ENTRI TERBARU
$199 USD Bukan Harga Sebenar iPhone 5

$199 USD Bukan Harga Sebenar iPhone 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa $199 USD bukan harga sebenar iPhone 5. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan harga $199 USD? Berapa harga iPhone 5 yang sebenar? Ikuti kupasan selanjutnya dengan menekan butang ‘read more’!


1. Pagi tadi iPhone 5 telah diperkenalkan secara rasminya.

2. Arib turut tak melepaskan peluang untuk mengikuti pelancaran iPhone baru ni melalui Liveblog The Verge walaupun terpaksa bersengkang mata dari pukul 1 pagi – 3 pagi, 13 September 2012. Nota: Acara bermula di California, U.S pada pukul 9 pagi, 12 September 2012 mengikut piawaian waktu Pasific Daylight Time (PDT).


3. Tak banyak perubahan yang berlaku dari segi spesifikasi iPhone 5 yang terbaru ni berbanding iPhone 4S. Cuma design jea sedikit panjang, semakin ringan, dan semakin nipis.

 

 


4. Antara fungsi yang menjadi ‘daya tarikan’ ialah iPhone 5 hadir dengan pemprosesan Apple A6 (Dual-Core CPU ARM Cortex-A15 & Quad-core GPU), kamera 8MP yang telah dipertingkatkan dari segi pencahayaan dan sokongan panorama 28MP, sistem operasi iOS 6, skrin 4 inci Retina display, sokongan sambungan pantas LTE (Long Term Evolution), ketahanan bateri lebih lama, dan Lightning port yang serba baru.

 

 

 

 

 

 

 


<center >

 


5. Apapun, Arib sebenarnya tertarik nak berkongsi mengenai harga iPhone. Tak kiralah harga iPhone 5 kea, iPhone 5S akan datang kea, semua akan Arib perjelaskan bahawa $199 bukan harga sebenar iPhone tersebut.

 


6. Arib terpanggil untuk menulis perkara ni sebab ramai sangat yang percaya bahawa iPhone kat US tersangatlah murah berbanding kat Malaysia. Sebenarnya harga produk Apple kat US & Malaysia adalah hampir sama.

7. Sebenarnya harga iPhone 5 yang berharga $199 tuu ialah harga iPhone 5 yang telah diikat dengan kontrak selama 2 tahun dengan telco. Tuu sebab korang tengok kalau beli iPhone dengan Maxis nampak murah.

8. Harga sebenar iPhone 5 ialah $699 (RM2199) untuk versi 16GB dan $799 (RM2499) untuk versi 32GB.

9. Selepas Apple memperkenalkan iPhone 5, kini iPhone 4S telah pun menerima pengemaskinian harga sebanyak RM1799 untuk versi 16GB.


10. Untuk makluman korang lagi, selain iPhone 4S yang menerima kemaskini harga (RM1799 untuk versi 16GB) selepas iPhone 5 diperkenalkan semalam, harga iPhone 4 juga turut dikurangkan. Kini, iPhone 4 versi 8GB boleh didapati pada harga RM1449. Bagi korang yang agak-agak teringin nak guna iPhone, boleh dapatkan satu iPhone 4 ni, hehe.


11. Bagi korang yang nak dapatkan iPhone 5, pasaran Malaysia akan menerima iPhone terbaru ni menjelang Disember 2012.

 


12. Satu sebab kenapa iPhone 5 lambat masuk ke Malaysia berbanding Singapore oleh kerana kita kekurangan user iOS/iPhone. Kat Malaysia majoriti ramai guna Android, berbanding di Singapore yang majoriti guna iOS/iPhone. Tuu sebab depa dapat awal.

13. Satu faktor lagi kenapa kita tak dapat awal sebab kita masih belum didatangkan sepenuhnya dengan teknologi LTE (Nota: Pihak DiGi sedang dalam proses untuk membangunkan LTE di Malaysia.). Teknologi LTE atau lebih dikenali sebagai 4G-LTE merupakan sambungan internet seterusnya selepas HSDPA (3.5G) yang membolehkan seseorang pengguna menikmati kelajuan internet sepantas 100Mbps.


14. Apapun, iPhone 5 masih tidak membuka mata saya kerana tiada ‘wow factor’ baru yang diperkenalkan dan still, iPhone 4/4S ternyata nampak lebih menarik bagi saya.

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Kredit Gambar: The Verge, Amanz

Nota Arib: Harap-harap dapat sambar satu iPhone 4 nanti. Harga dah drop banyak tuu!

About Arib Ismail

Seorang yang meminati dengan dunia komputer dan berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti saya di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

One comment

  1. terimakasih infonya ,,salam dari blogger indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*