ENTRI TERBARU

Category Archives: Diariku

Feed Subscription<

Arib Ismail 20 Tahun – Terima Kasih Semua!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Ohai lama tak update blog ni.

2. First sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi wish birthday saya tahun ni semalam, 1 Februari 2014. Yeap umur saya dah 20 tahun dah sekarang. Hehe.

3. Tahun ni, saya buat kelainan sikit dengan sorokkan tarikh lahir sebaik yang mungkin. Kat Facebook saya siap tukar tarikh lahir kepada 1 Mac. Dekat Twitter pun saya tak retweet satu wish birthday pun, just favorite dan reply thanks kepada yang sudi wish. Sebabnya nak tengok seberapa ramai yang masih ingat birthday saya.

4. Alhamdullilah, ada yang masih ingat.

5. Cuma menarik tahun ni, kat Facebook tiada satu wish birthday saya terima lepas je tukar tarikh birthday tu. Syukur saya tidak menerima sebarang wish “HB” sahaja tahun ni. Lol.

7. Untuk 2014, orang pertama wish saya (sebelum pukul 12am) ialah Hafiz Rusli iaitu kawan sekolah SMK Segambut Jaya dulu. Dia ni setiap tahun ingat birthday saya. Petang-petang lagi dah wish via text message. Haha. Tapi kalau ikut lepas pukul 12am, orang pertama wish ialah Fikri Khairuddin, kawan lawan ranking kedudukan kelas masa sekolah rendah. Lol. Rindu sangat dengan mamat ni. Berapa tahun tak jumpa.

6. Apapun sebagai penghargaan, saya nak masukkan semua wish birthday saya terima tahun ni.

Twitter

Wish orang pertama

Wish seterusnya

 

Wish paling LOL

Wish lagi

Wish paling banyak smiley v^.^v

Wish lagi

Okay ni paling suka sebab cakap handsome lewlz

Wish lagi

Wish bergambar (paling terharu k sebab kat Whatsapp pun ada bagi haha)

Wish sebelum penutup wish Twitter

Actually post ni dah publish, tapi edit balik untuk tambah wish daripada Amir Amran. Haha. Thanks Amir!

Whatsapp

Wish budak INTEC yang nak fly New Zealand next year haha

Screenshot_2014-02-02-03-20-56-1

Wish daripada Fadzren Big

Screenshot_2014-02-02-03-23-05-1

OK yang ni terharu sebab kat Twitter dah bagi kat Whatsapp pun bagi. Thanks Shu!

Screenshot_2014-02-02-03-19-52-1

Abam Barak aka Abam Russia punya wish :))

Screenshot_2014-02-02-03-18-50-1

Wish daripada Khalis Khalil, classmate masa form 5 SMK Seri Bintang Utara

Screenshot_2014-02-02-03-20-30-1

Text Message

Wish pertama kalau ikut sebelum pukul 12am. Thanks Hafiz Rusli!

Screenshot_2014-02-02-03-25-15-1

Wish daripada budak tunggu result SPM, Awatif Ishak :>

Screenshot_2014-02-02-03-23-42-1

7. Sekali lagi, terima kasih bebanyak yang sudi wish birthday! 😀

8. Btw, tahun ni saya celebrate birthday kat Shah Alam. First tempat, pergi makan kat Restoran Barra. Actually tempat makan ni paling teringin nak pergi lepas tengok video Faradyable – Bila Avangers Lapar masa 2012. Dia punya dialog siap hafal lagi tau! Haha. Alhamdulillah tahun ni baru dapat merasa pergi. So far makanan kat sini sedap dan murah. Banyak pun banyak. Memang puas makan. Tak sia-sia pendam azam nak makan kat sini. Tup tup tercapai jugak lol.

DSC00932

9. Lepas makan, dah sampai Shah Alam of course kena singgah i-City. Tak jauh pun dari Restoran Barra tu. Actually dah lama tak pergi sini. Last pergi pun time 2011, kot. Sekarang dah 2014, pergi sini tengok dah berubah macam-macam. Dulu masa first pergi ada taman lampu tu je. Sekarang siap fun fair dengan waterpark pun ada. Kejap je dah berubah.

DSC01036

10. Pasal hadiah tahun ni, both parent bagi ‘ang pow’ as hadiah. Hehe. Tapi yang best adik-adik pun bagi. Adib bagi spec mata Rayban Wak Doyok (lol) pastu Hanis bagi hadiah kameja hitam. Woohoo. Tak expect pun diorang bagi hadiah. Terharu kejap kat i-City tu haha.

11. So itu je lah kot rasanya. InsyaAllah kalau ada kelapangan ingat nak berblog balik. Update macam ni pun dah seronok sebab just tulis point. Tak sakit kepala tulis dalam bentuk karangan panjang haha. Orait. Sehingga kita berjumpa lagi 😀

p/s: Oh ye kat bawah ni saya kumpulkan link ucapan birthday saya mengikut tahun. Macam best pulak collect wish birthday pastu jadikan blog post. Haha. Bila baca balik tersenyum sorang-sorang. Lol.

UCAPAN BIRTHDAY MENGIKUT TAHUN: 2009, 2010, 2011 (Wish Paling Favorite), 2013.

Pengalaman @ D-Code Bootcamp 2013 Anjuran Startup Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hi semua! Sorry sangat sebab dah lama biarkan blog ni terbengkalai. Lama jugak dah tak sentuh blog ni. Hurmmm. Kadang kadang rasa rindu pun ada nak aktif berblogging macam dulu. Tapi apa kan daya, sekarang ni kan zaman Twitter. Apa apa nak update semua kat Twitter. Sharing pun kat Twitter so nak tulis balik jadi artikel agak ambil masa jugak la kot. Maka tertinggal lah blog ni tanpa berupdate pun. Wuuu.

Orait, so harini Arib tetiba pulak rasa nak update pasal camp yang Arib join selama tiga hari ni, bermula dari 5-7 Julai 2013. Tak tau kenapa, camp ni macam best sangat so rasa macam rugi pulak tak tulis dalam blog haha. Eh, camp apa ni? Hahh, inilah dia, D-Code Bootcamp 2013! 😀

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Actually Arib ke camp ni sebab terpilih untuk menjadi fasilitator selama tiga hari. Bermula cerita macam mana Arib boleh jadi fasi ni sebab satu hari tu Arib ternampak ada orang retweet pasal tawaran untuk menjadi fasilitator. So Arib test test lah hantar resume dekat emel yang dia kasi. Tup tup, dapat. So Alhamdulillah, selain jalankan tugas sebagai fasi, boleh lah jugak Arib cari pengalaman dalam ilmu programming. Oh yea, ini first time Arib jadi fasilitator. Sebelum ni selalu jadi peserta je kat mana-mana camp. Hehe.

Oh yea, D-Code Bootcamp 2013 ni actually coding camp yang dianjurkan oleh Startup Malaysia. Camp ni baru first time ada dan tahun ni dibuat dekat Zebra Square, Kampung Pandan, KL. Tempat dia memang tak jauh dari rumah Arib. Memang Arib datang sini jalan kaki je. Kedudukan spesifik, dia dekat dengan Restoran Al-Rawsha. So para peserta yang datang camp ni memang tiga hari tu kena hidup dengan coding. Camp ni pun ramai jugak yang join tau, dalam 500 orang macam tu yang terdiri daripada student, programmer, dan tak juga orang yang langsung tak pernah tahu pun pasal coding.

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Sepanjang tiga hari camp ni, kesemua peserta akan belajar macam mana nak buat extension dan application untuk Google Chrome. Serius menarik. Setiap sorang akan diberi satu Booklet Coder Pack untuk buat extension dan app tu sampai jadi. Then, lepas jadi, diorang ambil idea dari situ untuk create pulak ke satu extension yang lebih menarik. Oh yea, masa final day ada penilaian untuk extension paling best. Pihak camp akan pilih 60 orang untuk ke Summit tahunan pastu akan ada saringan sikit dan akhir sekali diorang akan dibawa ke Silicon Valley, US selama 2 minggu untuk pembentangan idea Chrome extension tu.

So bila pergi coding camp atau event event macam ni memang selalu dapat kenal orang baru. Time ni Arib dapat kenal beberapa group first year student dari UTP, UIA, dan beberapa barisan fasilitator yang memang best bergaul dengan diorang. Time ni jugak Arib dapat jumpa first time dengan rakan Twitter iaitu abam @zulhhandyplast. Sebelum ni selalu mention mention je kat Twitter tapi tak pernah pun jumpa. Tak dilupa juga abam @omarmahdzan yang baru kali kedua jumpa. Dia pun dapat jadi fasi macam Arib. So kitorang yang saling kenal kenal ni memang rapat time camp ni :3

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Apa yang Arib rasa best pasal camp ni adalah sebab kesemua yang terlibat dalam camp ni diberi keselesaan dan kebebasan sebaik yang mungkin untuk coding. First Arib sampai sini pun rasa seronok tengok diorang coding dalam hall reramai pastu duduk atas bean bag. Korang nak duduk ke, nak baring ke, pun boleh. Kalau rasa macam idea tak masuk, boleh coding kat meja atau bawah khemah yang berada di luar dewan.

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Bukan itu je, para peserta juga diberi kebebasan untuk makan sepuas-puasnya dari mula camp sampai lah habis camp tanpa henti. Makanan disediakan secara free flow, so kalau korang rasa lapar je, ambik. Tak rasa lapar pun, ambik. Buat gigit gigit time coding. Serius, Arib rasa macam kerja kat Facebook dan Google sebab company company ni lah setahu Arib yang ada tawaran kerja dengan suasana macam ni. Bebas. Rasa stress je rehat kat memana ambik idea. Takpun, makan :3

Back-AribIsmail
Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Sebelum Arib terlupa, masa hari pendaftaran D-Code Bootcamp 2013 ni yang bestnya setiap peserta diberikan T-Shirt dan Dongle Broadband DiGi + RM35 topup untuk quota 1GB DiGi Broadband secara percuma. Bukan tu je, transport dari LRT Ampang Park ke Zebra Square turut disediakan. Pastu bagi yang duduk jauh, hotel pun ada disediakan secara percuma! Pehh pehh. Masuk dah lah tak perlu bayar so tinggal bawak diri, belajar, coding, makan, coding, makan.

Back-AribIsmail

Haha. Nampak macam menarik kan? Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak join camp macam ni in future nanti? Hurmm, Arib pun tak beberapa sure Startup Malaysia nak buat lagi ke tak sebab tanya dengan big boss kata kalau ada funding atau penaja mungkin boleh buat lagi macam ni untuk next year. Sebabnya Startup Malaysia ni company non-profit. Diorang ni arrange startup atau company kecil-kecilan yang baru nak up. So diorang boleh buat event pun bila ada penaja. So harap sangat-sangat next year ada D-Code Bootcamp 2014 pulak :3

Oh yea haha. Sebelum Arib tutup post ni, tak lupa time kenal dengan satu group student UTP ni. Diorang panggil saya ‘abang’ masa first dan second day padahal umur sebaya je haha =.= So bila diorang panggil macam tu, memang kalau diorang tanya pasal umur, Arib cuba acah acah dah tua. Bila tanya tengah study apa pun acah acah macam noob pasal IT dan baru habis diploma padahal tengah buat degree. Kah kah. Ingat nak rahsia je sampai betul betul final day last last semalam diorang stalk segala benda termasuk Twitter, blog dan akhirnya rahsia terbongkar XD

Screenshot_2013-07-07-20-11-35-edit

Haha. Rasanya tu je lah kot pasal camp ni. In Shaa Allah lepas ni Arib cuba bagi komitmen balik untuk update blog ni sebab rasa macam rindu dengan zaman aktif berblogging dulu. Haha. Okay lah. Terima kasih kerana membaca yea! 😀

Kredit gambar: Instagram @zulhhandyplast

Nota Arib: Time camp ni tak lupa jugak saya ditegur oleh salah seorang pembaca blog saya dalam bas time solat jumaat. Saya pelik mula-mula sebab ada orang panggil nama saya dalam bas tu. Dia kenal saya sebab follow blog arib2020 tu pastu ada artikel kat Amanz. Pehh, terharu pun ada time tu sebab tak sangka ada orang kenal saya melalui blog. Tu yang rasa macam semangat balik nak berblog tu. Haha. Thanks Firdaus Shajahan atas sokongan! :”D

Nota Arib #2: Terima kasih kepada akak @neyrashazeyra atas tweet jawatan jadi fasi. Terima kasih juga kepada akak Shazlina Shaari atas pemilihan saya jadi fasi. Terima kasih DiGi atas broadband dongle free dan terima kasih Startup Malaysia! 😀