu. Huhuhu, dah lama sebenarnya Arib pendam nak guna handphone Android ni. Dan Alhamdulillah, azam Arib untuk menjadi pengguna Android pada tahun ni telah pun tercapai. Sebelum tu, Xperia X10 mini ini merupakan hasil trade-in Nokia 5320 XpressMusic dengan hasil penambahan RM290 iaitu duit ‘ikat perut’ time dekat asrama dan sekolah serta duit menang pidato haritu, huhu.

Android? Menatang apa pulak tu? Hahh, Android ni merupakan salah satu sistem operasi (OS) untuk peranti mudah alih seperti komputer tablet dan handphone. Sistem Operasi? Tak faham. Senang cerita macam ni lah. Komputer menggunakan sistem operasi Windows 7 dan handphone menggunakan sistem operasi Android. Symbian yang banyak digunakan dalam handphone Nokia, iOS yang digunakan pada iPhone, dan BlackBerry OS yang digunakan pada BlackBerry antara sistem operasi handphone selain daripada Android.

Berbalik kepada Sony Ericsson Xperia X10 mini, Arib telah membeli handphone ni dekat tempat yang sudah sebati dengan jiwa Arib untuk cari handphone iaitu Pertama Complex. Sebelum tu Arib telah pun berkunjung ke Low Yat Plaza untuk survey harga trade-in dan hasilnya, Low Yat Plaza nak ambil handphone Nokia 5320 XpressMusic dengan harga RM100 jew, rugi sungguh! (*saya tahu handphone saya tu dah tak laku =.=) So, lepas ronda Low Yat petang semalam, Arib berjalan lah kaki dari Low Yat Plaza ke Pertama Complex (*nak save duit LRT, hoho). Tiba di Pertama Complex, memang agak kecewa jugak lah sebab kedai handphone kat situ pun nak ambil Nokia 5320 XpressMusic dengan harga RM100. Sampai kat satu kedai ni, Arib cakap lah nak beli Sony Ericsson Xperia X10 mini dengan trade-in Nokia 5320 XpressMusic. And then, dia kata Arib perlu tambah RM290 untuk X10 mini tu. Wahh! Bermakna, kedai tu ambil Nokia 5320 XpressMusic dalam RM200!


Dengan adanya handphone Android ni, boleh lah Arib berkongsi tips penggunaan Android dengan semua pembaca blog ni. Insya’Allah pada masa-masa yang akan datang, banyak perkara dan software Android yang Arib nak review. Sebelum Arib menutup post ni, ini merupakan sedikit ‘shot’ Xperia X10 mini Arib beli tu (:







Jadi, sekian sahaja untuk kali ni. Kalau sempat, nanti Arib buat review untuk Sony Ericsson Xperia X10 mini ni pada post yang akan datang, Insya’Allah. Terima kasih kerana membaca! Wassalam.


Nota Arib: Sony Ericsson Xperia X10 mini kini menjadi handphone primary dan Nokia N82 menjadi handphone secondary. Saya sudah menjadi user Symbian + Android = SymDroid! Yayy!