ENTRI TERBARU
Hello Hello Ice Cream Sandwich!

Hello Hello Ice Cream Sandwich!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hi semua! Wuuu, sejak akhir-akhir ni agak payah update blog ni, huhu. Sorry sangat kalau ada yang lambat reply comment atau menunggu post baru. Takde apapun sebenarnya nak cerita dalam post ni, just nak cerita sikit pasal Ice Cream Sandwich yang sungguh lazat ni, apakah? Hehe.

Huhu, actually Arib busy sikit dengan semester exam. Start dari hari Isnin, 25 Jun 2012 sehingga Jumaat, 29 Jun 2012. Alhamdulillah, akhirnya habis jugak semester exam tuu. Boleh kata sampai Twitter pun tak sentuh sepanjang minggu ni, haha. Entah, rasa nak bertwitter time-time macam ni memang kurang sebab asyik ingat exam. Ermm, serius rasa sekejap masa berlalu. Pom pang pom pang dah habis semester 1 untuk Foundation ni. Next week dah masuk semester akhir foundation, semester 2. Erhh, kejapnya! :O *disebabkan foundation 6 bulan, so takde cuti -.-


Exam hall :”)
 


K, dah nak habis semester 1 baru dapat kad matrik -.- Haha.

Ouh yea, pagi semalam paper last iaitu paper IT Application. Satu-satunya exam yang guna komputer. Terkejut jugak sebab ingat exam kat exam hall. So rujuk dekat electronic timetable, exam ni berlangsung dekat lab. Ehh, exam guna komputer? Ermm, komputer ni digunakan sebagai rujukan untuk tulis step dan function (fx). Banyak formula macam VLOOKUP(C12,Grade,2) kena faham dan hafal. Even guna komputer, kalau tak study betul-betul memang termenung lah paper exam tuu.


PC time exam IT Apps :’D

So lepas exam, pergi solat Jumaat then ada something Arib nak buat harini. Lepas solat, Arib rancang untuk repair balik phone comel Arib ni, Xperia X10 Mini dan upgrade adik punya Xperia Mini ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich secara manual disebabkan automatic update tak sampai Malaysia lagi. Oh yea, Xperia X10 Mini ni bateri dia dah kong, so kalau on, tak sampai berapa minit dah mati balik. Dan apa yang menyukarkan lagi, bateri X10 mini ni jenis non-removable oleh user dan bateri pun memang tak jual kat kedai. So, nak tak nak kena cari satu unit X10 mini yang second hand.

Wait, why nak beli second hand? Hantar repair tak boleh kea? Okay, first thing malas nak hantar repair takut kena charge mahal sebab melibatkan internal bateri dan bateri dia susah nak dapat. Pastu, risau takut orang yang repair tuu guna bateri cap apa ntah, tak silap-silap kong lagi sebulan dua macam tuu. And last sekali, hehe, nak cari pengalaman repair-repair phone ni. Buat dan repair sendiri baru rasa puas.

Around pukul 4.30 petang macam tuu, Arib singgah ke Pertama Complex. Sampai sana solat jap then teruskan misi untuk mencari X10 mini second hand, mwehehe. Best jugak lah jalan-jalan kat sini. Sempat tanya harga second hand untuk beberapa model phone, antaranya Nokia Lumia 710. Serius terkejut orang kedai tuu tawar harga second hand Lumia 710 tuu RM350 jea :O Yang lain sempat tanya harga second hand jugak dan nyaris-nyaris nak terbeli X10 Mini Pro. Harga RM200 wooo. K, disebabkan ada misi, so saya tinggalkan tawaran-tawaran tuu walaupun rasa nak beli -.-

Nak cari model second hand X10 mini ni memang payah sikit kat sini. Selepas beberapa jam mencari, barulah jumpa satu kedai yang ada jual unit second hand X10 mini ni. Kat kedai tuu actually ada dua model X10 mini. So Arib decide untuk pilih yang dah tak comel lagi (erti kata lain, buruk -.-) sebab beli nak ambil bateri jea. So macam biasa, before membeli something mesti ada sesi tawar-menawar berlaku dan akhirnya dapat jugak harga murah. Kesian orang kedai tuu, rugi RM10 supaya nak kasi saya beli, hehe.

Opss, before terlupa, lepas beli phone second hand tuu, singgah kedai guitar kejap dekat tingkat atas Pertama Complex disebabkan tali guitar putus malam semalam -.- Alang-alang tali guitar tak sampai RM5.00, beli sekali pick baru, hehe.


Nampak tak ada pick guitar kat situ? Haha.

Dan ini dia, X10 Mini second hand :DD


Actually, X10 Mini second hand ni dapat murah sebab button on/off dia dah tercabut. Yang lain memang tip top, boleh guna macam biasa. Apapun, Arib nak bateri dia jea dan bahagian yang lain akan disimpan untuk spare part.

Around pukul 6 petang Arib sampai rumah dan misi untuk operate phone bermula! Muahahaha! *gelak jahat*


Kiri: The orginal X10 mini. Kanan: X10 mini second hand.

First thing bila nak assemble phone ni korang mestilah tak panik, menggeletar, atau cepat menggelabah sebab banyak part dalam phone yang tersangat kecil dan dengan kepanikan korang tuu akan membuatkan small stuff macam kaki casing dan skru mudah terpatah, hilang, atau rosak. Serius memang agak menggeletar jugak masa mula nak assemble Xperia X10 mini ni sebab inilah phone kesayangan. Terusik something then rosak kan tak ke rugi namanya? Demi menyelamatkan si comel saya ni, saya tarik nafas panjang-panjang dan fikir jea boleh.

 

 

 


Setelah sejam operation (*cehh), akhirnya pemindahan organ (bateri je pun) berjaya dipindahkan, FUHHHH LEGAAAAA! K, belum habis lagi. Tak test untuk on lagi. *masukkan charging cable* Dup dap dup dap. *jantung berdegup* Ehhh, perkataan ‘Sony Ericsson’ keluar! Yayy!

Mwehehe, lepas jea handphone tuu dah dapat dihidupkan semula, tunggu lebih kurang 2 jam setengah untuk full charging. Sementara tuu uruskan phone adik Arib iaitu Xperia Mini untuk proses update ke Android ICS 4.0 secara manual. Hehe, sebenarnya takde lah manual mana proses update ni, just flash firmware oficial ICS tak sampai 10 minit dan tadaaa, on the spot ICS untuk Xperia Mini sedia untuk digunakan :DD


Overall, ICS dekat Xperia Mini sangat awesome tahu! Serius banyak improvement. Terutama dari segi UI. Memang lawa! In Shaa Allah dalam masa terdekat ni Arib cuba tulis review mengenai ICS untuk Xperia series kat sini 🙂

Okay, adik punya phone Xperia Mini dah dapat guna ICS, so giliran X10 Mini pulak, hehe. Btw, X10 mini tak support ICS secara official oleh pihak Sony Ericsson dan nak masukkan ICS kena guna cara lain iaitu dengan hack phone tersebut (unlock bootloader, flash firmware, install custom ROM). Apa yang best, custom ROM Android 4.0 ICS (MiniCM9) untuk X10 mini dah stable! So lepas full charge, terus ambik phone tuu dan jalankan proses hacking.

Setelah beberapa minit, hello hello Ice Cream Sandwich X10 mini! 😀

 

 

 


K, serius puas bila dah guna ICS ni. Tak tergambar betapa bestnya menggodek-godek function ICS. Fungsi paling suka ialah development tool banyak dalam ni. Serius senang nak tweak processor jadi laju & low kan graphics setting untuk gaming.


Korang yang ada model Xperia 2011 rugi lah kalau korang tak update ke ICS. Setakat ni yang belum dapat official automatic update ialah Xperia Mini dan Live with Walkman jea. Yang lain macam model Xperia Ray, Xperia Mini Pro, Xperia arc S, Xperia Pro semua dah boleh update. Korang boleh rujuk youtube macam mana nak update. Ouh yea, dalam masa terdekat ni jugak Arib akan ajar macam mana nak update ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich untuk Xperia ni. Draft blogpost dah siap cuma nak edit-edit sikit jea tutorial tuu, hehe.

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam 😉

Nota Arib: Om nom nom Ice Cream Sandwich. Daknyee daknyee :3

About Arib Ismail

Seorang yang meminati dengan dunia komputer dan berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti saya di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*