ENTRI TERBARU

GoMobile Expo 2012 Dan Temubual Bersama Aman Firdaus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Ahha, minggu ni GoMobile Expo 2012 berlangsung. So semalam Arib sempat berkunjung ke sana setelah event ni ‘menghilangkan diri’ pada tahun lepas. Okaylah, klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


GoMobile Expo merupakan expo telefon bimbit dan peranti mudah alih tahunan yang dianjurkan oleh majalah Mobile World. GoMobile Expo menjadi satu platform kepada pengguna dan peminat gadget ‘mobile’ untuk mendekati dunia gadget mudah alih seperti telefon bimbit, komputer tablet, dan sebagainya. Melalui pameran seperti ini, kebanyakan pengeluar memberi peluang kepada peminat gadget dan pengunjung untuk mencuba sendiri gadget-gadget tersebut. Setelah setahun GoMobile Expo menyepikan diri pada tahun 2011, kini GoMobile Expo 2012 tampil bagi meneruskan legasi pameran tersebut.

Sebelum tu, semalam Arib pergi ke GoMobile Expo 2012 bersama dengan adik Arib sendiri, Adib Ismail serta Ahmad Nasif, kawan dekat Sejaya dulu yang sekarang sedang membuat foundation di UTP, hehe.

Okay, dari segi keseluruhan event GoMobile Expo tahun ni, hurmmm, agak kurang meriah sedikit berbanding tahun-tahun yang lepas. Apa yang Arib dapat lihat pada tahun ni, GoMobile Expo 2012 lebih mengetengahkan produk startup. Aktiviti dan pameran yang bersifat consumer kelihatan agak pudar pada tahun ini.



Pada GoMobile Expo 2009, Arib sebagai pengunjung rasa sangat seronok berkunjung ke event ni kerana meriah dengan aktiviti. Pada tahun tersebut, pentas utama diserikan dengan permainan dan kuiz kepada pengunjung yang ternyata memberi impak yang besar kepada kemeriahan sesuatu expo. Booth Nokia dan Celcom pada tahun tersebut juga tidak terkecuali menyumbangkan kemeriahan GoMobile Expo 2009. Ada kuiz, ada permainan, ada putar roda untuk menang, baling sampah dalam bakul dapat hadiah, itulah keseronokan yang dapat dialami pada tahun itu.



Sejak GoMobile Expo 2010, kesemua itu tidak dapat lagi didapati kerana cara pengendalian expo sedikit bertukar wajah. Keseronokan sebagai pengunjung expo semakin lama semakin kurang dirasai. Arib telah pergi ke merata booth yang ada dan tiada satu pun yang menganjurkan aktiviti yang dapat menghiburkan pengunjung. Kesemuanya lebih tertumpu pada jualan secara serius dan pengenalan pada sesuatu produk baru yang dikira kurang mendapat sambutan kepada pengunjung biasa.


Apapun, bagi peminat gadget, kehadiran korang ke sini pastinya sedikit sebanyak menarik buat korang yang ingin mencuba gadget-gadget terbaru 😉





Ouh yea, semalam jugak Arib sempat singgah ke booth Amanz.MY, sebuah website teknologi berbahasa Melayu yang dikira setanding dengan website teknologi luar negara, TechCrunch. Setiap hari memang tak sah kalau tak bukak website ni walaupun Arib banyak baca artikel dari sumber dari luar negara. Sememangnya membaca artikel di Amanz.MY lebih menarik kerana dipermudahkan dengan Bahasa Melayu yang mudah difahami.

Arib sempat juga untuk menebual dengan pengasas Amanz.MY, Aman Firdaus (@amanfirdaus) walaupun sebelum ni sudah beberapa kali bertemu dengan beliau. Persoalan yang sentiasa bermain di minda ialah bagaimana penulis Amanz.MY menguruskan masa untuk menulis kerana kandungan website tersebut sentiasa berupdate dengan artikel terkini. Setiap hari pasti ada berita berkaitan dengan teknologi dipublishkan dan jumlah berita yang dipublish bukan satu tetapi banyak jumlahnya. Apa yang mengagumkan, keseluruhan besar artikel harian Amanz.MY ditulis secara solo oleh Aman Firdaus sendiri. Kadangkala, Aman Firdaus yang sedang sibuk diluar pun masih sempat untuk mengemaskini Amanz.MY. Hebat.

Melalui sesi menebual Aman Firdaus semalam, Arib sempat bertanya bagaimana sesuatu berita itu ditulis sebelum dipublishkan di Amanz.MY. Apa yang menarik perhatian Arib, Aman Firdaus menyatakan yang beliau menulis draft berita dan artikel menggunakan software asas dalam Windows, Notepad terlebih dahulu sebelum ditransfer ke WordPress untuk proses publishing. Agak pelik kan tapi itulah menjadi kebiasaan bagi para penulis blog. Macam Arib pun selalu guna Wordpad sebab kalau menulis dekat blogger punya editor memang takde idea. Bagi Aman Firdaus, mungkin idea lebih datang melalui Notepad. Kot.

Selain itu, turut yang menjadi tanda tanya ialah mengenai smartphone yang digunakan oleh Aman Firdaus. Pada kebanyakan artikel yang diupdate akhir-akhir ini, Amanz.MY sering menggunakan Samsung Galaxy Nexus sebagai smartphone untuk mengreview sesuatu aplikasi. Eh, Aman Firdaus tukar smartphone kea? Pada ketika itu barulah tahu yang model Samsung Galaxy Nexus tersebut hanyalah review unit yang diberi oleh pihak Samsung selama dua minggu. Bukan setakat smartphone Galaxy Nexus sahaja yang diberi malah notebook Samsung juga diberi untuk direview.

Aman Firdaus menjelaskan lagi bahawa Amanz.MY telah dibangunkan selama tujuh tahun sejak awal penubuhannya pada tahun 2005. Jelas membuktikan bahawa untuk membangunkan Amanz.MY bukanlah sesuatu yang mudah malah memerlukan satu jangka masa yang panjang demi mengharungi cabaran untuk menulis blog teknologi dalam Bahasa Melayu. Tanpa kombinasi komitmen dan gigih dalam diri Aman Firdaus mungkin Amanz.MY tidak dapat berdiri teguh dan maju seperti hari ini. Mengikut perangkaan statistik sehingga post ini ditulis, Amanz.MY telah berjaya mengumpul seramai lebih 15000 fanbase di Facebook serta jumlah visitor pada website Amanz.MY yang mencecah lebih 14000 pengunjung setiap hari. Syabas Amanz.MY!

Sebelum beredar, Arib sempat bergambar dengan Aman Firdaus sekali lagi sebagai kenang-kenangan. Haha.


Amanz buat muka serius, saya pun nak muka serius jugak lah, haha.

Ouh yea, Arib pernah menulis beberapa artikel di Amanz.MY dan bagi yang masih belum membacanya, boleh rujuk di bahagian sebelah kanan blog ni. Hehe.

p/s: Rasanya booth Amanz boleh diserikan lagi pada masa akan datang dengan menyediakan satu pamphlet khas mengenai website Amanz kepada pengunjung. Mungkin dari situ pengunjung biasa lebih mengetahui Amanz.MY tu apa sebenarnya. Lepastu buat aktiviti macam contest atau lucky draw kea pastu dapat free goodies. Dekat wall booth tuu boleh diletakkan sudut info dan latarbelakang mengenai Amanz dan paling penting, ‘Amanz Wall’ patut diwajibkan ada sepertimana yang ada pada booth Amanz dalam satu expo yang sebelumnya. *hanya sekadar cadangan yea bro. Jangan marah. Hehe :p

Sekian sahaja untuk kali ni. Maaf kerana tidak bercerita panjang mengenai GoMobile Expo 2012 kerana sangat kecewa dengan GoMobile tahun ni, sob sob. Tidak semeriah yang seperti saya harapkan sepertimana GoMobile Expo 2009. Apapun, terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (:

Nota Arib #1: Pagi semalam sebelum bergerak ke GoMobile Expo, singgah kejap kat kedai Nokia dekat Suria KLCC. Terkejut sebab Nokia Lumia 610 demo set dah ada kat situ, whoaaa. Serius best Nokia Lumia 610 ni. Fungsi canggih tapi harga baru RM699. Nokia Lumia 610 hadir dengan skrin TFT 3.7 inci, kamera 5MP dengan auto fokus + flash, sambungan WiFi + 3.5G, A-GPS dengan Nokia Maps, dan Memori 8GB. Menurut Nokia, Nokia Lumia 610 merupakan Windows Phone yang paling termurah setakat ni. Sangat gorgeous dan harganya sangat reasonable.

p/s: Masa godek-godek Nokia Lumia 610 ni, try lah compare kelajuan dengan Nokia Lumia 710 dan Xperia Mini ala-ala contest ‘Smoke by Windows Phone’. Kelajuan Nokia Lumia 610 diuji dengan menangkap gambar dan gambar tersebut seolah-olah dihantar melalui MMS. Hasilnya, respon Nokia Lumia 610 agak lambat sedikit sehingga Xperia Mini pun mampu mengalahkan tahap respon Nokia Lumia 610 ni. Apapun, ini hanya sekadar uji kaji dan sudah tentu prestasi Nokia Lumia 610 sedikit jauh ke belakang kerana processor yang digunakan hanya 800MHz berbanding Xperia Mini yang menggunakan processor 1GHz dan Nokia Lumia 710 yang menggunakan processor 1.4GHz.


Nota Arib #2: Lepas singgah kedai Nokia, singgah kedai Machine pulak. The new iPad lagi cepat panas berbanding iPad 2. Pegang iPad 2 cool jea belakang dia walaupun sudah dihidupkan agak lama. Dari segi pemerhatian, The new iPad agak tebal dan kamera sensitiviti pada iPad 2 lagi lancar daripada The new iPad. Mungkin disebabkan resolusi dan piksel yang lebih besar pada The new iPad.

Nota Arib #3: Lepas pergi GoMobile Expo 2012 tuu, singgah Low Yat kejap. Akhirnya dapat jugak beli mini HDMI to HDMI cable dan memory card SD 8GB (dua-dua untuk tablet Android RM99) serta USB male to female cable untuk attach TV-Tuner kat PC, hehe.

About Arib Ismail

Seorang yang meminati dengan dunia komputer dan berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti saya di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

One comment

  1. terima kasih kerana mengunjungi booth amanz. akan ditambah baik pada masa akan datang. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*