ENTRI TERBARU

Category Archives: Buying Guide

Feed Subscription<

5 Tips Bijak Ketika Membeli Handphone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! Hehe, harini Arib rasa nak share sikit mengenai tips ketika nak beli handphone ni. Korang-korang yang maybe akan beli handphone baru dalam masa terdekat ni wajib korang baca. Kalau korang tak nak beli handphone pun wajib korang baca sebagai peringatan sebelum terkena, ehh? Hee, klik ‘read more‘ untuk selanjutnya!


Okay, maybe korang pernah beli handphone sendiri sebelum ni. Tapi korang tahu sebenarnya ramai antara pembeli handphone sekarang ni ‘kena tipu’ secara halus oleh tauke-tauke kedai yang tidak munasabah?

Mengikut pengalaman Arib yang suka berkunjung ke kedai handphone ni banyak sebenarnya Arib perhatikan terutamanya ketika seseorang nak beli phone baru. Ada saja tawaran daripada si jurujual yang seolah-olah memaksa pelanggan mereka untuk menerima tawaran mereka ini. Ada yang menyarankan untuk membeli memory card 2GB dengan harga RM30 yang kononnya murah. Sedangkan di Low Yat, memory card 8GB berharga RM20!

So dalam post ni Arib terpanggil untuk share mengenai tips yang perlu korang ingat ketika beli handphone.

1. Bijak tawar-menawar

Korang mesti nak handphone dengan harga yang murah kan? So apa salahnya korang buat survey dulu model handphone yang korang nak beli tuu dekat kedai lain. Survey jea banyak-banyak sampai jumpa kedai yang betul-betul murah.

Bila dah jumpa model handphone yang korang nak cari tuu dengan harga yang paling murah, korang cubalah mintak tawar kat jurujual tuu. Tawarlah serendah yang mungkin. Contoh kalau harga handphone tuu RM500, korang tawarlah jadi RM450 kea. Kalau dia tak bagi turun harga, korang cuba acah-acah tak nak beli atau cuba compare dengan kedai lain. Teknik ni paling penting untuk physco si jurujual ni. Selalunya jurujual ni akan cair dengan physco yang korang buat. Percayalah.

2. Jangan terima tawaran masukkan software jika dicaj

Benda ni banyak kali Arib perhatikan bila nak beli handphone ni. Korang janganlah tertipu dengan tawaran yang kata masuk software itu masuk software ini dapat murah. Korang tau tak, korang boleh masukkan software tuu sendiri okay!

Serius pandai jurujual handphone ni ‘pancing’ pelanggan mereka. Ada kea patut kata diorang akan siapkan sekali dengan jailbreak handphone Android (kalau korang beli phone Android) bila korang bayar ‘pakej’ yang diorang tawarkan. Kononnya korang boleh download software free dengan apps yang diorang masukkan tuu. Apakah?! Jailbreak pada Android?! Ini adalah satu penipuan terang-terangan! Mana ada istilah jailbreak dalam Android? Jailbreak untuk iPhone okay! So korang, hati-hati. Kalau dia rela nak masukkan takpe. Jangan sampai dicaj semata-mata nak masuk software yea. Korang nak kea bagi RM80 kat diorang tuu free-free?


Ini rahsia yang dikatakan boleh download apps free tuu. Korang boleh cari di 4shared.com

3. Jangan bayar lebih untuk beli memory card

Fuhhh, ini satu lagi ‘sindiket’ secara halus yang jurujual handphone buat kat pelanggan mereka. Seperti apa yang Arib cakap kat atas ni, memory card yang dijual dekat kedai handphone harga melampau-lampau habis! MicroSD 2GB RM30?! Itu okay lagi. Ada yang sampai memory card 4GB RM45 kata murah? Murah?! Okay, secara eksklusif kat blog ni, korang tengok lah sendiri harga pasaran memory card dekat Malaysia ni.


Hehe, tak perlu tunggu PC Fair pun dah boleh dapat murah πŸ˜‰

Kalau boleh, beli memory card dengan harga kat atas ni dekat Low Yat Plaza. Kalau korang tinggal jauh, Arib syorkan korang beli dekat hypermarket macam Carrefour atau Tesco sebab harga memory card diorang tak jauh sangat dengan harga pasaran. Satu lagi, kalau tempat korang ada PC Fair, korang pergilah PC Fair. Kalau malas nak tunggu, pergi hypermarket yang Arib cakap kat atas ni. Kalau yang duduk area KL, tak perlu tunggu PC Fair pun takpe sebab Low Yat Plaza dah memang tawarkan harga PC Fair malah jauh lebih murah daripada PC Fair yang ada 3 kali setahun tuu.

So korang jangan lah ‘ter’bayar lebih kepada si jurujual handphone ni. Rugi jea nanti.

4. Screen protector lebih RM10 say bye bye

Okay, Arib kalau beli handphone, Arib tak kan terima tawaran nak pasang screen protector ni. Sebab pasang kat kedai jual handphone confirm-confirm harga dia lebih RM10 malah ada yang lebih mahal dari tuu bergantung jenis screen protector yang korang nak pakai. Ada screen protector kalis cap jari, ada yang screen protector privacy.

So apa yang Arib sarankan, kalau korang nak pasang, better pergi pasar malam sebab screen protector kat situ harga dalam RM5 sahaja siap pasang. Kat pasar malam lebih murah sebab diorang tak perlu bayar sewa kedai mahal. So kalau korang nak cari aksesori handphone macam cover case kea apa, better beli kat pasar malam jea. Jauh lebih murah. Korang pun dapat save budget korang.

5. Pastikan No. IMEI di handphone dan kotak pakej adalah sama (jika beli baru)

Hehe, yang ni untuk korang yang nak beli handphone baru. Kalau beli handphone second hand tak perlu ikut ehh. Takde kotak pun, huhu. Okay, benda ni simple jea. Korang tengok no. IMEI dekat handphone baru korang tuu pastu compare kan dengan kotak handphone tuu. Pastikan sama. Nanti senang nak claim waranty.

 


Yayy! No. IMEI kat kotak dengan kat handphone sama! *wink wink*

Macam mana nak tengok no. IMEI dekat phone? Dail *#06#. Nanti secara automatik handphone akan paparkan no. IMEI. Kalau susah sangat, korang boleh rujuk no. IMEI dibelakang battery handphone.

Konklusi

So Arib harap sangat korang cuba ingat tips-tips ni before beli handphone tuu. Kalau ada kawan-kawan mintak temankan beli phone pun kalau boleh ingatkan tentang tips-tips ni. Jadilah pembeli yang bijak supaya korang tak tertipu dengan ‘tipu muslihat’ jurujual handphone ni.

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Kalau saya beli phone, saya akan tawar setawar-tawarnya harga phone tuu before beli. Pastu saya akan ignore segala tawaran yang jurujual tawarkan kat saya contoh macam protector, aksesori apa semua. Saya just nak beli phone jea. Dengan cara tuu lah baru rasa puas beli dan guna phone tuu, hehe.

Panduan Membeli Notebook Untuk Pelajar Universiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Ahha, dalam masa terdekat ni, ramai pelajar lepasan SPM yang dah nak masuk universiti dan kolej. So dalam kesempatan ini Arib nak share beberapa panduan untuk membeli notebook sebagai persediaan korang di IPT nanti! Tanpa melengahkan masa lagi, klik β€˜read more’ untuk selanjutnya!

*Entri asal di arib2020.blogspot.com. Diterbitkan semula di aribismail.com. Untuk lihat entri asal dan komen, [KLIK SINI]

Hai hai hai! Apa khabar korang semua? Hehe. First sekali sorry sangat-sangat sebab dah jarang update blog ni. Kehidupan bulan Mei Arib agak sibuk sedikit dengan exam mid-term dan assignment yang kedua. Walau bagaimanapun, Arib sempat menulis post ni atas permintaan ramai untuk menghuraikan notebook mana yang terbaik untuk dibeli. Musim-musim nak masuk ke IPT ni kebanyakan pelajar akan membeli sebuah notebook personal sebagai kemudahan dalam melaksanakan tugasan di IPT. So dalam masa yang terdekat, nak kena cari jugak satu notebook sebelum masuk universiti atau kolej nanti.

Huhu, agak sukar sebenarnya nak recommend notebook dengan cara menulis post kat blog. Sebabnya, notebook tak seperti handphone. Kalau handphone, kita boleh recommend mengikut jenis model handphone tuu. Contoh kalau budget bawah RM500 dan nak guna untuk bergambar, kita boleh suggest model Xperia bla bla something macam tuu. Kalau notebook? Nak recommend mengikut model memang agak payah kerana model notebook selalunya hadir dengan spesifikasi dan nombor model yang berbeza. Jadi, nak recommend notebook ni selalunya perlu dilihat berdasarkan spesifikasi notebook itu sendiri.

Okay, first thing bila orang tanya Arib, β€œnotebook apa yang patut dibeli?”, Arib akan tanya balik kat orang tuu, β€œbudget berapa?” dan β€œguna notebook tuu selalu untuk apa?”. Dalam situasi ni, Arib cuba untuk arrange budget korang dengan kegunaan korang dengan notebook tuu. Bukannya apa, mungkin ada di antara korang guna notebook just nak buat kerja assignment dan internet browsing jea tapi beli notebook untuk gaming yang harga lebih 2k-3k tuu, tak kea rasa membazir? So jenis spesifikasi notebook yang korang bakal cari biarlah padan dengan kegunaan korang tu.

Peringatan: Sebelum Arib meneruskan penerangan mengenai jenis notebook yang bagus untuk korang beli, first thing Arib nak ingatkan, semua jenama notebook adalah bagus yea. So Arib takkan recommend mengikut jenama macam HP lagi bagus kea, Dell okay sikit kea, sebab semua pengeluar notebook nak kan yang terbaik untuk notebook mereka. Jadi korang sila buang mentaliti jenama itu cepat rosak lah, cepat panas lah, cepat hang lah sebab notebook tu jadi macam tu adalah disebabkan penggunaan korang sendiri.

Dalam post ni, Arib cuba recommend dengan penerangan yang mudah dan basic mengikut processor dengan harga yang notebook yang paling murah untuk pelajar mengikut jenis kegunaan. Arib akan cuba kurangkan istilah yang advance yang sering digunakan oleh golongan IT geek untuk mengelakkan sebarang kekeliruan buat korang semua.

Peringatan: Sebelum Arib menghuraikan lebih panjang lagi, kat sini Arib nak beritahu yang notebook tidak mempunyai ‘graphics card’ tapi mempunyai ‘graphics accelerator’. Sebabnya notebook tiada slot untuk ‘graphics card’ dan ‘graphics card’ tidak boleh dimasukkan/upgrade dalam notebook. Pendek kata, istilah ‘graphics card’ hanyalah untuk PC. Dalam huraian Arib di bawah, Arib akan gunakan istilah ‘graphics accelerator’ sebagai panggilan untuk sebutan yang orang kita selalu sebut ‘graphics card’. So harap sangat korang tak tiba-tiba blur bila Arib sebut istilah ‘graphics accelerator’ di bawah.

Untuk memudahkan kefahaman korang, korang anggap lah fungsi ‘graphics accelerator’ adalah seperti di bawah ni.

Fungsi Graphics Accelerator = Fungsi Graphics Card

Q: Pebenda Graphics Card ni? Graphics Accelerator ni apa pulak?

A: Actually, seperti rajah equation di atas, fungsi ‘graphics accelerator’ dan fungsi ‘graphics card’ adalah sama. Tujuannya adalah untuk memproses grafik di dalam komputer. Semakin canggih graphics accelerator/graphics card, semakin tinggi tahap kualiti grafik paparan komputer. Tapi ingat, kedua-duanya adalah berbeza dari segi istilah. ‘Graphics card’ untuk PC, manakala ‘graphics accelerator’ untuk notebook.

Berbalik kepada topik utama, hahh, bagi yang kaki gaming especially lelaki, saya juga telah meletakkan ruangan β€œTahap Kegunaan Untuk Gaming” untuk korang refer notebook tuu sesuai kea tak untuk main game. Dah menjadi lumrah bagi lelaki, time bosan-bosan mesti nak gaming kan? Hehe.

Arahan: First sekali, korang baca dulu situasi di bawah. Lepas baca semua situasi, pilih satu situasi yang ada iras-iras dengan penggunaan korang.


Situasi 1: Guna notebook untuk buat presentation dan assignment, internet browsing, FB & Twitter, Blogging, Skype, menonton video Youtube, Running Man, K-Drama (King 2 Hearts? Rooftop Prince? Whatever u_u) dan movie.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Undang-undang, Agama, Perniagaan, Perguruan, Penternakan, Masakan, dan lain-lain jurusan yang tidak memerlukan penggunaan notebook yang tinggi.

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor AMD Dual-Core (AMD E1/E2)

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Rendah. Game seperti Counter Strike boleh dimainkan like a boss. Tiada masalah. Game sekitar tahun 2005 macam GTA San Andreas & Need For Speed Underground 2 masih lepas untuk dimainkan. Apapun, tidak recommend untuk kaki Dota. Boleh main, cuma kadangkala slow untuk Dota dan perlu setting dengan kualiti grafik yang rendah. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan cuma resolusi dan graphics detail setting mestilah berada di tahap PALING RENDAH.

Harga Pasaran: Bawah RM1000. Selalunya dekat kedai boleh didapati dengan harga dalam RM999.



Situasi 2: Nak guna untuk semua aktiviti dalam situasi 1 tapi dalam masa yang sama nak guna untuk buat kerja programming.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Sains Komputer, Teknologi Maklumat, e-Business, dan Kejuruteraan Perisian.

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor AMD A6

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Sederhana. Kebanyakan game baru seperti Need For Speed Most Wanted (2012) boleh dimainkan tanpa masalah. Recommend untuk kaki Dota. Boleh main dengan grafik yang memuaskan. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan cuma resolusi dan graphics detail setting mestilah berada di tahap MEDIUM.

Harga Pasaran: Bawah RM1400. Selalunya dekat kedai harga dalam RM1399.



Situasi 3: Nak guna untuk semua aktiviti dalam situasi 1 dan 2 tapi dalam masa yang sama nak guna untuk buat design, ubah lagu dan edit video HD atau erti kata lain kegunaan yang lebih melibatkan Grafik & Multimedia.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Multimedia, Seni Bina atau jurusan ke arah Architecture (Penggunaan AutoCAD), Komunikasi & Media (untuk kerja-kerja berkaitan dengan video editing).

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor Intel i5 atau AMD A8.

Nota: Untuk processor Intel i5, sila pastikan ada cip grafik Nvidia atau AMD Radeon di dalam notebook tersebut untuk kepuasan multimedia. (Rujuk sticker Nvidia atau AMD Radeon pada notebook)

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Tinggi. Kebanyakan game baru seperti Battlefield 3 boleh dimainkan dengan baik. Sangat recommend untuk kaki Dota. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan dengan resolusi dan graphics detail setting HIGH.

Harga Pasaran: Bawah RM1900. Selalunya dekat kedai harga dalam RM1899.



Situasi 4: Nak guna untuk semua aktiviti dalam situasi 1, 2, dan 3 tapi jumlah besar bersama notebook adalah untuk GAMING. Hehe.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Jurutera Permainan Komputer dan Multimedia (kerap menggunakan video Full HD untuk editing).

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor Intel i7

Nota: Untuk processor Intel i7, sila pastikan ada cip grafik Nvidia atau AMD Radeon di dalam notebook tersebut untuk kepuasan untuk bergaming. (Rujuk sticker Nvidia atau AMD Radeon pada notebook)

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Sangat tinggi. Hampir semua game baru seperti dapat dimainkan dengan cemerlang. Sangat recommend untuk kaki Dota. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan dengan resolusi tinggi dan graphics detail setting MAXIMUM.

Harga Pasaran: Bawah RM2500. Selalunya dekat kedai harga dalam RM2499.



Hahh, dah baca semua situasi di atas? Dah pilih situasi mana yang iras-iras dengan keperluan korang? Okay, sekarang, apa yang korang perlu buat ialah korang catat lah kat dalam mana-mana “Jenis Notebook Yang Disyorkan” dengan “Harga Pasaran” yang Arib dah tulis kat atas ni. Masa nak beli notebook ni nanti, gunakan kedua-dua information ni untuk survey notebook.

Contoh Arib pilih situasi 3, so “Jenis Notebook Yang Disyorkan” ialah Intel i5 atau AMD A8. Maknanya Arib akan survey kat tempat jual notebook yang ada jual notebook dengan processor Intel i5 atau AMD A8 ni dengan “Harga Pasaran” bawah RM1900. Jenama tak kisah. Asalkan processor ni ada. Lebih RM1800 Arib reject dan bawah RM1900 sahaja akan dibeli.

Q: Intel atau AMD? Mana yang lebih baik?

A: Agak sukar sebenarnya untuk compare processor Intel dengan AMD ni sebab masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tapi bagi Arib, Arib prefer dengan AMD processor sebab harga lebih murah daripada Intel dan prestasinya sangat memberangsangkan terutama dari segi grafik. Kalau korang tengok notebook RM999 kat atas ni, notebook tuu menggunakan AMD dual-core processor. Apa yang menarik, notebook tuu siap ada graphics accelerator AMD Radeon lagi walaupun harga RM999. Kalau notebook Intel, memang tak dapat harga macam tuu yang siap dengan graphics accelerator. Senang cerita, kalau korang nak notebook dengan graphics yang canggih tapi budget terhad, korang belilah AMD. Ada budget lebih belilah Intel. Apapun, perkara ni tak perlu korang risau sebab kedua-dua brand processor ni dah sememangnya bagus dan laju.

Tips: Bagi korang yang nak cari notebook ni, pastikan notebook korang ada graphics accelerator sama ada Nvidia atau AMD Radeon. Benda ni sangat penting sebab future computing memang banyak akan pakai benda bergrafik ni. Kalau korang pilih notebook dengan AMD processor, benda ni tak jadi masalah sebab processor AMD ni memang ada graphics AMD Radeon. Yang jadi masalah bila beli notebook dengan Intel processor sebab tak semua ada graphics accelerator ni. So pastikan ada baru beli. Untuk long term usage. Mesti korang nak guna lama kan? Hehe.

Q: Macam mana nak tahu notebook tu ada graphics accelerator ke tak?

A: Cara paling mudah ialah dengan melihat sticker yang ada dekat bahagian ‘palm rest’ notebook. Ada sahaja stiker “Nvidia” atau “Radeon” tu bermakna ada graphics accelerator lah dalam tuu.


Notebook dengan graphics accelerator AMD Radeon


Notebook dengan graphics accelerator Nvidia

Penafian #1: Jenis model notebook yang dipaparkan di blogpost ini hanya sekadar memberi gambaran kepada para pembaca dan tidak semestinya model tersebut yang perlu dicari atau dibeli. Spesifikasi dan harga pada gambar yang dipaparkan adalah benar dan ditangkap pada tarikh 19 Mei 2012 di Low Yat Plaza.

Penafian #2: Kesemua harga dan spesifikasi notebook yang direcommend dalam blogpost ini adalah mengikut sekitar masa pertengahan bulan Mei 2012.

Penafian #3: Kesemua spesifikasi mengikut keperluan yang dicadangkan hanyalah sekadar pandangan penulis untuk membantu para pembaca dalam memilih notebook dengan harga yang paling minima dan sesuai untuk pelajar. Pembaca berhak untuk memilih selain daripada spesifikasi yang dicadangkan.

Penafian #4: Huraian yang telah dinyatakan di atas hanya untuk golongan yang bukan terdiri daripada IT Geek. Bermakna istilah dan pendapat mungkin sedikit berbeza kerana istilah dan pendapat tersebut telah diminimakan dengan istilah yang mudah untuk memenuhi kefahaman pembaca.

Jika ada sebarang kemusykilan, boleh ditanya pada ruangan comment di bawah atau cara yang lebih pantas melalui twitter Arib: @aribismail. Hehe, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam πŸ™‚

*Entri asal di arib2020.blogspot.com. Diterbitkan semula di aribismail.com. Untuk lihat entri asal dan komen, [KLIK SINI]

Nota Arib: Rasanya menulis post ni cabaran paling getir. Ambik masa beberapa hari untuk rangka formula macam mana nak explain dan suggest notebook ni. Ni pun tak puas hati lagi sebab rasa macam ada kekurangan. So korang kalau ada apa-apa cadangan atau comment, bagi lah erk πŸ˜€