ENTRI TERBARU

Category Archives: Close Up

Feed Subscription<

Ulasan Penuh: Aigo Pad M60 – Tablet Android RM159

Mungkin ada di antara korang yang ingin mencari tablet untuk baca PDF, lecture note, dan ebook reader. Tapi kadang-kadang, tablet yang bagus untuk dibeli semestinya agak mahal dan mungkin korang sendiri berkira-kira untuk membelinya. Ada jugak tablet yang murah, tapi kualiti dan reka bentuk yang terlalu plastic (aka sampah?) membuatkan korang sendiri sukar untuk mencari tablet dengan harga yang murah dan mempunyai design serta kualiti yang benar-benar memuaskan hati korang.

Arib sebenarnya sedang mencari satu tablet yang sesuai untuk membaca something dan tak lenguh bila dipegang dalam satu jangka masa yang lama. Sebelum ni Arib ada membeli sebuah tablet Novo 7 Crystal (belum review lagi sampai sekarang), sebuah tablet Android Jelly Bean tapi tablet tu agak berat sikit dan sukar dipegang dengan sebelah tangan.

Arib jugak sebenarnya pernah nampak satu tablet murah kat Low Yat ni lepas jalan-jalan kat situ sebulan yang lalu. Bila tengok satu tablet murah ni kan terus jatuh cinta sebab kecik dan ringan. Bila pegang, memang rasa selesa. Ia tak macam tablet murah yang lain. So semalam Arib berkesempatan untuk memiliki tablet ni dan ini ulasan Arib mengenai tablet yang Arib cakap tu. Hehe.

Front-AribIsmail Back-AribIsmail

Perkakasan dan Reka Bentuk

Dengan harga RM159, Aigo Pad M60 telah dicipta dengan cukup sempurna, menampilkan rekaan stylish pada reka bentuknya. Tidak seperti tablet lain dengan menawarkan harga yang serupa, Aigo Pad M60 hadir dengan reka bentuk glossy, elegan, dan unik justeru memberikan kesan ‘premium’ ketika memegangnya. Ia tidak terasa seperti tablet murahan, malah lebih terasa mememang sebuah tablet premium seperti Asus Nexus 7.

Arib suka dengan reka bentuk di bahagian belakang tablet, ia kelihatan sangat kemas dengan penggunaan panel yang menyerupai aluminium. Ianya cantik dan ada kesan grip pada bahagian belakang tablet. Pada bahagian tepi tablet, ia lebih kurang seperti Asus Nexus 7. Ketika memegangnya, ia terasa sangat selesa dan mudah untuk dipegang dengan hanya sebelah tangan sahaja.

Pada bahagian atas, apa yang boleh didapati ialah earphone jack 3.5 mm, port micro USB 2.0 dan slot untuk kad memori microSD. Pada bahagian tepi kanan (dalam mod portrait) tablet, terdapat butang kuasa/sleep, butang volume rocker dan mikrofon.

Dari segi ukuran, Aigo Pad M60 mempunyai berat sebanyak 238g (lebih ringan daripada Asus Nexus 7 dan iPad mini), ketebalan sebanyak 11mm, dan dimensi keseluruhan sebanyak 160x95x11mm.

Dari segi saiz actual, ia lebih besar daripada Galaxy Note 2 dan kecil sedikit jika dibandingkan dengan Asus Nexus 7 ataupun iPad mini. Secara keseluruhan bagi reka bentuk, ia lebih sesuai untuk dijadikan sebagai e-reader alternatif. Untuk melihat sendiri gambaran saiz actual untuk tablet ni, berikut Arib comparekan dengan saiz novel Contengan Jalanan daripada Hlovate.

Port-AribIsmail Volume-AribIsmail

Dalaman

Aigo Pad M60 hadir dengan processor Cortex-A8 1.2 Ghz single-core, 512MB RAM, Mali-400 GPU, dan 4GB muatan dalaman. Selain tu, seperti yang dapat dilihat pada perkakasan di atas, ia hadir dengan slot microSD sehingga 32GB. Aigo Pad M60 juga turut didatangkan dengan Wi-Fi 802.11b/g/n, accelerometer dan kamera hadapan 0.3 megapiksel untuk fungsi panggilan video, video recording, dan boleh juga dijadikan alat untuk camwhore.

Untuk saiz memori dalaman, info official menyatakan tablet ni dibekalkan sebanyak 4GB memori dalaman. Tapi in real life, untuk memori aplikasi dibekalkan sebanyak 500MB (boleh sumbat banyak app ni) dan memori mass storage dibekalkan dengan memori sebesar 2.5GB. Yang selebihnya mungkin digunakan untuk file system Android.

Paparan

Untuk paparan, Aigo Pad M60 didatangkan dengan paparan sesentuh TFT capacitive (dengan warna 256K) sebesar 6-inci bersama sokongan multi-touch. Ukuran piksel pula, paparan tablet 6-inci ini menjalankan resolusi sebesar 800×480 (actual size tanpa button bawah: 752×480). Kalau dilihat dengan mata kasar, ianya cantik, terang, dan boleh dikatakan gambar dan content yang dipaparkan sangat jelas dan jitu.

Screen-AribIsmail camera-AribIsmail

flip-AribIsmail


Prestasi dan Jangka Hayat Bateri

Dari segi prestasi, memang tak perlu nak expect tinggi tinggi untuk performance tablet ni. Kalau tengok dari harga pun kita dah tahu tablet ni sememangnya tak dicipta untuk kaki gaming dan seseorang yang gila spec *uhuk uhuk Samsung fag uhuk*. Tapi apa yang Arib boleh kata, performance keseluruhan tablet ni sangat baik untuk kegunaan harian, lebih-lebih lagi untuk penggunaan berilmiah macam baca buku ke, edit PowerPoint ke. Itu tak jadi masalah.

Dengan berbekalkan processor Cortex A8 1.2 GHz single-core, prestasi Aigo Pad M60 ini masih boleh handle dokumen PDF yang agak berat dengan menggunakan Mantano Reader Premium serta file PowerPoint (melalui Kingsoft Office) dengan cukup baik sekali. Dari segi video playback, tablet ni boleh handle video dengan paparan resolusi sehingga 2160p (atas Full HD 1080p).

Kalau untuk gaming, Arib boleh katakan ia sangat unplayable bagi game yang memerlukan grafik 3D yang tinggi macam Asphalt 7. Tapi game yang bersifat leisure yang selalunya tidak memerlukan grafik yang tinggi macam Temple Run 2 dan Subway Surfer, itu masih boleh dimainkan.


Game yang memerlukan IQ atau senang cerita yang memerlukan penggunaan otak yang intensif seperti game Cut The Rope dan Where’s My Water, itu tidak jadi masalah untuk dimainkan. Memang sesuai bagi mereka yang sukakan game-game jenis macam ni dan sesuai juga bagi parent yang ingin nak belikan tab untuk anak-anak kecil.

Bagi yang ingin mengetahui bacaan benchmark tablet ni, melalui hasil yang dikeluarkan oleh AnTuTu Benchmark, Aigo Pad M60 mencatatkan sebanyak 3361 mata manakala Quadrant Benchmark pula mencatatkan mata sebanyak 2216. Kalau dilihat dari level bacaan, prestasi tablet ni berada di atas Samsung Nexus S dan HTC Desire HD.

Secara keseluruhan dari segi performance, ia dicipta untuk handle lebih kepada perkara yang berilmiah (bukan untuk gaming lah kiranya). Kalau korang gila gaming, tablet ni bukan untuk korang kerana tablet ni nak dengan orang orang yang nak belajar je (lulz). So bagi student yang ingin guna tablet untuk keperluan study dan bukan untuk jenis yang suka buang masa, sangat disyorkan tablet ni.

Bateri

So far dari segi penggunaan, bateri Aigo Pad M60 boleh dikatakan lebih kurang sama seperti jangka hayat bateri smartphone. Dengan berbekalkan kapasiti bateri tablet sebanyak 2000 mAh, Aigo Pad M60 boleh digunakan selama 3 jam dengan internet browsing dan 6 jam untuk membaca ebook (jika digunakan secara berterusan).

Kalau in real life situation macam Arib buat, Arib guna tablet ni bila tunggu tren atau bas untuk baca buku. Let say macam 30 minit untuk satu reading session. Pastu lock balik tablet bila bas dah sampai. Pastu dah sampai kat destinasi, mungkin Arib gunakan WiFi dalam 30 minit time makan. Pastu lock balik tablet. So kalau in real life, memang tahan dalam satu hingga dua hari untuk penggunaan tablet macam kat atas ni.  Lebih kurang sama macam smartphone yang Arib guna.

Flipboard1-AribIsmail


Perisian

Dari segi sistem operasi, Aigo Pad M60 dijana dengan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich. Yup, takde Jelly Bean tapi disebabkan ia Android, kita boleh ubah bermacam-macam interface mengikut citarasa kita sendiri. So tak jadi masalah pun kalau bukan Jelly Bean. Bagi Arib pun, Android 4.0 ICS ni dah cukup solid dan banyak app yang support start dari Android 4.0.

Dari segi antara muka tablet, secara asalnya menggunakan stock interface Android yang terasa sangat kosong dan tak perlu kot Arib jadikan screenshot untuk review ni. Memang agak buruk. Tapi seperti yang Arib cakap kat atas ni, disebabkan ia Android, Arib dah ubah sikit interface yang lebih nice untuk dilihat dan sesuai untuk tablet ni.

Untuk launcher, Arib menggunakan Nova Launcher dengan mengubah setting icon kepada icon Jelly Bean. Actually Arib suka dengan Nova Launcher ni sebab laju dan kurang lag bila kita bukak menu. Wallpaper pulak Arib guna wallpaper yang memang dah ada kat tablet ni. Untuk widget, kalau korang tengok ada schedule kuliah Arib kat homescreen tu, itu Arib guna Simple Calendar dan widget jam kat atas tu Arib guna Digital Clock Widget.

Untuk ebook & PDF reader, Arib gunakan Mantano Reader Premium sebab app ni sangat clean dari segi interface dan ada effect flip kertas macam iBook kat iPad. eBook management dia pun bagus sebab kita boleh import file .epub dari luar dan nanti dia akan integrate sekali dengan ebook cover secara automatik. Satu lagi yang Arib suka dengan app ni sebab ia berfungsi lebih lancar daripada app ebook reader yang lain. Bukak PDF file pun rasa laju.

Office app pulak Arib gunakan Kingsoft Office untuk open dan edit file Word, PowerPoint, dan Excel kat tablet ni. Apa yang membuatkan Arib teruja dengan app ni ialah interface dia macam Microsoft Office 2010 yang siap ada ribbon UI lagi gitu. Apa yang menarik lagi, ianya percuma!

Disebabkan tablet ni lebih kepada e-reader dan productivity, Arib masukkan sekali app Flipboard yang sangat awesome untuk baca news. Memang best. Rasa selesa je bila baca sebab saiz tablet ni tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.

Selain app productivity, social app jugak Arib guna dalam ni dan of course benda wajib yang perlu ada ialah Twitter, Instagram, dan Foursquare. Disebabkan tablet ni ada kamera depan, memang tak sah jugak kalau tak install Skype sekali dalam ni. Hehe.

Oh ya, mungkin ada korang yang ingin bertanya, tablet ni boleh support Whatsapp tak? Jawapannya, ya. Boleh support walaupun takde sim kad dalam (memang tak support sim pun). Ia boleh berfungsi dengan WiFi. Nanti bila korang aktif kan Whatsapp untuk first time, dia akan mintak no. phone korang. Pastu nanti dia akan hantar confirmation code kat no. phone korang bagi tu. Last sekali, korang masukkan je confirmation code yang korang dapat tu dan masukkan dalam Whatsapp kat tablet. Tadaa, Whatsapp dah aktif kat tablet!

Dari segi kompatibiliti app, sejumlah besar app di Google Play Store boleh diinstall ke dalam tablet ni. Cuma app yang memerlukan grafik 3D yang intensif seperti game khususnya, nanti akan tertulis app not compatible with this device. Untuk paparan app, app yang memang dicipta dengan tablet mode boleh dipaparkan di dalam tablet ni cuma ia dipaparkan dalam semi-tablet mode interface. Ini disebabkan resolusi tablet berukuran sebanyak 800×480 sahaja. Walau bagaimanapun, interface semi-tablet mode masih cantik untuk pandangan dan sangat sesuai dengan paparan tablet 6-inci ini.

KingsoftOffice-AribIsmail


Konklusi

Dari segi kelebihan, banyak yang Arib rasa dekat tablet ni. First, Arib suka dengan design dia yang memang sangat selesa bila dipegang dan yang penting, ianya kelihatan sangat premium bila dipandang. Ianya ringan dan sangat nipis dan harga pun memang mampu dimiliki oleh rata-rata pengguna. Oh ya, sebelum Arib lupa, tablet ni menyokong USB On-The-Go. So kalau korang nak cucuk pendrive atau USB broadband (model tertentu) kat tablet ni, memang boleh!

Dari segi kekurangan, Arib tak nak senaraikan terlalu banyak perkara yang kontra dengan tablet ni sebab dengan harga RM159, apa yang korang expect? Dual-core processor? Quad-core processor? Ada 3G? Apapun, sebagai pelengkap bagi mengisi ruangan kontra kat tablet ni, Arib merasakan kekurangan dari segi ketidakhadiran kamera belakang dan port HDMI kat tablet ni. GPS pun takde sebenarnya kat tablet ni tapi bagi Arib, GPS kat device Android memang jarang Arib gunakan. Kalau Foursquare pun Arib lagi prefer detect location dengan internet based daripada menunggu GPS lock location. So rasanya takde apa lah yang kurang sangat kat tablet ni.

Bagi Arib, secara keselurahannya tablet Aigo Pad M60 cukup perfect bagi harga RM159 dan terasa sangat berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Dan ini, tablet paling termurah dan paling terbaik dalam kelasnya, setakat ini. Kalau korang tanya tablet apa yang terbaik dan paling murah under RM200, ini lah tablet yang Arib akan suggest. Sangat sangat dan tersangat mengesyorkannya. Recommended!

Flipboard2-AribIsmail Slim-AribIsmail

Menu-AribIsmail

Harga, Lokasi Jualan dan Waranti

Bila korang beli tablet ni, korang diberi option sama ada nak set tablet sahaja atau pun tablet + accessories. Kalau set tablet sahaja, korang akan dapat standard package box (dalam ada tablet & kabel USB) dan package ni lah korang dapat dengan harga RM159.

Tapi kalau korang tambah dengan accessories, korang kena bayar RM200 untuk keseluruhan. Dalam accessories pack tu ada screen protector, charger USB, earphone, kabel USB On-The-Go, pouch, dan kain lap habuk untuk screen.

Tapi bagi Arib, accessories pack ni semua tak beberapa nak penting sangat bagi Arib sebab macam charger tu Arib boleh charge guna PC. Kalau screen protector tu maybe penting, tapi Arib ni memang anti screen protector sebab dia akan kurangkan user experience bila kita guna device yang touchscreen. Biar calar sikit asalkan puas bila guna. Earphone memang dah ada pastu kalau USB On-The-Go tu boleh dapat optional kat kedai dalam RM8. Lagipun kat rumah Arib dah ada satu kabel ni so tak perlu kot. Pouch atau bag untuk protect tablet ni pun rasanya Arib boleh cari yang lebih cantik lagi kat kedai S&J sebab yang dia bagi just warna hitam je. Pastu kain lap untuk screen tu … guna baju dah lah -.- Haha.

Untuk membeli tablet ni, kalau korang duduk kat area Lembah Klang, korang boleh datang sendiri ke Low Yat. Kat Low Yat ni memang senang nak cari tablet ni. Kalau korang jalan-jalan kat tingkat 1, korang akan ternampak benda ni. Nak lagi mudah, Arib bagi detail sikit, korang pergi naik tingkat 1 tu pastu lalu kat lorong antara kedai Samsung dan kedai Nokia. Kat situ lah Arib beli tablet ni. Kalau korang nak beli tablet set sahaja, korang cakap dulu dia jual tablet set sahaja tak. Kalau tak, korang survey kat kedai sebelah dia pulak sebab ada kedai yang memang jual tablet set + accessories sahaja. Gitu pulak kan.

Kat bawah ni gambar time Arib beli ni (tablet set sahaja) tanpa accessories pack. Kotak dia cantik!

flip-AribIsmail

Kalau rasa jauh dari area Lembah Klang, korang maybe boleh beli dekat lelong.com.my atau mudah.my. Korang cari je keyword Aigo Pad M60. Tapi harga tak sure dapat semurah macam ni sebab ada postal cost lagi kan.

Untuk waranti, korang yang membeli tablet ni hadir dengan waranti selama 1 tahun untuk tablet dan 3 bulan untuk accessories. Dalam kotak ada disediakan dengan kad waranti yang terdapat senarai tempat untuk korang hantar servis dalam Malaysia. Kalau susah sangat, korang bagi je kat kedai yang tempat korang beli tu, nanti dia hantarkan.

Sebelum Arib menutup tirai, mesti korang fikir Aigo ni satu brand tablet cikai yang ada kat pasaran sekarang ni. Sebenarnya Aigo ni sebuah brand tablet popular di negara di Asia selain daripada Malaysia, malah brand ni jugak boleh disaksikan sendiri ketika perlumbaan F1 kerana brand inilah yang menaja McLaren! Wooo. So amacam? Nak sambar satu tablet ni? Hehe.

Apple Earpods – Kualiti Bunyi dan Kompatibiliti

Hari Khamis haritu Arib sempat singgah ke kedai Machines kat KLCC tu untuk beli Apple Earpods. Actually earphone Philips lama Arib bunyi dia dah pecah kat bahagian kanan, so sebagai pengganti, ingat nak kena cari jugak earphone baru. Memandangkan dah ada iPhone, so try la beli satu Earpods ni. Hehe.

Apple Earpods Arib Ismail

First impression yang Arib suka tengok kat Earpod ni, design dia memang unik. Rekabentuk dia actually sama seperti earphone on-ear yang biasa, cuma dia punya hole audio tu kat bahagian tepi. Kalau korang pakai, audio hole tu betul-betul masuk kat lubang telinga dan bukan dipantulkan kesemua bunyi kat cuping telinga macam earphone konvensional biasa. Kat Earpods ni jugak ada volume control untuk kawal volume dan juga mic untuk recording dan panggilan suara.

IMG_20130129_184949

IMG_20130129_184902

IMG_20130129_185009

Dari segi kualiti bunyi, memang susah nak diterangkan melalui tulisan. Tapi apa yang Arib boleh sampaikan, kualiti Apple Earpods boleh dikatakan agak memuaskan. Kalau kita bagi percentage, Arib bagi percent untuk bunyi Apple Earpods dalam 70% treble dan 30% bass. Bunyinya lebih kurang sama dengan earphone OEM daripada Nokia XpressMusic yang jenis on-ear dan kedudukan bagi Apple Earpods ni boleh dikatakan berada di bawah earphone OEM in-ear Sony Ericsson yang Arib dapat time beli Xperia X10 mini. Earphone Sony Ericsson tu setakat ni paling best yang Arib pernah pakai sebab bass dia memang kuat. Cuma dia punya getah kat wayar tu dah reput.

Dari segi kompatibiliti, ramai yang bertanyakan boleh ke pakai Earpods ni kat handphone selain daripada barang Apple? Melalui beberapa ujian yang Arib buat, kalau handphone, Samsung Galaxy je yang boleh pakai Apple Earpods ni. Tu pun dia punya volume control dan mic tak berfungsi. Just untuk dengar je. Phone Nokia & Sony Ericsson setakat yang Arib cuba kesemuanya tak boleh. Nanti dia keluar error device not supported. Kalau kat device lain selain daripada handphone, kat tablet Jelly Bean Arib dengan Macbook boleh pakai. Tapi sama seperti kat handphone Samsung, dia punya volume control dengan mic tak berfungsi.

Prestasi Apple Earpods boleh dikatakan agak baik dari segi bunyi treble dan dari segi bass, ia berada pada tahap minimum. Bass tetap ada, tapi jumlahnya tak sebesar mana. Memandangkan Apple Earpods ni lebih kepada bunyi treble, so korang akan dengar bunyi suara penyanyi dan bunyi guitar akustik agak sharp kat situ. Kalau korang jenis dengar lagu rancak ke, lagu country ke, lagu One Direction macam lagu Little Thing ke, hoho, memang best bunyi dia.

Secara keseluruhannya, recommend untuk korang yang dengar lagu selain daripada lagu dubstep. Kalau korang jenis kaki dengar lagu hardcore dan dubstep ni, cari headphone atau earphone yang jenis in-ear dan bukan on-ear untuk kepuasan bass yang maximum. Jenama yang terbaik yang Arib boleh recommend, jenama Sennheiser dan Shure. Kalau Beats tu harga dia macam satu handphone baru. Paling murah pun RM600 dan itu pun jenis earphone dan bukan headphone. Kalau korang jumpa yang agak-agak macam RM200 something macam tu tak payah beli. Tipu tu. Sebab harga Beats yang sebenar RM600 ke atas. Tak caya korang boleh pergi sini: [link]

So bagi korang yang berminat, Apple Earpods boleh didapati di kedai Machines, Switch, dan mana-mana pengedar Apple yang berhampiran dengan harga RM109.

p/s: Earphone On-Ear – earphone biasa. Earphone In-Ear – earphone sumbat kat lubang telinga.

Ulasan: Nokia Lumia 620 – Windows Phone 8 Mampu Milik Daripada Nokia

Bercakap tentang Lumia, apa yang korang fikirkan? Handphone Nokia? Guna Windows Phone? Harga mahal? Ermmm, ini mungkin sebuah peranti Lumia yang boleh korang pertimbangkan.

Sistem operasi Windows Phone sememangnya terkenal menerusi siri Lumia, yang diperkenalkan oleh Nokia sebelum ini. Keunikan Lumia yang hadir dengan Windows Phone 7 seperti Nokia Lumia 800 membolehkan ia tampil serba ringkas disamping mengekalkan imej elegan pada rekaannya.

Kini, gelombang Lumia generasi kedua telah hadir selepas perkenalan Windows Phone 8 pada Oktober tahun lalu dan Nokia telah memperkenalkan pelbagai peranti Lumia baru antaranya Nokia Lumia 920 dan Nokia Lumia 820. Kebolehan dan kehandalan Nokia Lumia 920 dalam teknologi pengimejan PureView yang sememangnya hebat dalam hasilan gambar ketika cahaya rendah. Apapun kehandalan yang dimiliki, sudah pasti harga jualannya pasti mahal mencecah ribuan ringgit.

Namun begitu, tidak semua antara kita mampu mengeluarkan belanja sebesar itu untuk memiliki sesebuah peranti. Oleh itu, Nokia memperkenalkan Nokia Lumia 620 – sebuah peranti pintar Windows Phone 8 yang mampu milik untuk golongan pendapatan sederhana khususnya golongan remaja. So hari Jumaat lepas, Arib berpeluang untuk mencuba sendiri Nokia Lumia 620 sewaktu hari pertama handphone ni dijual kepada umum di pasaran Malaysia. Selepas beberapa jam ‘menyelongkar’ telefon ini, ini antara ulasan pandang pertama yang dapat Arib tampilkan untuk para pembaca.


Kalau korang perhatikan dari segi spesifikasi yang ada pada Nokia Lumia 620 ni, handphone ni menggunakan sistem operasi Windows Phone 8. Actually sebelum ni Arib ada ulas sikit mengenai sistem operasi Windows Phone 7 dalam review Nokia Lumia 710. Beza tak jauh pun sebenarnya, so bagi korang yang belum baca lagi boleh pergi sini: [klik sini]. Dan kalini Arib akan menerangkan beberapa fungsi terbaru yang hadir dalam Windows Phone 8.

Boleh ubah saiz live tile – Antara perubahan besar yang korang boleh dapat lihat dengan Windows Phone 8 ni ialah kebolehan untuk ubah saiz tile. So dengan fungsi ni sebenarnya boleh memanfaatkan keluasan yang ada pada skrin dengan memasukkan tile yang korang suka. Korang hold dekat icon tu dalam beberapa saat dan nanti ada option keluar sama ada korang nak uninstall app tu atau ubah saiz tile dia. Memang best.

Sokongan penghantaran Bluetooth – Benda ni time Windows Phone 7 dulu memang takde, so susah jugak lah korang nak Bluetooth gambar korang dengan kawan-kawan yang lain. Selamat Windows Phone 8 dah ada fungsi ni secara default. Lepas ni boleh lah share dengan mudah. Hehe. iOS, bila lagi?

Screenshot – Ingat lagi dulu time buat review Nokia Lumia 710, amboi bukan main susah lagi sebab nak kena tangkap gambar phone satu-per-satu guna kamera sebab nak tangkap gambar interface dia. Sekarang ni tak lagi sebab Windows Phone 8 dah ada fungsi screenshot sendiri. Memang mudah. Korang just hold button ‘lock/power + logo Windows’ dalam sesaat dan skrin akan flash menandakan screenshot telah dirakam. Korang boleh tengok screenshot yang telah dibuat dekat album gallery.

Microsoft Office Mobile 15 + OneNote – Bagi golongan korporat atau businessman, benda ni boleh kata pelengkap dan memudahkan urusan golongan seperti ni. Memang mudah sebab kita boleh create file Word & Excel dengan menggunakan handphone je. Kalau student, dalam ni ada disediakan jugak PowerPoint viewer. So before korang present, korang boleh belek-belek presentation korang dengan benda ni. OneNote pun ada. Memang best bagi korang yang suka ambil nota guna OneNote.

Internet sharing – Actually benda ni ada dekat Windows Phone 7 tapi tak didatangkan secara default dan ada pun time selepas update. Benda ni membolehkan korang jadikan phone korang sebagai WiFi hotspot. Kiranya macam buat WiFi sendiri jugak lah. Internet bergantung ikut plan yang ada dekat phone tu. Kalau korang subscribe internet, boleh lah korang jadikan handphone ni sebagai WiFi hotspot.

Kids Corner – Korang mesti tension kan bila tengok adik-adik or anak-anak korang ubah itu ubah ini sesuka hati kat phone korang? So dengan fungsi yang dinamakan Kids Corner ni korang boleh set benda yang perlu ada kat Start screen mengikut kehendak korang. Lepas korang setup benda ni, handphone akan terus paparkan Start screen ‘kids corner’ dengan tetapan app dan games yang korang letak tu. Kalau korang nak keluar dari Kids Corner dan balik ke paparan asal Start screen korang, just tekan je power/lock button.


Dalam ulasan pandang pertama ni Arib nyatakan sikit keistimewaan dan juga kelemahan yang ada pada handphone ni. Mudah untuk korang tengok sama ada berbaloi ke tak beli handphone ni. Hehe. So kita lihat dengan keistimewaan yang ada dengan Nokia Lumia 620.

Processor dual-core dan 512MB RAM – Dulu time first generation Nokia Lumia semua guna single-core sebab limitation Windows Phone 7. So bila Windows Phone 8 keluar, pihak pengeluar dah boleh apply processor bercore-core ni sebab WP8 support multiple core processor. Btw, kalau cakap dari segi performance, actually Windows Phone ni memang laju. Dulu time Nokia Lumia pakai single core pun still tak rasa lag langsung. Apatah lagi kalau ditambah dengan processor dual-core ni. Hehe. Kelajuan Windows Phone ni boleh kata setanding dengan iOS pada iPhone. Install lah app banyak mana pun, confirm tak lag.

Kamera 5MP dengan autofokus + flash LED – Kalau tengok dari segi kamera, Nokia Lumia 620 dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel dengan autofokus serta LED flash. Maybe nampak biasa je sebab mostly handphone zaman sekarang pun rata-rata dah atas 5MP, tapi kat bahagian setting kamera boleh kata canggih jika dibandingkan dengan phone lain. Kat bahagian setting, korang boleh kawal ISO dari ISO 100 sehingga ISO 800. Whoaa, memang susah nak jumpa benda ni kat kamera phone. Ada pun kat handphone kamera mahal, tak pun selalu jumpa untuk kawal ISO yang basic je macam ISO ‘low’, ‘medium’ atau ‘high’. So apa fungsi ISO ni? Hehe. Kalau korang gila fotografi, benda ni boleh kawal jumlah cahaya untuk diserap masuk ke dalam gambar korang. Kalau kat tempat gelap, pakai ISO tinggi. Tapi ingat, semakin tinggi ISO, semakin tinggi jumlah noise kat sesuatu gambar.


Rakaman video HD – Basically, handphone zaman sekarang memang tak sah kalau kamera dia tak support HD video recording dan ya, Nokia Lumia 620 support rakaman video HD dengan resolusi HD 720p.

Kamera hadapan VGA – Bagi korang yang suka buat video call tu, Nokia Lumia 620 memang terbaik untuk korang. Senang nak Skype ketika berjauhan, ecehh. Nokia Lumia 620 dilengkapi dengan kamera VGA (0.3MP) dan boleh dijadikan sebagai cermin atau kamera ketika forever alone.

Sokongan microSD – Time first generation Nokia Lumia, semua model yang ada tak support microSD slot. Actually benda ni pun salah satu limitation Windows Phone 7. Dengan pelancaran Windows Phone 8 tempoh hari, barulah pengeluar boleh implement kan sokongan ni kat dalam phone. Btw, Nokia Lumia 620 support microSD sehingga 64GB. Woahh!

NFC – Near Field Communication (NFC) boleh kata antara trend handphone zaman sekarang ni. Apa sebenarnya benda ni? Hahh, korang pernah dengar S-Beam tak? Alaaa, kat phone Samsung Galaxy tu. Korang nak share gambar just tap je dengan phone lain untuk hantar. Actually contoh ni merupakan salah satu penggunaan NFC. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh digunakan dengan teknologi NFC antaranya adalah untuk dijadikan sebagai payment device. Kat Malaysia benda ni mungkin baru tapi kat Jepun benda ni dah jadi macam biasa dah. Nak beli air tin just sentuh kat vending machine tu, tup tup, air tin keluar. Gedegang!


GPS + Nokia Maps – Kalau nak beli phone yang ada fungsi GPS yang tip top dan takkan sesat punya, beli lah handphone daripada Nokia. Salah satu sebab kenapa Arib still suka dengan handphone Nokia sebab benda ni lah. Korang tau, dengan setiap pembelian handphone Nokia yang ada Nokia Maps korang dah tak perlu lagi dah beli software macam Garmin ke, Papago! ke sebab Nokia Maps dah memang bagi lifetime free voice turn-by-turn navigation. So dah tak perlu lagi nak beli lesen ke apa semua. Satu lagi dia punya voice navigation memang paling terbaik setakat ni lebih-lebih lagi bila set jadi Bahasa Melayu. Hoho. Suara dia memang best lah dengar, tak terlampau baku dan pure cakap Melayu. Btw, satu perkara yang Arib suka sangat dengan Nokia Lumia 620 ni kebolehan untuk lock GPS location dengan cepat. Baru bukak kejap dia dapat lock location GPS walaupun time tu Arib guna dalam bangunan.

Nokia City Lens – Bagi korang yang suka travel kat tempat baru mesti korang rasa macam blur blur sikit time sampai kat tempat orang. Ye lah kan, semua tempat tak familiar. Hahh, dengan adanya Nokia City Lens ni korang dah tak perlu risau dah sebab korang boleh gunakan benda ni untuk overview tempat korang berada tu. Dia akan bagitau arah dalam bentuk anak panah dan korang ikut je anak panah tu. Memang seronok!

Cinemagraph – Hahh, korang pernah main Tumblr? Kalau pernah mesti korang pernah tengok post yang ada gambar gerak-gerak. Actually benda ni kita boleh buat dengan adanya software seperti Cinemagraph. Kat dalam Nokia Lumia 620 ni memang dah ada secara default, so korang just rakam je aksi-aksi korang tu and then gambar akan disimpan dalam bentuk file .gif.


Dalam ulasan kat atas kita dapat lihat sedikit sebanyak keistimewaan yang pada handphone ni. Boleh kata semua yang special tentang handphone ni agak menarik bagi Arib sendiri. Apapun, tak semua handphone adalah perfect jadi Arib bawakan sikit kelemahan yang ada dalam Nokia Lumia 620.

Tak boleh ubah interface lain – Apa yang agak mengecewakan ialah Windows Phone tak boleh ubah interface dia. Yang boleh diubah pun hanya saiz dan kedudukan tile serta warna tema tile aplikasi. Menu masih lagi statik dengan barisan aplikasi dengan kawalan tatalan atas bawah. Kalau korang tengok dekat Android, korang boleh install launcher itu ini untuk ubah interface kat phone korang tu. Tapi kat Windows Phone memang kekal interface dia macam tu je, sampai bila-bila. So kalau korang bukan fan interface modern-UI atau orang panggil interface kotak-kotak ni, mohon-mohon lah cari handphone Android.

Kekurangan aplikasi ‘killer app’ – Perkara utama yang menjadi kekuatan sistem operasi masa kini ialah aplikasi dia. Tak kiralah OS tu dumb ke, smart ke, yang menjadi kayu ukur tahap kelarisan OS sekarang ni ialah app. Antara faktor kenapa iOS & Android berjaya menjadi OS yang paling popular sekarang ni sebab pilihan aplikasi dia banyak dan developer dari syarikat-syarikat besar develop app diorang kat kedua-kedua platform ni. Bukan apa, kalau tengok bilangan apps kat Windows Phone still boleh kata banyak dah sekarang tapi app killer macam Instagram contohnya, tak ada dalam Windows Phone setakat ni. App dari company besar misalnya aplikasi permainan dari Gameloft, hurmm, tak banyak sepertimana yang ada dalam iOS & Android. Ini sangat mengecewakan especially korang yang kaki game tu.

Fungsi I/O (Input & Output) lemah – HDMI & USB On-The-Go still tak support dalam Windows Phone 8 setakat ni. Benda ni mungkin tak penting bagi sesetengah orang tapi bagi yang kaki suka cucuk pendrive kat handphone (selalu guna untuk copy movies haha), tak ada benda ni sure-sure akan mengecewakan korang. USB On-the-Go ni pun bukan setakat untuk cucuk pendrive, tapi peripheral devices macam keyboard, mouse pun kalau boleh nak attach jugak kat phone. Ye lah kan, sekarang ni handphone kalau boleh nak jadi macam PC dah.

Tiada sokongan Mass Storage – Benda ni mungkin sedikit annoying sebab korang kena guna software Windows Phone App untuk connect handphone korang kat PC. Benda ni boleh kata sama macam kes iPhone yang kena connect dekat iTunes untuk transfer barang. Kalau Android senang je. Korang set je setting jadi mass storage mode, handphone korang akan dimount jadi macam pendrive. So senang korang nak tranfer barang itu ini tanpa kena guna sebarang software pun.


Apa yang Arib boleh konklusikan kat sini, Nokia Lumia 620 sememangnya berbaloi untuk dimiliki dengan melihat dari segi spesifikasi dan harga yang ditawarkan daripada pihak Nokia. Harga bagi peranti mampu milik ni berharga RM799 ketika dipasarkan dan menjadi salah satu peranti Windows Phone 8 yang termurah setakat ni. Hadir dengan 1GHz dual-core processor, kamera 5MP + rakaman video HD 720p, WiFi, GPS, dan NFC, menjadikan Nokia Lumia 620 ideal untuk korang yang nak kan peranti Windows Phone 8 yang serba canggih ini dengan harga tawaran yang cukup mampu milik.

Walau bagaimanapun, apa yang Arib boleh konklusikan kat sini ialah Nokia Lumia 620 atau sebarang peranti yang menggunakan Windows Phone TIDAK DISYORKAN bagi yang suka customize interface. Kalau korang jenis macam ni, better dapatkan handphone Android. Kalau korang tak kisah sangat pasal interface yang simple dari Windows Phone ni, korang boleh dapatkannya satu.

Sebelum Arib terlupa jugak, korang kalau minat Instagram tu, sorry guys, Instagram memang takde kat Windows Phone setakat ni. Memang ada rumor Instagram nak keluar dekat Windows Phone, tapi setakat ni takde apa-apa lagi berita yang sahih mengenai Instagram for Windows Phone ni. Inb4 kalau korang kata, “Lomogram kan ada untuk Windows Phone …”, ketahuilah Lomogram hanya sekadar app untuk apply filter. Orang sayangkan Instagram sebab komuniti dia dan bukan sebab filter. Kadang-kadang tu ramai je yang post gambar tak pakai filter kat Instagram tu. Kalau sebab filter banyak lagi app yang canggih-canggih boleh apply filter ni. Apapun, kecewa jugak lah sebab benda ni lah kena fikir dua tiga kali nak beli ke tak Windows Phone ni. Wuuuuuu.


So, dengan budget RM799, apa korang boleh dapat selain Nokia Lumia 620?

Kalau dengan budget ni, handphone Android jangan cakap lah sebab memang banyak pilihan handphone Android yang boleh dibeli. Antara phone yang Arib suggest antaranya Xperia Go dan Xperia Sola. Kedua-dua handphone ni guna dual-core processor dan RAM pun sebanyak 512MB yang sama seperti Nokia Lumia 620. Kamera pun sama, dua-dua guna kamera 5 megapiksel. Apa yang penting, handphone Android ni memberikan banyak kebebasan dari segi customization. Kalau korang suka tukar tukar theme dan interface, Arib suggest korang beli handphone Android. Tak kira la mana-mana handphone, asalkan Android. Tapi kalau nak yang best untuk budget sekitar RM799, angkat salah satu handphone Xperia yang Arib syorkan ni.

Dengan budget RM799 sebenarnya korang boleh dapatkan satu iPhone, tapi model lama la. Model yang Arib maksudkan iPhone 3GS. iPhone ni boleh kata untuk tahun 2013 ni still okay sebab dia support iOS 6. Walaupun processor iPhone 3GS ni hanya 600 Mhz, kamera 3MP yang jauh kebelakang daripada Nokia Lumia 620, kalau cakap pasal app dengan games tu memang banyak yang boleh masuk. Games yang high-end kat Android macam Asphalt 7, NFS Most Wanted, FIFA 2013, still boleh masuk tanpa masalah. And and, semestinya ini dijayakan dengan software dia, iOS. Kalau phone 600MHz yang guna Android confirm-confirm tak support untuk main game high-end ni. Cuma masalahnya kalau korang bukan jenis kaki modding (ubah-ubah dalaman telefon, especially gurls), korang akan bosan jugak dengan iPhone ni sebab interface dia iconnnnnnnnn je. Takde homescreen, takde widget. Yang ada paparan menu tu je. Selepas jailbreak, barulah korang boleh ubah macam-macam dalam iPhone ni.

Bukan nak halang beli Nokia Lumia 620 ke apa tapi takut kalau korang sendiri akan bosan nanti. Bagi Arib okay je sebab spesifkasi Nokia Lumia 620 memang dah cukup power dengan harga. Kalau ada duit memang Arib nak beli satu sebab Arib antara fan modern-UI (interface kotak-kotak) dan fan handphone Nokia. Cuma ada beberapa perkara yang Arib rasa korang sendiri akan cepat jemu macam interface dia. Yup, memang tak boleh ubah-ubah selain interface petak-petak tu. Kalau korang jenis macam ni, better korang pakai Android sebab kalau bosan, korang boleh pakai launcher lain. Kalau korang tanya antara Xperia & Galaxy (Android) vs Nokia Lumia (Windows Phone) mana lagi power, itu semua ikut korang sendiri.

Recommend untuk: Nokia fan yang ada medium budget. Bagi yang tak beberapa nak kisah sangat pasal: UI kotak-kotak, tak boleh tukar interface (boleh tukar pun warna & saiz tile, lol) dan apps dan games yang tak beberapa nak best sangat macam app dekat Android & iOS. Untuk dijadikan sebagai secondary phone sebab app killer banyak lagi tak hadir dalam Windows Phone.
Tak recommend untuk: Kaki ubah interface, kaki gaming (pilihan game tak beberapa nak best, maybe tunggu masa lagi?) dan kaki camwhore Instagram (app Instagram takde dalam Windows Phone, setakat ni.)

Ulasan: Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich Pada Xperia Series (Xperia Mini)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hi anda semua! Hehe, harini Arib nak buat ulasan sikit mengenai update terbaru Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich yang ada pada model Xperia tahun 2011. Salah satu model yang Arib berkesempatan untuk mencuba versi terbaru Android ni ialah Xperia Mini. So, klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Segala persoalan yang menjadi tanda tanya segenap pengguna model telefon Xperia tentang tarikh kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich kini sudah pun berakhir apabila pihak Sony telah melancarkan fasa pertama versi update tersebut bermula pertengahan bulan April 2012 yang lalu.

Antara model-model Xperia yang termasuk dalam update ini ialah Xperia arc S, Xperia neo V dan Xperia ray. Manakala untuk fasa kedua pula dilancarkan pada seawal bulan Jun dan model yang termasuk dalam fasa ini ialah Xperia arc, Xperia neo, Xperia mini pro, Xperia pro, Xperia active, Xperia mini, dan Sony Ericsson Live with Walkman. Walau bagaimanapun, sejumlah besar pengguna Xperia Mini dan Live with Walkman di Malaysia masih tidak mendapat sebarang update dan ini mungkin mengambil masa dalam seminggu dua lagi untuk dilepaskan kepada pengguna.

Dalam ulasan kali ini, walaupun update ICS untuk Xperia mini masih belum tiba di Malaysia melalui PC Companion (ketika saat ulasan ini ditulis), Arib berkesempatan untuk mencubanya terlebih dahulu dengan menggunakan cara manual update. Versi dan firmware yang digunakan dalam ulasan ini ialah 4.1.B.0.431 yang membawakan fungsi yang sama dengan automatic update yang bakal tiba tidak lama lagi pada Xperia mini.


Jika anda merupakan pengguna biasa dan Xperia anda tersenarai dalam versi update, boleh mengikuti tutorial yang saya sediakan di sini: (link)

Jika anda seorang yang mahir dalam menggunakan teknik ‘flash firmware’, atau Xperia anda tidak mendapat update lagi, anda boleh rujuk link ini untuk mendapatkan update model Xperia anda secara manual di sini: (link)

Penafian: Cara manual update ini sangat-sangat tidak digalakkan dan mungkin akan menyebabkan Xperia anda bricked (rosak) jika tersalah buat atau terkeluar dari waranti. Seelok-eloknya tunggu sehingga official update tiba bagi Xperia yang belum mendapat update tuu.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita ke bahagian ulasan Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada Xperia Mini!

Boot Screen

Boot screen telah digantikan dengan perkataan Sony berbanding perkataan Sony Ericsson pada versi Android 2.3. First impression bila tengok logo tuu serius macam ‘whoaaaa’ kejap. Selepas perkataan Sony muncul, perkataan ‘Xperia’ pula keluar sehinggalah proses boot tamat.


Home Screen

Actually, tak banyak perubahan yang berlaku pada home screen cuma dari segi icon ada sedikit perubahan yang kelihatan. Interface dengan 4 bucu masih dikekalkan. Secara default, wallpaper pada Home Screen Android 4.0 ICS pada Xperia didatangkan dengan corak yang hadir pada Xperia S. Cuma dalam update ini, corak tersebut hadir dalam keadaan wallpaper statik dan bukannya animated seperti mana yang ada dalam Xperia S.


Lock Screen

Perubahan yang boleh dilihat lagi adalah pada paparan Lock Screen. Paparan kali ini hadir dengan slider untuk unlock dan juga slider untuk aktifkan camera app. Sebelum ini slider didatangkan dengan fungsi untuk unlock dan silent sahaja. Mungkin atas sebab trend pengguna sekarang yang gemar mengambil gambar, slider telah digantikan dengan seretan ke kiri untuk camera app.


Notification Menu

Perubahan ketara yang boleh dilihat pada versi update Android 4.0 ICS pada Xperia mini ialah fungsi Notification Menu. Fungsi ini hadir dengan paparan maklumat notification yang lebih baik. Pengguna juga boleh menghilangkan sesuatu notification dengan mengheret notification tersebut sama ada ke kiri atau pun ke kanan.


Paparan Menu

Paparan menu masih dikekalkan sama dengan paparan grid aplikasi 3×4. Berikut merupakan paparan menu serta senarai aplikasi yang hadir pada Android 4.0 ICS untuk Xperia mini.

 


Web Browser

Web browser pada Android 4.0 ICS hadir dengan paparan ringkas serta fungsi tab yang diperbaharui. Paparan tab dipaparkan dalam bentuk thumbnail dan pengguna hanya perlu mengheret ke kiri atau ke kanan untuk ‘close’ tab. Selain itu, beberapa fungsi yang turut hadir dalam web browser pada versi Android ini ialah sokongan untuk ‘request desktop site’ dan juga ‘save for offline reading’.


Gallery

Update Android 4.0 ICS pada versi Xperia ini hadir dengan dua aplikasi Gallery. Satu merupakan Gallery yang disediakan oleh pihak Sony untuk memaparkan gambar dalam bentuk 3D dan satu lagi merupakan Gallery yang disediakan oleh Google untuk versi Android 4.0.


p/s: Kesemua gambar yang berada dalam Gallery adalah kepunyaan adik saya.

Setting Menu

Perubahan yang jelas dapat disaksikan ialah Setting menu yang serba baru. Melalui Setting ini, urusan untuk mengurus sambungan WiFi dan juga Bluetooth dipermudahkan kerana fungsi ini hadir pada paparan utama Setting.


Selain itu, fungsi Setting menu juga hadir dengan fungsi Data Usage yang membolehkan pengguna melihat penggunaan atau mengawal data internet. Disamping itu juga, paparan memory pada Setting juga diperbaharui dengan paparan grafikal berwarna.


Selain itu, turut mendapat perhatian saya ialah fungsi development tool. Fungsi ini membolehkan pengguna tweak kelajuan sistem dan melalukan sedikit perubahan pada setting grafik.


Task Manager

Perubahan besar yang dapat disaksikan dalam versi Android 4.0 ICS adalah dengan kehadiran task manager yang baru. Task manager pada versi Android ini hadir dengan paparan ‘live’ thumbnail, membolehkan pengguna untuk melihat aplikasi yang sedang berjalan dengan mudah. Pengguna juga boleh membuang senarai aplikasi dalam task manager ini dengan mengheret thumbnail ke kiri atau ke kanan.


Paparan Senarai Widget Yang Diperbaharui

Paparan untuk memilih widget kini hadir dalam paparan menegak dengan senarai widget. Pengguna boleh memilih widget dengan mengheret paparan widget ke atas dan ke bawah dan hold (tekan lama-lama) untuk meletakkan widget pada paparan home screen.


‘Power button + Volume down’ untuk Screenshot

Sebelum ini, pengguna Xperia model 2011 perlu hold (tekan lama-lama) button Power (on/off) dan pilih ‘Take Screenshot’ untuk mengambil screenshot pada phone. Cara ini barangkali terasa agak tidak praktikal dan leceh untuk digunakan terutama sekali untuk mengambil screenshot game ataupun video. Pada update Android 4.0 ini, urusan mengambil screenshot dipermudahkan yang mana pengguna hanya perlu hold ‘Power button + Volume down’ secara serentak. Screenshot boleh diakses melalui Gallery dan disimpan secara automatik dalam folder E:/Pictures/Screenshot.

Kegunaan Seharian

Untuk ketahanan bateri, di sini saya masih boleh katakan, penggunaan sistem Android 4.0 cepat makan bateri pada Xperia ini. Ini kerana sistem Android 4.0 sejak azali lagi memang dicipta untuk telefon dengan spesifikasi tinggi. Memang korang akan aware bateri korang akan cepat habis berbanding ketahanan bateri pada Android 2.3. So kalau korang tak kisah sangat pasal ni, boleh lah update lepas ni, hehe.

Dari segi performance, boleh dikatakan agak baik untuk penggunaan harian walaupun saya ada perasan ada sedikit ‘kurang kelancaran’ ketika membuka sesuatu aplikasi. Walau bagaimanapun, jika anda seorang yang kaki game bergrafik tinggi, saya tidak syorkan anda untuk update ke versi ini kerana kebanyakan game daripada Gameloft terasa lambat untuk startup dan loading. Kadangkala, tengah-tengah syok bermain game, tiba-tiba terkeluar secara sendiri. Ini membuatkan saya facepalm.jpg. Kalau setakat nak main Draw Something, burung tembak oink-oink itu lain cerita.

Konklusi

Apapun, segala penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak Sony dalam versi update Android 4.0 ini ternyata dapat memuaskan hati pengguna. Fungsi yang ditawarkan serta penambahbaikan user interface yang berada dalam versi Android 4.0 ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengguna Xperia buat sekian lama. Fungsi seperti ‘Live’ task manager, lock screen dengan option untuk ke kamera, notification menu yang diperbaharui sangat mengujakan saya ketika pertama kali mencubanya.

Pihak Sony juga bijak mengambil hati pelanggannya. Xperia model 2011 yang boleh dikatakan agak lama ini masih lagi boleh diterima ke versi update Android 4.0. Tidak seperti pencabar terdekatnya, model keluaran tahun lepas yang berharga bawah RM1000 tidak termasuk dalam versi untuk update ke Android 4.0 ICS. Update untuk Galaxy W masih tidak kedengaran walaupun spesifikasi model tersebut boleh dikatakan agak canggih. Galaxy Y usah kata, memang sejak awal lagi tidak dapat untuk update ke ICS. Sangat rugi bagi mereka yang mempunyai budget bawah RM1000 dan membeli telefon daripada syarikat ini. Plastik. *uhuk-uhuk*

Segala fungsi yang ditulis dalam ulasan ini mungkin kelihatan sedikit persamaan dan boleh didapati pada Xperia model 2011 yang lain. Cuma beberapa fungsi seperti Face Unlock tidak diuji pada Xperia Mini kerana ketidakhadiran kamera hadapan pada model ini. Apapun, setelah korang dapat update nanti, pengalaman menggunakannya mungkin sedikit berbeza dengan apa yang ditulis. Mungkin ada yang laju kea, bateri tahan lama kea, mana tahu? Sebab semua bergantung kepada penggunaan seseorang, hehe. Okay, bagi korang yang mempunyai model Xperia 2011 yang boleh diupdate ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich, boleh klik link di bawah.

KLIK SINI UNTUK UPDATE XPERIA KE ANDROID 4.0 ICE CREAM SANDWICH!

KLIK SINI UNTUK UPDATE XPERIA KE ANDROID 4.0 ICE CREAM SANDWICH!

Hee, sekian sahaja untuk ulasan kali ini. Korang ada sebarang soalan dan petanyaan boleh dikemukakan pada ruangan komen di bawah. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Bagi korang yang berhajat nak angkat model Samsung Galaxy bawah RM1000 macam Galaxy Mini 2 atau Galaxy Y, better korang lupakan dan baik beli model Xperia sebab Samseng tak umum apa-apapun untuk update phone tu ke ICS. Harga kebanyakan model Xperia ni pun banyak bawah RM1000 dan paling best, boleh support ICS. Harga Xperia mini sekarang ni RM430 kat Low Yat. Fungsi dan spesifikasi jauh lebih baik daripada Galaxy Y (RM499?!) yang ASDFKGKLSLFW. *maaf Galaxy Y user -.-

Close Up: Nokia Lumia 710 – Smartphone Windows Phone 7 Bawah RM1000!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Syukur Alhamdulillah kerana Arib diberi peluang daripada Nokia Malaysia untuk membuat ulasan Nokia Lumia 710 secara eksklusif di blog ni. Hehe.

Pertama sekali Arib nak ucapkan ribuan berbanyak terima kasih kepada En. Asri al-Baker (@asrialbaker) di atas pemberian unit review Nokia Lumia 710 ni. En. Asri diberi tanggungjawab daripada Nokia Malaysia untuk pass-pass unit review Nokia Lumia 710 ni kepada blogger. Kalau korang nak tau, En. Asri ni merupakan orang kuat i-symbian.com dan symbianku.com yang banyak menyumbangkan idea dan artikel dalam dunia Symbian dan smartphone masa kini. So sekalung penghargaan didahulukan kepada En. Asri al-Baker atas peminjaman review unit ni kepada Arib selama 5 hari. Thank you bro! Hehe.

Okay, sebelum ni Arib pernah cerita pasal hari pelancaran Nokia Lumia 800 dan Nokia Lumia 710 dekat blog ni. Kalau korang tak baca lagi, korang klik sini. Dalam post tu pun Arib just cerita fungsi yang ada pada kedua-dua smartphone ni. So dalam post ni, Arib akan review salah satu keluarga siri Nokia Lumia iaitu Nokia Lumia 710.

 


Seperti gambar di atas, kotak pembelian Nokia Lumia 710 didatangkan dengan rekaan kotak yang baharu sama seperti kotak Nokia X7, Nokia N9, dan Nokia Lumia 800. Tiada sebarang CD/DVD software di dalam (zaman semua guna internet, so download lagi senang) dan apa yang menariknya, kesemua material kotak 100% boleh dikitar semula.

Pakej standard Nokia Lumia 710:

  • Nokia Lumia 710
  • Nokia AC-10 MicroUSB Charger
  • Nokia Charging dan Data Cable CA-190CD
  • Nokia Headset WH-208
  • Quick Guide, User Guide, dan Product information leaflet

Sebelum bercerita panjang, apa kata kita berkenalan dengan spesifikasi Nokia Lumia 710 ni (:

Platform: Windows Phone 7.5 Mango
CPU: Qualcomm MSM8255 1.4 GHz Single Core, 512 MB RAM
Band: GSM 850/900/1800/1900 & HSDPA 900/1900/2100
Ukuran: 119 x 62.4 x 12.5 mm
Berat: 125.5g
Bateri: Li-Ion 1300 mAh
Masa Menunggu: Sehingga 400 jam (2G), sehingga 400 jam (3G)
Masa Berbual: 6 jam 50 minit (2G), 7 jam 40 minit (3G)
Skrin Sentuh: 3.7 inci dengan resolusi paparan 480 x 800 piksel
Jenis Skrin: Capative
Warna Skrin: 16 juta warna
Kamera: 5 Megapiksel (autofokus, LED flash)
Memori: 8GB, tiada peningkatan memori
Fungsi lain: Nokia Maps, WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth versi 2.1 dengan A2DP, rakaman video HD (720p), sokongan A-GPS

First impression bila pegang phone ni terasa macam pegang Samsung Galaxy Nexus. Tak tau lah maybe skrin dia kowt yang nampak anggun anggun gituu, ahha. Kat bahagian depan Nokia Lumia 710 ni menempatkan skrin sentuh 3.7 inci dan jugak tiga butang kawalan fizikal Windows Phone. Apa yang sedikit mengecewakan, tiada kamera panggilan video dan apa yang korang nampak kat atas tuu hanyalah light sensor dan proximity sensor.

 

 

 


Bahagian atas Nokia Lumia 710 pulak tersedia dengan 3.5 mm earphone jack dan sambungan untuk kabel microUSB dan charger. Yeah, macam ni senang lah nak cucuk earphone, hehe. Kat atas ni jugak terletaknya button lock untuk lock atau unlock phone. *prefer button lock kat tepi sebab handphone besar. guna sebelah tangan nak unlock phone serius sangat menyusahkan. ada satu tahap sampai nak terjatuh dah phone ni =___=


Perkara yang Arib tak beberapa suka adalah kedudukan speaker Nokia Lumia 710 yang terletak kat belakang phone ni. Serius tak beberapa menarik sebab speaker akan tertutup jika diletakkan dalam poket seluar. So mesti ada problem nak dengar ringtone orang calling lagi-lagi bila pergi tempat yang ramai orang. Prefer lagi kedudukan speaker kat atas phone.

Windows Phone 7 sememangnya sebuah sistem operasi yang ditunggu-tunggu bagi penggemar smartphone di seluruh dunia. Nokia Lumia 710 antara smartphone yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7. Untuk sistem operasi, Arib suka dengan User Interface (UI) Windows Phone 7 ni. Sebagai peminat seni Typography, Metro UI yang digunakan dalam Windows Phone 7 ni sangat mengujakan Arib. Seriously, simple dan tak serabutkan mata. Kalau korang tengok paparan home screen Windows Phone 7 ni, korang akan dapati kotak atau tile ni beranimasi. Cantik, itu jew yang Arib dapat kata. Senang cerita, Metro UI menggabungkan grafik yang ringkas dan tulisan sebagai element utama dalam UI ni, memang kelas 😉

 

Okay, jom kita tengok pulak beberapa perkara yang menarik dalam Nokia Lumia 710 ni!

People Hub

Perkara yang menarik tentang Windows Phone 7 ni adalah kehadiran fungsi People Hub. Fungsi ni membolehkan korang melihat contact dan apa yang menariknya boleh dilihat sekali update daripada Facebook dan Twitter daripada contact tersebut tanpa perlu korang bukak sebarang software social networking. Semua dalam satu tempat.

*melting* (melting sebab someone?) -.-

 

*sorry BRK (@mubarakdragon) sebab jadi model dalam ni, HAHA.

Marketplace

Perkara utama yang boleh didapati pada smartphone masa kini adalah fungsi penjualan aplikasi dan games. Dalam Windows Phone 7 lebih dikenali sebagai Marketplace. Kat sini korang boleh download pelbagai aplikasi dan games dalam antara muka Metro UI yang sangat mengasyikkan.

 


Internet Explorer

Fungsi Internet Explorer antara top features dalam Windows Phone 7 ni. Korang tau, Internet Explorer dalam phone ni sangat laju jika dicompare dengan browser dalam Android ataupun Safari dalam iOS. Loading speed ni dia betul-betul macam browser kat PC. Pengalaman Arib menggunakan browser Android pun tak selaju macam ni. Puas hati. Content yang diload dalam IE Windows Phone 7 sangat teliti sampai tak perlu untuk zoom untuk baca kandungan. Semua telah dioptimized kan untuk skrin Windows Phone. Terbaik!

 


Kamera 5 Megapiksel dengan Auto Fokus + LED Flash

Nokia Lumia 710 didatangkan dengan kamera 5 megapiksel dengan auto focus. Kalau korang nak tahu, fungsi auto fokus merupakan syarat utama dalam sesebuah Windows Phone. So pihak Nokia tak leh nak guna kamera EDoF atau bahasa kasarnya kamera Full Focus sepertimana yang diorang letakkan pada kebanyakan smartphone Symbian yang latest. Bagi Arib, fungsi auto focus mesti kena ada sebab senang nak capture kandungan bacaan atau tangkap gambar gadget dengan jarak yang dekat. Kamera Nokia Lumia 710 juga hadir dengan LED Flash untuk memudahkan korang menangkap gambar pada waktu malam.

 


Sambungan pantas – WiFi 802.11b/g/n dan HSDPA

Fungsi yang memang tidak asing lagi dalam smartphone sekarang adalah fungsi WiFi dan juga sambungan internet HSDPA. Kemudahan WiFi ni sangat membantu bagi mereka yang tak suka subscribe internet bulan-bulan, hehe.


Office Mobile

Fungsi yang menjadi titik jualan Windows Phone 7 adalah fungsi Microsoft Office Mobile. Melalui fungsi ni, korang boleh mengurus dan membuat editing file Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel, dan One Note korang dengan mudah tanpa perlu menggunakan PC. Serius best sebab bila bukak slide PowerPoint, dia akan tunjuk transition sama seperti PC. Arib pernah guna pelbagai jenis aplikasi Office untuk smartphone dan ternyata Microsoft Office Mobile paling terbaik. Apa yang Arib suka, kesemua file tak perlu di copy paste dari PC ke phone sebab semua diuruskan melalui SkyDrive. Memang mudah, korang just save file Microsoft Office ke SkyDrive dan boleh terus akses file tersebut dalam phone ni.

 


Fungsi E-Mail Yang Superb!

Perkara yang paling penting bagi sesebuah phone masa ni adalah fungsi e-mail. Apa yang boleh Arib kata, fungsi e-mail dalam Windows Phone 7 paling superb! Nak organise e-mail dalam ni, mak aihh, senang sangat. Tak macam kat PC yang agak leceh sikit -.-

 


Zune – Music + Video Hub

Aplikasi media yang menjadi sebutan dalam Windows Phone 7 ialah aplikasi Zune. Kat dalam ni korang boleh play lagu atau video yang telah disync daripada PC korang. Antara muka Zune yang simple sangat menarik dan tak serabut jika dibandingkan dengan aplikasi media player pada smarthphone yang lain.


Xbox Live

Hah, perkara yang membuatkan Arib teruja sangat dengan Windows Phone 7 ni ialah aplikasi Xbox Live. Hah, kalau Nokia dahulunya gah dengan permainan N-Gage nya, kali ni Windows Phone 7 tampil dengan aplikasi Xbox Live yang memainkan peranan sebagai hub untuk permainan grafik berkualiti tinggi. Kalau korang tengok grafik dia, fuhhh, memang cun! Kat sini korang boleh tengok point korang, inbox, dan spotlight game terbaru.

 

 

 


Aplikasi Windows Phone 7 Kemas dan Menarik

Arib suka sangat dengan design dan interface app kat dalam Windows Phone 7 ni. Simple jea. Tak serabut. Apa yang best kesemuanya menggunakan design panoramic, so tak perlu korang tekan itu tekan ini tapi just seret jari korang dari kiri ke kanan. Interface, fuhh, tak payah cakap sebab dah memang cantik dengan design typography Metro UI yang sangat awesome!

Facebook – Design app Facebook baru paling win! Suka dengan idea rekaan header app Facebook ni. Aplikasi ni gunakan tagged photos untuk dijadikan design kat header sebaris dengan notification area. Memang menarik!

 


Twitter – Twitter app pun best jugak dalam versi Windows Phone 7 ni. Design pun kemas dan minimalist. Apa yang best, tak payah tekan pun nak tengok mention apa semua sebab semua just heret jari ke sana ke mari. Apa yang kurang cuma tak boleh tengok interaction jea, huhu.

 


Foursquare – Wowowowo, Arib rasa app Foursquare paling terbaik adalah versi Windows Phone 7. Serius lawa design dia. Tempat yang berhampiran dengan kita dipaparkan dalam bentuk Metro UI berserta background app foursquare yang sangat kemas dan menarik.

 


KL Traffic – Untuk aplikasi tempatan, Arib memilih aplikasi KL Traffic untuk dimasukkan dalam review ni. App ni simple jea tapi boleh tahu kelancaran trafik di sekitar Lembah Klang. So senang lah nak tinjau jalan mana yang jammed sebelum memulakan perjalanan korang.

 


On-Screen Keyboard

Kalau guna phone touchscreen ni memang agak leceh sikit nak type apa semua. So mobile operating system berlumba-lumba nak reka on screen keyboard yang mesra pengguna supaya dapat digunakan dengan mudah dan pantas. Untuk Windows Phone 7, yeap, Arib sukakan rekaan keyboard yang ada dalam mobile OS ni. Design kedudukan huruf pun kemas dan standard. Cuma satu jea kelemahan yang Arib dapat lihat, tiada sebarang option untuk turn on vibrate apabila keyboard ditekan.

 


Fungsi Asas

Fungsi asas seperti fungsi telefon, kalendar, penggera dan kalkulator juga tersedia di dalam. Bagi yang gemar mendengar radio, jangan risau kerana Nokia Lumia 710 turut didatangkan dengan radio FM. Hehe, kalau dah bosan dengan muzik kat dalam phone, boleh lah layan radio, hee. Dan tidak dilupa juga, aplikasi Bing Search memudahkan korang untuk search maklumat yang korang nak cari. Best taw aplikasi Bing Search ni, background kat aplikasi ni semuanya cantik-cantik belaka, yeah!

 

 

 


Benda utama yang suka dengan smartphone jenama Nokia adalah fungsi Nokia Maps. Cuba lah cari mana nak dapat aplikasi Maps Navigation yang terbaik dekat dunia ni. Peranti GPS yang letak kat dalam kereta tu pun belum tentu dapat kalahkan Nokia Maps.

Apa yang membuatkan Nokia Maps tiada tandingan dengan aplikasi Maps dan GPS yang lain adalah kerana Nokia Maps dibekalkan dengan navigasi bersuara turn-by-turn secara percuma selamanya! Korang tau, kalau korang guna software kat phone lain kesemuanya kena bayar untuk guna fungsi navigasi bersuara. Selain tuu, Nokia Maps mempunyai navigasi bersuara Bahasa Melayu paling jelas dan sedap didengar. Compare lah dengan Garmin ke, PAPAGO ke memang tak leh challenge, hehe.
Dan ya, Nokia Lumia 710 juga dibekalkan dengan aplikasi Nokia Maps yang dioptimakan untuk Windows Phone 7 😉

 


Selain itu, khusus untuk Windows Phone jenama Nokia sahaja, pihak Nokia juga meletakkan sokongan Nokia Collection dalam Marketplace untuk aplikasi khas pilihan Nokia.


Salah satu aplikasi yang menarik perhatian Arib dalam Nokia Collection ialah aplikasi Creative Studio.


Fungsi ni membolehkan korang menambah kesan khas, crop, edit, dan sebagainya untuk mencantikkan lagi gambar korang tu. Memang mudah sebab semua dijalankan dalam antara muka Metro yang sangat ringkas.

 

Dah memang menjadi adat, setiap benda pasti ada kebaikan dan kelemahan masing-masing, hehe.

 

  • Skrin sentuh ClearBack LCD capative 3.7″ dengan paparan 16 juta warna dan resolusi WVGA (480 x 800 piksel)
  • Kaca skrin tahan calar Gorilla Glass
  • 1.4 GHz Qualcomm MSM8255 CPU, 512MB RAM
  • Sistem operasi Windows Phone 7.5 Mango
  • Sambungan 3G dengan HSDPA (14.4 Mbps) dan HSUPA (5.7Mbps)
  • 5 megapiksel (autofokus, LED flash)
  • Rakaman video HD, 720p @ 30fps
  • Memori dalaman 8GB
  • 3.5mm audio jack
  • Port microUSB untuk penghantaran data dan charging
  • Menyokong active noice cancellation
  • Sambungan pantas Wi-Fi b/g/n
  • Bluetooth 2.1 dengan A2DP
  • Accelerometer untuk auto rotation skrin dan proximity sensor
  • Didatangkan dengan aplikasi dokumen pejabat, Microsoft Office Mobile
  • Pengintegrasian Facebook dan servis online
  • Penerima A-GPS terbina di dalam
  • Stereo FM Radio dengan RDS
  • Hadir dengan Nokia Maps yang eksklusif untuk Windows Phone 7

  • Tiada peningkatan memori, bermakna memori tetap 8GB
  • Tiada sokongan USB mass storage
  • Tiada USB On-The-Go
  • Tiada TV-Out
  • Slot microSIM (tunggu dah banyak phone baru support okay sikit kowt)
  • Tiada panggilan video
  • Nak masuk lagu dan video semua bergantung kat Zune =__=

Setelah melihat sendiri keistimewaan dan juga kekurangan yang dimiliki oleh Nokia Lumia 710, Arib merasakaan bahawa harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan fungsi yang ditawarkan. Smartphone dengan processor 1.4GHz pada harga bawah RM1000 ini ternyata sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia sangat pantas dan tidak pernah lagi Arib mengalami masalah lagging dalam phone ni.


Kemampuan dan spesifikasi yang ditawarkan pada Nokia Lumia 710 dilihat mampu menyaingi pesaing terdekat, Samsung Galaxy W yang juga membawa processor 1.4GHz, kamera 5 megapiksel dengan rakaman HD pada harga bawah RM1000. Perbezaan ketara antara kedua-dua smartphone ini ialah dari segi sistem operasi dan peningkatan memori luaran. Samsung Galaxy W didatangkan dengan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread manakalah Nokia Lumia 710 didatangkan Windows Phone 7.5 yang lebih pantas daripada pesaingnya. Aduan seperti lembab, slow, dan juga hanging tidak akan kedengaran jika korang menggunakan smartphone Nokia Lumia 710 ini. Kesemuanya diatasi dengan kehadiran Windows Phone 7.5 Mango sebagai sistem operasi Nokia Lumia 710.

Nokia Lumia 710 boleh diperolehi secara eksklusif di Nokia Store seluruh Malaysia pada harga rasmi RM999. Bagi yang gemar membeli set AP, Nokia Lumia 710 boleh didapati dengan kadar harga serendah RM839.

Nokia Lumia 710 warna Putih + Biru! *melting*

Sekian sahaja untuk paparan close up pada kali ni. Hah, kalau korang ada sebarang komen atau pertanyaan mengenai Windows Phone 7, share lah comment kat bawah ni yerk, hehe. Okaylah, setakat itu sahaja. Terima kasih kerana membaca! Wassalam ;D

Editor: Serius, kalau ada duit sekarang ni memang nak beli jea satu Nokia Lumia 710 ni. Serius puas hati walaupun 5 hari jea menggunakan set review ni. Recommend sangat untuk korang!

Ulasan: Nokia C6-01 Dengan Nokia Belle

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Seminggu yang lepas, pada 8 Februari 2012, Arib telah membeli satu handphone Nokia yang hadir dengan update ke Nokia Belle. Biasa dengar perkataan Symbian? Hahh, Nokia Belle ni merupakan sistem operasi Symbian yang baru selepas Symbian^3 dan Symbian Anna. Setelah seminggu Arib menggunakannya, memang sangat awesome! Siapa kata Nokia jauh ketinggalan ke belakang? Ikuti kisah selanjutnya dengan menekan ‘read more’ !


Last week, Arib datang ke Pertama Complex untuk trade-in Nokia N82. Faktor cepat kenapa Arib nak sangat trade-in Nokia N82 adalah sebab update Nokia Belle telah pun keluar pada 7 Februari 2012. Lepas dapat gaji masa 8 Februari tuu, Arib gunakan sedikit hasil daripada kerja di All IT, Low Yat untuk trade-in Nokia N82 kepada handphone Nokia yang support update ke Nokia Belle. Dah memang minat Arib untuk mengkaji sesuatu yang baru, Arib pun trade-in lah Nokia N82 kepada Nokia C6-01, salah satu device yang support update ke Nokia Belle.


Berbalik kepada ulasan ni, kenapa Nokia C6-01? Hehe, sebenarnya Arib kecikkan budget untuk trade-in handphone ni. Sayang pulak nak gunakan duit banyak-banyak untuk beli handphone. So pilihan terbaik, Arib trade-in Nokia N82 kepada Nokia C6-01 yang menawarkan banyak fungsi best pada harga yang sangat berpatutan. Pada saat artikel ni ditulis, harga pasaran Nokia C6-01 second hand ialah RM450. So tambah duit sikit jea lah sebab trade-in dengan Nokia N82, hehe.

Malas nak berceloteh panjang, jom kita lihat apa yang menarik tentang Nokia C6-01 ni, weeeee~

Sistem Operasi Nokia Belle [a.k.a Symbian Belle]

Seperti apa yang Arib cakap kat atas ni, perkara utama kenapa Arib nak sangat handphone Nokia C6-01 ni sebab boleh support upgrade ke Nokia Belle OS. *juga dikenali sebagai Symbian Belle. Korang tau, Nokia Belle ni memang lain sangat-sangat interface dia jika dibandingkan dengan sistem operasi Symbian yang terdahulu.

Home screen Nokia Belle kini support sehingga 6 home screen. Maknanya korang boleh letak pelbagai widget pada home screen mengikut citarasa korang. Apa yang best, korang boleh set wallpaper yang berbeza pada setiap home screen.
Selain tu, widget-widget pada Nokia Belle kini boleh dialihkan ke mana-mana tempat tanpa ada sebarang sekatan pada home screen. Jika dibandingkan dengan Symbian^3 dan Symbian Anna, icon terhad pada bar icon sahaja. Selain tuu, pilihan widget juga semakin bertambah dengan pelbagai variasi widget yang disediakan. Korang boleh letak widget jam, social bar, calendar, dan banyak lagi widget yang cantik-cantik untuk dihiaskan pada home screen.


Fungsi Notification Bar juga antara menjadi top features pada Nokia Belle ni. Fungsi ni telah mula diperkenalkan sejak zaman pembangunan Symbian UIQ 4 iaitu suatu era sebelum wujudnya Android. Korang hanya perlu seretkan jari dari atas skrin sehingga ke bawah untuk melihat message baru masuk, missed call, on off bluetooth, dan pelbagai lagi.


Interface menu juga kini dipertingkatkan dengan sokongan background yang mengikut wallpaper semasa pada home screen. Fungsi kinetik scrolling pun ada dekat menu ni. Memang smooth jika dibandingkan dengan interface menu Symbian Anna yang sedikit slow.


Skrin AMOLED 3.2-inci dengan teknologi ClearBack Display dan kaca Gorilla Glass

Kalau korang biasa dengar, skrin AMOLED ni kebanyakannya digunapakai pada skrin Samsung Galaxy. Skrin AMOLED ni memang best. Terang dan nyata. Serius sharp gambar dia lebih-lebih lagi kalau tengok movie. Selain tuu, skrin ni hadir dengan teknologi ClearBack Display. Teknologi ni membolehkan korang tengok skrin handphone ni di bawah sinaran matahari. Memang bagus untuk Arib sebab selalu gunakan handphone ketika berjalan-jalan di luar. Satu lagi yang menarik tentang skrin Nokia C6-01, skrin Nokia C6-01 ni diperbuat dengan kaca Gorilla Glass yang sangat awesome! Arib pernah tengok live demo Nokia N9 dengan kaca Gorilla Glass ni. Diorang baling phone tinggi-tinggi, at the end skrin still okay, takde kesan calar pun kat skrin. Tak macam iPhone kalau terjatuh habis skrin retak seribu berderai hatiku, wuuuu~


Patah Seribu hatiku , bila mengenangkan , iPhone 4 , wuuuuu~
Kamera 8-Megapiksel Full Focus dengan Dual LED Flash

Faktor lain sebab kenapa Arib memilih Nokia C6-01 adalah sebab kamera handphone ni. C6-01 dilengkapi dengan kamera 8-Megapiksel Full Focus. Teknologi full focus ni membolehkan gambar yang mempunyai piksel yang tinggi ditangkap dalam masa beberapa saat sahaja. Selain tuu, kamera 8-megapiksel Nokia C6-01 juga dilengkapi dengan Dual LED Flash yang sangat sesuai untuk pengambaran pada waktu malam. Kat bawah ni antara sample picture yang sempat Arib ambil. *sorry la, dua keping jea -.-“


Menara Berkembar Petronasssssssss ~


Bukit Bintang, Kuala Lumpur. *muak dah jalan-jalan kat sini -.-

Rakaman Video HD 720p sehingga 30 fps – Rakaman Se-Smooth DSLR

Kamera 8-Megapiksel kalau takde rakaman video HD mesti agak pelik kan? Yup, Nokia C6-01 menawarkan fungsi HD recording bagi korang yang suka rakam video. Apa yang menarik, kehadiran Nokia Belle dalam Nokia C6-01 ni membolehkan rakaman video HD dirakam sehingga 30 frame per second (fps) ! So kualiti yang ditawarkan memang cantik dan se-smooth rakaman menggunakan DSLR. *nak tengok sample video, boleh search Youtube: C6-01 sample HD video 30 fps . Nak upload besar sangat. Internet slow -.-

GPS dengan Nokia Maps


Perkara yang Arib suka dengan handphone Nokia yang menggunakan Symbian ni ialah Nokia Maps. Sehingga post ni ditulis, tiada software GPS yang dapat mengalahkan kehandalan Nokia Maps ni. Korang tau, Nokia Maps ni lah satu-satunya software maps dan GPS yang menawarkan fungsi voice turn-to-turn PERCUMA SELAMANYA! Itu sebab kenapa Arib tak boleh lepas dengan Nokia. Mana nak dapat software GPS percuma? Android memang tak jumpa punya. Google Maps yang free tuu pun kena bayar kalau nak guna servis voice-turn.


Setakat ni, peta dalam Nokia Maps lah antara yang terlengkap pernah Arib jumpa. Cuba korang compare dengan PAPAGO, Garmin, dan Sygic. Memang peta dia tak selengkap macam Nokia Maps. Apa yang mengagumkan, fungsi voice turn-to-turn Nokia Maps sangat mesra dan mudah digunakan. “Selepas 1 kilometer, belok sedikit ke kiri dan ikut lebuhraya~” Macam tulah contoh arahan Nokia Maps dalam Bahasa Melayu, serius sangat kagum! Family Arib memang suka sangat dengan Nokia Maps. Kalau pergi travel jea, wajib guna benda ni. Tak payah nak membazir beli GPS mahal-mahal sebab Nokia dah ada fungsi GPS yang lebih baik daripada GPS kat pasaran tuu!


USB On-The-Go

Hahh, Arib pasti, fungsi ni mesti akan membuka mata korang. Korang pernah terfikir tak, ada ke dalam dunia ni handphone yang boleh cucuk pendrive? Ya, memang ada! Fungsi ni mula popular sejak Nokia memperkenalkan fungsi ni melalui Nokia N8. Memang sebijik fungsi macam komputer. Just cucuk jea pendrive ke cable USB On-The-Go dan korang boleh bukak isi kandungan dalam pendrive tuu.



Memang mudah bagi korang yang suka transfer barang or bukak document dari pendrive. Apa yang menarik lagi, korang jugak boleh gunakan fungsi ni untuk cucuk wireless keyboard dan mouse, fuhhh!


Bluetooth 3.0

Akhir-akhir ni, banyak handphone dan notebook dah mula ada fungsi Bluetooth 3.0 ni. Korang tau, Bluetooth 3.0 membolehkan penghantaran data sehingga 24 Mbit per saat! Serius sangat laju jika dibandingkan dengan Bluetooth 2.1 yang ada pada Samsung Galaxy Ace, hehe.


Sambungan Wi-Fi 802.11 b/g/n

Smartphone zaman sekarang ni memang tak sah kalau tak ada fungsi WiFi. Yelakan, kalau takde kredit jea, still boleh main internet dengan connect ke WiFi hotspot yang berhampiran. Apa yang best dengan WiFi handphone ni, teknologi WiFi Nokia C6-01 dilengkapi dengan kepantasan Wireless-N. Maknanya, penghantaran data menggunakan Wireless-N lebih laju daripada Wi-Fi 802.11 b/g seperti yang terdapat pada HTC Desire.


Sambungan 3.5G HSDPA 10.2 Mbps dengan fungsi Video Call

Satu masalah dengan kebanyakan handphone Android ni ada kamera depan tapi tak boleh buat Video Call over 3G network. Apa yang boleh digunakan adalah ketika skype or YM jea. Memang tak best sebab nak buat Video Call over 3G ke 3G memang tak boleh. Tu sebab Arib kena beli satu handphone Nokia yang ada 3G dengan kamera depan. Senang nak Video Call dengan family kalau Arib pergi vocation atau jalan jauh, hehehe.

DivX/Xvid Video Playback – Play format .mkv tanpa masalah!

Korang minat tengok movie? Hahh, dengan adanya Nokia Belle dalam handphone ni, korang tak perlu install sebarang software pun nak play format .mkv ni. Malah, korang tak perlu convert dari format .mkv ke mana-mana format! Serius best, just copy movie yang di download dari internet dan paste kan ke dalam memory card. Taraaa! Boleh play movie tersebut tanpa sebarang masalah! Terbaik ouhhhhh!


Music Player dengan Cover Flow

Hahh, korang pernah tengok music player dalam iPod/iPhone/iPad tuu? Kalau pernah, korang mesti perasan satu features ni yang bila korang rotate iPod/iPhone/iPad tuu, korang akan dapati album-album lagu dalam music player tu akan bertukar menjadi Cover Flow. Dan ya, sejak dari Symbian^3 lagi, fungsi Cover Flow ni telah diimplementasikan ke dalam music player. Serius sangat smooth dan cantik. Just pilih album mana yang nak didengar lepastuu pilih lagu yang kita nak play dalam album tuu. Terbaik!




Visual Multitasking

Benda yang paling best dekat Symbian ni ialah fungsi multitasking dia. Melalui pengalaman Arib, multitasking Symbian lah antara yang paling sanggih jika dibandingkan dengan multitasking pada Android, iOS, BB OS, dan juga Windows Phone 7. Kenapa? Sebab multitasking pada Symbian ialah true-multitasking. Tak pseudo-multitasking (fake) macam platform yang Arib cakap kat atas ni. Korang perasan tak kalau korang yang guna Android, korang tengah main game lepas tuu pergi menu kejap. Tiba-tiba korang pergi balik game tuu dia reset jadi mula balik. Benda ni memang selalu Arib alami kalau Arib guna X10 mini. Tengah-tengah best browsing guna Opera Mini, tukar application kejap, lepas tu pergi Opera Mini balik, dia loading semula jadi awal balik, FUHHHHHH! Serius tension!


Setakat ni, Symbian dengan Meego (OS pada Nokia N9) jea antara yang mempunyai true-multitasking. Fungsi true-multitasking ni memang banyak membantu sebab boleh buat pelbagai tugasan dalam satu-satu masa. Apa yang menarik, fungsi ni memang sebijik digunakan pada komputer sebab komputer pun guna true-multitasking. Sejak dari Symbian^3, multitasking telah pun berubah menjadi Visual Multitasking seperti yang terdapat pada Windows 7. Memang best. Korang boleh tengok preview application yang tengah running tuu before menyelusuri masuk ke dalam app tuu, hoho.

Nokia Dictionary


Salah satu fungsi tambahan yang Arib suka pada handphone Nokia Symbian ni ialah fungsi Nokia Dictionary. Fungsi ni ternyata banyak membantu Arib ketika belajar, baca surat khabar omputeh, browsing internet sebab boleh terjemah perkataan yang Arib tak tau kepada Bahasa Melayu. Memang jimat sebab tak payah beli BESTA yang harga beratus-ratus tuu. Dalam Nokia Dictionary jugak, korang boleh translate dari pelbagai bahasa contohnya dari English –> Korea , Bahasa Melayu –> German , France –> Japan , dan pelbagai bahasa lagi. Korang jugak boleh dengar sendiri bagaimana sebutan tu disebut. Memang best!


TV-Out dengan Standard Definition (SD)
Satu lagi fungsi yang best dengan Nokia C6-01 ni ialah fungsi TV-Out. Fungsi ni korang boleh tayangkan dari skrin handphone ke skrin TV. Memang seronok sebab korang boleh main game dekat TV, tengok movie dekat TV, buat video call pun boleh dekat TV, hehe.




Konklusi

Hahh, bagi korang yang sedang berkira-kira nak tukar phone tuu, Arib sarankan korang beli handphone yang support Nokia Belle ni. Memang best.

Walaupun processor Nokia C6-01 iaitu handphone yang Arib tengah guna ni setakat 680 Mhz jea, Arib tak pernah lagi mengalami lag ataupun hang walaupun dah berpuluh-puluh application ada dalam handphone ni. Memang smooth jika nak dibandingkan dengan handphone X10 Mini Arib yang menggunakan Android, banyak kali dah hang dan application crash.

Dari segi multimedia, X10 Mini yang Arib gunakan juga sekarang ni agak ketinggalan ke belakang. *kesian -.- Ini kerana Nokia C6-01 hadir dengan kamera 8-megapiksel, rakaman video HD, menyokong TV-Out, dan apa yang paling penting, Nokia C6-01 ni support USB On-The-Go, mweehee. So agak berbaloi lagi beli handphone yang support Nokia Belle ni sebab tak banyak handphone Android yang support USB On-The-Go dan TV-Out.

Dari application pulak, hehe, jangan risau, korang boleh download application menerusi Nokia Store. Banyak software dan games yang best-best kat situ, just pilih jea mana yang berkenan, hohoho.


Antara application dan games dalam handphone Arib sekarang ni, hehehe.

So, amacam? Cair dengan fungsi handphone kat atas ni? Hee, bagi korang yang berminat jugak, korang boleh dapatkan salah satu model handphone Nokia yang support Nokia Belle seperti yang tertera di bawah:



Senarai harga handphone korang boleh rujuk kat artikel ni: http://arib2020.blogspot.com/2011/12/senarai-harga-terkini-telefon-bimbit-di.html

Bagi korang yang mempunyai salah satu handphone di atas, sudahkah korang update ke Nokia Belle? Bagi yang dah, selamat menikmati hari-hari yang indah bersama Belle. Bagi yang belum, hehe, korang boleh rujuk poster di bawah ni:


Hehe, sekian sahaja untuk kali ni. Ada apa-apa masalah, boleh tanya Arib melalui Twitter: @arib2020. Facebook jarang online, so tanya kat Twitter erk, heee. Okay, terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (:


Nokia N82 in memories , wuuuuuu 🙁

Nota Arib: Bye bye Nokia N82! Serius sayang nak tinggalkan. Handphone second hand paling lama yang pernah Arib guna guna. Setahun setengah ada bersama dari Oktober 2010 – Februari 2012 :’)

Ulasan: BlackBerry Curve 8300 – Kisah BlackBerry RM150

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Seminggu yang lepas, Arib telah membeli satu BlackBerry dengan harga RM150. Klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Hehe, al-kisahnya pada 29 Januari bersamaan hari Ahad yang lepas, pagi tu Arib pergi ke Pasar Karat Kuala Lumpur. Korang yang selalu baca blog ni, mesti tau tempat tuu. Pagi tuu memang dah rancang nak cari BlackBerry murah kat sini dalam budget RM250. Duit ni pun hasil daripada kerja repair PC tempoh hari, jadi nak cari jugak satu handphone yang guna full duit sendiri, hehe. So pagi tuu pusing dua tiga kali jugaklah operasi mencari BlackBerry.

Masa dah nak dekat balik tuu, Arib jalan lah satu pusingan lagi kat pasar karat tuu kot kot ada terjumpa BlackBerry yang murah. Then, masa nak balik tuu, terjumpa satu BlackBerry lama ni. Apa lagi, tanyalah penjual tuu harga dia berapa. Tup tup, dia cakap RM160, woahhh! Masa tuu, Arib belek-belek function BB ni, test itu, test ini. Dah berpuas hati, mintak tawar jadi RM150 dan akhirnya, BlackBerry Curve 8300 menjadi milikku, ohoi!


Btw, kenapa Arib nak sangat cari BlackBerry ni adalah sebab nak guna Facebook dan Twitter dengan harga yang murah. Tak larat la nak bayar RM18 seminggu untuk prepaid broadband dalam phone Android ni. Sebulan dah RM72. Guna pun setakat nak on Facebook dan Twitter.

Sebelum ni, Arib pernah guna Twitter SMS yang bayar RM1 seminggu tu. Tapi tulah, fungsi yang ditawarkan pun sangatlah terhad. Tak boleh nak tengok Interaction. Nak tweetphoto kena bayaran lain. Just boleh tweet text dan follow jea. Masalah lain, Twitter SMS ni dihantar dalam bentuk message. Memang selalu tension jugak la sebab inbox full dgn text dari Twitter ni. So kena cari jugak alternatif lain.

Apa Yang Best

Hahhh, benda utama yang Arib suka sangat kat BlackBerry ni ialah pelan BlackBerry Internet Service atau lebih dikenali sebagai BIS. Korang tau, dengan hanya RM20 sebulan, korang boleh Facebook, Twitter, YM sepuas-puasnya!

Facebook


Twitter


Yahoo! Messenger


Btw, Arib sangat berpuas hati dengan ketahanan bateri BlackBerry Curve 8300 ni. Semalam Arib guna banyak lah jugak. Tangkap gambar itu ini, tweet2 kat Twitter, comment2 kat Facebook, bateri baru sampai setengah. Tak macam Android yang dah low battery tak sampai sehari guna, hoho. *Android ni sedut resource macam dracula pulak, cepat jea low battery, ciss -.-

Apa yang best tentang BlackBerry ni, Arib suka sangat dengan fungsi message ni. Dia integrate semua tak kira message dari Facebook, Twitter atau SMS dalam satu. Memang mudah. Senang nak tau message baru masuk. Tak payah nak bukak application Facebook & Twitter satu satu, heheh.


Fungsi App World pun sangat menarik bila Arib guna BlackBerry ni. Korang boleh download banyak app yang best best dengan hanya satu application. Apa yang Arib suka, fungsi yang ditawarkan sangat user-friendly. Tak susah pun guna. Same like Apple App Store, Android Market & Nokia Store, just daftar kali pertama dan boleh guna selepas tuu. Interface pun cantik walaupun App World version lama.



Kalau guna BlackBerry, memang tak sah kalau tak guna BlackBerry Messenger. Dengan BBM ni, korang boleh communicate antara BB ke BB. Apa yang diperlukan ialah dengan menaip BB PIN yang telah diberikan pada setiap handphone BlackBerry ni untuk add BB user lain dalam contact list kita. Best best!

Dari segi kamera pun okay jugak. Walaupun kamera 2 megapixel jea, kualiti dia boleh tahan. Viewfinder pun boleh fullscreen, senang nak capture pastu tweetpic, hehe.


Kat bawah ni antara sample picture dari BlackBerry Curve 8300, haha 😉


Gambar di sekitar KFC Bukit Bintang ketika waktu malam 🙂


Ahmad Zhariff a.k.a Baye menjamah McD di KL Sentral 😀


Kacau Mubarak kerja Cup-Bon kat Tropicana City Mall, HAHA xD

Apa Yang Tak Best

Perkara paling tak best tentang BlackBerry Curve 8300 ni adalah dengan outdated operating system BlackBerry ni. BlackBerry Curve 8300 hanya boleh mampu setakat BlackBerry OS 4.5 sahaja. Tak boleh nak upgrade jadi BB OS 5.0, 6.0 & so on. Dari segi UI pun, BB OS 4.5 memang sangat hodoh interface dia. Nasib baik BB OS 4.5 support theme. Maknanya, boleh lah menutup kehodohannya dengan memasang theme BB OS 5.0, hehe. Kat bawah ni antara screenshot dari BB Arib 🙂


Memandangkan BlackBerry Curve 8300 ni support sampai BlackBerry OS 4.5 jea, so application pun ada effect jugak. Macam app Facebook, BB ni boleh support app Facebook yang version 1.9 jea, version 2 dan ke atas tak boleh. Sama jugak macam Twitter. Tak dapat nak update version baru, huhu. Apapun, so far okaylah, asalkan dapat ber-Facebook dan Twitter, hehe.


Conclusion

Walaupun baru seminggu guna, Arib sangat berpuas hati dengan BlackBerry Curve 8300 ni. Berbaloi sangat beli RM150. Fungsi BlackBerry Internet Service (BIS) memang banyak menjimatkan Arib untuk ber-FB dan Twitter ni. Dari segi kegunaan lain pun best jugak sebab BlackBerry ada physical keyboard QWERTY. So senang sikit nak type message berbanding touch touch ni. Tak sia-sia beli murah, asalkan puas mengguna, teehee ;D

Update #1: Lepas ni kalau ada masalah PC kea, boleh contact Arib melalui BBM. Ni BB PIN Arib Ismail : 2510FC1B

Update #2: Untuk pelan BIS, Arib sekarang tengah guna Maxis BIS Bonus Monthly RM20. Akan datang maybe nak try Celcom punya BIS sebab support internet browsing. Tapi bayar RM25 sebulan, kena tambah RM5 lagi. Yang Maxis punya BIS RM20 ni tak support browsing, just untuk social network dan e-mail jea. Tapi best, Maxis laju kowt -,-

Hehe, okaylah. Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Weeheee, jimat perbelanjaan bulanan. Daripada RM72 terus jadi RM20 untuk internet. Best guna BlackBerry 🙂

Sony Ericsson Xperia X10 Mini Review: Sistem Operasi Android 2.1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Okeyhh, before this Arib dah cerita sikit dari segi sudut fizikal dan spefikasi Sony Ericsson Xperia X10 Mini. Hehe, comel sungguh! Tapi tak seperti tuannya. Yeap, saya tau saya tak comel, euww =,=” Dah dah, merepek pulak. Okay, kalini Arib nak review sikit dari segi sistem operasi dekat Xperia X10 Mini ni. Off course, Android mari, teehee. Hoho, klik ‘read more‘ untuk selanjutnya!


Sistem Operasi? Android? Menatang apa pulak tu? Hoho, dalam post sebelum ni, Arib pernah bagitau apa itu Sistem Operasi mahupun Android. Okay Arib ulang lagi. Android ni merupakan salah satu sistem operasi (OS) untuk peranti mudah alih seperti handphone dan komputer tablet. Sistem Operasi? Tak faham. Senang cerita macam ni lah. Komputer menggunakan sistem operasi Windows 7 dan handphone menggunakan sistem operasi Android. Symbian yang banyak digunakan dalam handphone Nokia, iOS yang digunakan pada iPhone, dan BlackBerry OS yang digunakan pada BlackBerry antara sistem operasi handphone selain daripada Android. Handphone yang ada Sistem Operasi ni lebih dikenali sebagai Smartphone atau dalam Bahasa Melayunya telefon pintar sebab kebolehan untuk memasukkan pelbagai jenis software. So kalau suka handphone yang berfungsi sama macam komputer, pilihlah smartphone 😉

Pada post kalini, Arib bukan nak membebel pasal sistem operasi tetapi features dan fungsi yang terdapat pada Android 2.1 Eclair ni. Yeap, Xperia X10 Mini menggunakan Android versi 2.1 Eclair selepas membuat software update. Pada awal pembelian, X10 Mini ni menggunakan Android 1.6. Memang banyak perkara yang Arib tak suka dengan Android 1.6. Contact tak detect selagi tak letak Region Code, tak boleh hantar file guna Bluetooth dan lain-lain lagi. So, Arib update X10 Mini ni ke Android 2.1 Eclair untuk melicinkan penggunaan handphone ni.

1. Homescreen

Satu perkara yang membuatkan Arib memilih handphone Android buatan Sony Ericsson ialah dari segi User Interface. Kalau tengok User Interface dekat mana-mana Sony Ericsson phone, semuanya cantik-cantik belaka. UI dekat homescreen Xperia X10 Mini boleh Arib katakan simple tapi berguna. 4 butang kat penjuru homescreen Xperia X10 Mini ni memudahkan user untuk access shortcut. Cuma apa yang Arib tak beberapa suka, aiyaa, satu widget jew boleh tambah kat satu-satu tertingkap homescreen? Maybe skrin kecil sangat kowt. Tambah banyak kang susah nak tekan, hoho. Selain tu, dengan Android 2.1 ni membolehkan user menggunakan Live Wallpaper sebagai wallpaper. Memang cool, lebih-lebih lagi jadikan Aquarium Live Wallpaper sebagai wallpaper, memang cair!


2. Contact – Diintegrasikan Bersama Facebook

Perkara yang paling Arib suka dengan Android 2.1 Eclair pada Xperia X10 Mini ni ialah fungsi pengintegrasian Facebook pada Contacts. Serius best, setiap contact ada gambar. Gambar-gambar yang ada pada contact semuanya diambil berdasarkan profile picture Facebook. Apa yang diperlukan ialah menggunakan display name Facebook pada contact. Nanti automatik handphone ni akan sync gambar diorang. Cool habis!


3. Penghantaran Data Melalui Bluetooth

Sebelum membuat upgrade ke Android 2.1 Eclair, nak hantar dan receive file menggunakan X10 Mini memang tak boleh, aiyoyo. Kena masuk software baru boleh send, huhu. So lepas upgrade ke Android 2.1 Eclair, yayy! Boleh send file guna Bluetooth! Selain Bluetooth, penghantaran gambar boleh dihantar terus ke Blogger, E-mail, Facebook, Twitter, dan pelbagai servis lagi. Memang mudah! ;D


4. Web Browser

Hurmm, ramai orang kata Web Browser pada Android ni lebih laju daripada iPhone. Yeah, memang laju! Apa yang paling best, Arib dapat rasakan pelayaran web dengan web browser ni sama macam Arib browsing guna Mozilla Firefox atau Chrome kat PC tu. Kelajuan dan load page memang terasa kelajuannya dan aktual macam browsing kat komputer. Cuma problem dalam Android 2.1 Eclair ni ialah kekurangan dari segi Adobe Flash mahupun Silverlight. So tak dapatlah nak ber’Farmville’ dalam ni, ouhh! =____=”


5. Android Market

Zaman sekarang ni, tak sah kalau takde application sebegini. Tak tau lah, start Apple melancarkan App Store, semua vendor berlumba-lumba nak buat app store jugak, hoho. Okay, kalau Nokia ada Ovi Store, Android ada Android Market. Hee, serius Arib suka dengan Android Market ni sebab banyak application dan games free. Memang best, Angry Birds pun free. Dalam iPhone memang tak dapat kowt Angry Birds free sebab dia tahu orang yang guna iPhone ni Orang Kaya-Kaya (OKK), huhuhu.

Okay, sekian sahaja untuk Review Sony Ericsson Xperia X10 Mini bahagian kedua ni. Next post Arib akan ceritakan pulak mengenai Hot Apps & Features menarik dalam X10 Mini. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

[Updated!] Baca Selanjutnya: Sony Ericsson Xperia X10 Mini Review: Expose 3 – Hot Apps & Features

Nota Arib: Dalam bab Multi-Tasking, antara Android dan Symbian, saya lebih sukakan Symbian, hohoho ;D

Sony Ericsson Xperia X10 Mini Review: Fizikal dan Spefikasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Okeyh, sudah tiba masanya Arib nak review handphone Arib sendiri ni, Sony Ericsson Xperia X10 Mini. Sebelum ni review handphone semuanya yang display jew. So memang susah nak uji lama-lama sesuatu handphone tu. Lebih-lebih lagi handphone selain Symbian, lagi lah Arib perlukan masa untuk uji sesuatu handphone tu. Alhamdulillah, seminggu yang lepas Arib telah pun memiliki satu handphone Android iaitu Xperia X10 Mini ni. So, nak tahu lebih lanjut? Klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Bersesuaian dengan penggunaan nama ‘mini’, Sony Ericsson Xperia X10 Mini menawarkan reka bentuk yang begitu kompak bagi sebuah smartphone. Namun begitu, keupayaan yang dimiliki oleh smartphone ini yang sememangnya pintar dengan kehadiran OS Android versi 1.6 yang boleh dipertingkatkan ke versi 2.1. Jika sebelum ini OS Android hanya memiliki oleh smartphone dengan paparan skrin berukuran 3 inci ke atas, X10 Mini telah memberikan satu kelainan pada kehebatan OS Android yang kini telah dikompakkan bagi disesuaikan dengan paparan skrin berukuran 2.55 inci.

Dalam paparan review Sony Ericsson Xperia X10 Mini ni, Arib bahagikan kepada beberapa bahagian untuk direview. Antaranya dari segi, fizikal, sistem operasi, aplikasi, fungsi menarik, dan lain-lain lagi. Pada paparan yang kali ni, Arib nak review dari segi fizikal dan spefikasi handphone ni dulu.

1. Skrin 2.55 inci TFT

Walaupun kerangka smartphone ni kelihatan begitu kompak, X10 Mini masih mampu menawarkan skrin sentuh penuh berukuran 2.55 inci. Kawalan skrin terasa lebih lancar dan responsif memandangkan X10 Mini menggunakan skrin berteknologi Capacitive. Fuhh, serius senang nak taip apa-apa kat skrin dengan teknologi skrin Capacitive ni. Sentuh sikit jew handphone bagi respon. Berbanding teknologi skrin Resitive yang digunakan pada Nokia 5800 XpressMusic, Nokia N97, dan lain-lain lagi, skrin Capacitive tidak memerlukan user untuk menekan dengan kuat pada skrin. Cuma kekurangan pada skrin Capacitive ni ialah hanya bertindak balas dengan kulit jew. Sebarang penggunaan Pen atau Stylus tidak berfungsi, ouh!




2. Lensa Utama & Speaker

Kat bahagian belakang X10 Mini ni dilengkapi dengan lensa kamera beresolusi 5 Megapiksel auto fokus berserta LED Flash. Kekurangan, huhh, takde penutup kamera. Risau jugak, takut bercalar jew. Untuk speaker, kedudukan speaker terletak berhampiran dengan lensa kamera. Hurmm, tak beberapa berkenan kowt kedudukan speaker ni. Kalau letak kat seluar memang tak dengar sangat sebab tertutup speaker =_____=


3. Butang Kawalan

Untuk butang kawalan, Sony Ericsson Xperia 10 Mini menampilkan tiga butang kawalan tipikal Android iaitu butang Pop-out Menu, Menu, dan Back. Hahh, button X10 Mini ni Arib rasa menarik. Nampak moden. Simple jew (:


Pada bahagian sisi X10 Mini menampilkan butang ‘Shutter’ untuk mod pengambaran dan butang pelarasan volume. Di bahagian bawah X10 Mini pula terletaknya lubang earphone 3.5 mm dan port USB untuk kegunaan cas dan penyambungan handphone ke komputer, hoho.


Pada bahagian atas X10 Mini terletaknya butang Off/Lock yang berfungsi untuk mengunci dan mematikan handphone. Memang senang, tekan jew handphone terus terkunci. Tak payah nak tekan button sampai dua kali atau seretkan button ke bawah, huhu.


4. Slot Sim & microSD

Bahagian panel belakang Xperia X10 Mini menempatkan slot MicroSD dan juga slot kad SIM. Bateri? Ouh, memang kekal dalam phone, tak boleh bawak keluar. Untuk slot MicroSD, hurmm, pun Arib kurang berkenan sikit. Prefer letak kat sisi handphone. Senang nak hot-swap memory card. Memang leceh jugak nak keluarkan memory card ni. Kena bukak casing baru boleh ambik -____-


Sebelum mengakhiri post ni, berikut Arib senaraikan spefikasi Sony Ericsson Xperia X10 Mini yang Arib gunakan sekarang ni.

OS: Android 2.1 Eclair (Selepas Software Update daripada Android 1.6)
CPU: Qualcomm MSM7227 600 MHz
Band: GSM 850/900/1800/1900 & UMTS 900/2100
Ukuran: 83 x 50 x 16 mm
Berat: 88 gram
Masa Berbual: (GSM) 4 jam / (3G) 3 jam 30 minit
Masa Menunggu: (GSM) 285 jam / (3G) 360 jam
Fungsi Lain: Skrin sentuh 2.55 inci TFT 16.7 juta warna resolusi 240×320 piksel, SMS/MMS/Email/IM, WAP 2.0/GPRS/EDGE/UMTS/HSDPA/WiFi, Kamera 5 Megapiksel, memori 128 MB, microSD (sehingga 16GB), 3.5mm audio jack, Radio FM (RDS), Timescape, TrackID, YouTube, Google Maps, Wisepilot, Facebook

Jadi, setakat itu sahaja review ringkas Arib mengenai Fizikal dan Spefikasi handphone ni. Pada post yang akan datang Arib akan ceritakan pulak mengenai sistem operasi Xperia X10 Mini ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

[Update!] Next: Sony Ericsson Xperia X10 Mini Review: Expose 2 – Sistem Operasi Android 2.1

Nota Arib: Best pulak guna handphone kecik-kecik ni. Senang nak simpan, hohoho~