ENTRI TERBARU
Biodata Penulis

Biodata Penulis

Muhammad Arib bin Ismail. Dilahirkan di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Kuala Lumpur pada tanggal 1 Februari 1994. Menetap di Taman Miharja Fasa 2, Cheras, Kuala Lumpur sejak 17 tahun yang lalu. Merupakan anak pertama daripada empat orang adik-beradik dari pasangan En. Ismail – seorang anggota polis di Maktab Pegawai Kanan PDRM, Cheras dan Pn. Noraini Manan – seorang guru Penolong Kanan HEM SMK Segambut Jaya. Membawa nama Arib Ismail di dunia maya dan realiti. Dahulunya menggunakan nama ‘arib2020’ sebagai samaran kerana angka ‘2020’ merupakan tahun keramat bagi pembangunan negara ke arah negara maju dan juga tahun untuk melangsungkan perkahwinan (?). Hanya sekadar insan biasa.

Mula meminati dalam bidang teknologi dan gadget sejak kecil. Sejak di bangku tadika pada tahun 2000, beliau gemar mengkaji dan mengeksplorasi sistem dalaman telefon bimbit antaranya sistem Nokia S30 dan S40. Sewaktu di darjah lima pada tahun 2005, ketika era smartphone mula berkembang, sistem operasi Symbian S60 banyak mematangkan beliau dalam bidang ini. Pada zaman persekolahan di peringkat menengah, beliau dikenali kerana banyak berkongsi pendapat mengenai telefon bimbit dan juga komputer melalui perbualan, perbincangan, dan juga penulisan di blog. Beliau juga mempunyai pendapat dan pengalaman bersama telefon pintar Symbian, Android, Windows Phone 7, BlackBerry OS, dan juga iOS. Kini beliau dikenali melalui penulisan di blog dan juga melalui ulasan sistem operasi Windows 8 di Laman IT Berbahasa Melayu No. 1 Malaysia, Amanz.MY.

Dikenali oleh rakan-rakan sejak sewaktu di bangku sekolah sebagai seorang yang ‘gila IT’, friendly, penyajak, motivator, ustaz (?), dan berani untuk bercakap di hadapan. (?) *K, agak menggeletar sebenarnya cakap kat depan tuu u_u

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di SK Yaacob Latif 1, Jalan Peel, Cheras kemudian melanjutkan pelajaran ke Kelas Aliran Agama (KAA) di SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur. Pada tingkatan 4, pendidikan diteruskan ke sebuah sekolah kluster di Kuala Lumpur iaitu SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur sehingga tamat persekolahan dalam bidang Sains Tulen Agama pada tahun 2011. Pada April 2012, ditawarkan untuk membuat Foundation Business & IT (FBI) selama enam bulan di Kolej Teknologi YPC iT-WEB, Cheras dan kini sedang menyambung pelajaran peringkat Ijazah dalam bidang Information Technology & Multimedia Computing (BIM) dari Liverpool John Moores University, UK.

Lagi Tentang Latar Belakang Pendidikan

Lagi Tentang Latar Belakang Pendidikan

Sewaktu di zaman persekolahan, beliau telah memegang beberapa jawatan umum di sekolah antaranya Pengawas Sekolah (2002-2006) & Penolong Ketua Pengawas Sekolah SK Yaacob Latif 1 (2006), Editor Grafik bagi Majalah Ilham SMK Segambut Jaya (2008-2010), Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Segambut Jaya (2009-2010), Pengawas Asrama SMK Segambut Jaya (2010), Ketua Editor Majalah Ilham SMK Segambut Jaya (2010), Pengerusi Kelab Seni Foto dan Media (2010), dan Ketua Pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang, SMK Seri Bintang Utara (2011).

Pada zaman persekolahannya juga, beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Antara pencapaian terbaik yang pernah dimiliki beliau ialah Penerima Anugerah Kualiti Kelas Aliran Agama (KAA) JPWP dalam bidang kokurikulum (2011), Johan Pidato Maulidur Rasul Sekolah-Sekolah YPC (2011), Johan Mendeklamasikan Sajak Minggu PPDa SMK Segambut Jaya (2008-2010), dan Johan Talentime Minggu Kokurikulum SMK Segambut Jaya (2010).

Selain pendidikan, pengalaman mengajar kita untuk memahirkan diri dalam sesuatu bidang.

Lain-lain

Gemar meng-explore sesuatu yang baru, membaca artikel, design grafik, menulis serta jalan-jalan di luar untuk mencari sebuah pengalaman.

Juga berkerja sambilan pada waktu lapang sebagai PC Technician secara bebas ketika ada permintaan.

Ikuti dan hubungi saya dengan menggunakan maklumat di bawah:
Facebook: Arib Ismail
Google Plus: Arib Ismail
Twitter: @aribismail
Instagram: Arib Ismail
Foursquare: Arib Ismail
E-Mail: arib2020@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*