ENTRI TERBARU

Cara Mudah Untuk Dapatkan Kad Touch ‘n Go

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Ouh, hye semua! Yeah, korang selalu naik LRT, Monorail, Bas? Pernah tak mengalami situasi beratur panjang time nak beli tiket? Rasa tertekan dengan que yang panjang? Kini tidak lagi dengan Touch ‘n Go! Jeng jeng jeng! Ahha, macam iklan lah pulak. Okaylah, klik ‘read more‘ untuk selanjutnya!


Hohoho, ramai yang bertanyakan pada Arib mengenai bagaimana cara untuk mendapatkan kad Touch n’ Go. Tu sebab Arib wujudkan post ni, hehehe. Entahlah, diorang tengok Arib senang jeww, tak payah beratur panjang-panjang beli tiket. Sentuh kad pastu jalan, habis cerita. Kebanyakannya memang nak sangat beli, tapi tak tau kat mana. Ada kata nak beli kad ni leceh lah, kena take time la, sebab tu tak jadi nak beli satu. Okay, kat sini Arib bagi satu cara paling mudah untuk memiliki kad Touch n’ Go. Ada banyak cara sebenarnya tapi kat bawah ni antara cara yang paling termudah.

Cara pertama, korang pernah nampak machine Touch n’ Go di bawah? Kalau pernah, korang boleh beli kad Touch n’ Go kat situ. Selalunya machine ni ada dekat certain stesen LRT, tak semua stesen ada. Kalau ada pun, belum boleh berfungsi lagi. Entah, kata akan beroperasi tak lama lagi tapi sampai sekarang, nothing happen, tercegat jew machine tu macam tunggul kayu. Kalau susah sangat, pergi jew kat KL Sentral. Machine ni ada dekat berhampiran dengan machine tiket LRT Aliran Kelana Jaya.


Cara kedua, korang biasa tengok bas RapidKL? Kalau biasa, cuba naik satu bas yang menuju ke tempat yang familiar dengan korang. Dalam tu, korang dikehendaki untuk membeli kad Touch n’ Go bagi yang belum memilikinya. Korang diberi dua option, sama ada nak beli kad RM5 ataupun RM10. Dah beli, jangan tap kad tu dan terus duduk. Kalau nak tap pun, driver bas tu nanti akan tegur korang sebabnya duit korang dalam kad tu akan ditolak. Untuk makluman, perjalanan korang ketika itu sudah pun dicaj secara automatik. Cuma masa nak turun nanti, baru korang kena tap. Then, kad Touch n’ Go tu beroperasilah seperti biasa. Hurmm, tapi kan, kalau korang beli kad Touch n’ Go dekat bas RapidKL ni, satu tempat jew tak berfungsi iaitu di Lebuhraya. Tempat lain accepted macam biasa. So, jangan lah korang bagi kad ni kat parent korang kalau time tu duit tunai dah habis yeaa.


Reload? Before that, Arib explain dalam kad tu ada berapa. Kalau beli kad melalui bas RapidKL, kad yang berharga RM5 kat dalam tu ada RM3. Kalau kad RM10, dalam tu ada RM8. Maknanya kat sini, RM2 untuk harga deposit kad. Kalau korang dah tak nak guna lagi kad Touch n’ Go korang tu, korang boleh hantar balik kad ni kat branch Touch n’ Go yang berhampiran untuk dapatkan RM2 korang tu. Okay, untuk reload pun mudah jew. Di mana ada jual kad, kat situ ada tempat reload. So, ikut jew step atas tadi. Ikut arahan kat machine tu. Jangan terbeli kad baru sudah.


Okay, bulan April lepas, sebenarnya Arib baru jew ada kad Touch n’ Go ni. Before this, memang nak sangat cari kad ni. Tapi itulah, leceh lah nak beli, kena tunggu la, apa laa, malas! Nasib baiklah, masa bulan April lepas RapidKL telah menggunakan sistem baru untuk tambang bas mereka. Untuk makluman, Bas RapidKL kini kebanyakannya sudah tidak lagi menerima tunai untuk tambang bas. Sebaliknya memerlukan pengguna untuk menggunakan kad Touch n’ Go untuk menggantikan tambang secara tunai. Serius, mula-mula tu tension jugak sebab dah tak terima duit sebab naik bas bukan selalu pun. Lama-lama, ahha, best sangat-sangat ada kad ni!


Inilah kad Touch n’ Go saya (:


Bit sekali masuk, bit sekali keluar, bit bit kad RABBIT! Ahha!

Selain untuk kegunaan time nak naik LRT, Monorail, KTM Komuter, bas, dan lain-lain lagi, banyak sebenarnya fungsi kad ni. Korang tau tak, dengan kad Touch n’ Go ni korang boleh shopping, tengok wayang, makan, masuk theme park, dan lain-lain lagi. Topup kad dengan tunai dan ya, masa untuk berbelanja! Apa yang korang perlu alert, pastikan tempat tu terima bayaran melalui Touch n’ Go. Senang cerita, fungsinya sama seperti kad kredit, tak perlu bawak duit banyak-banyak. Apa yang best, kad Touch n’ Go ni touch touch jew. Tak perlu nak sign sign apa semua. Senang kan?


So, bagi korang yang masih belum ada kad Touch n’ Go ni, korang kena dapatkan satu. Senang, hidup serba pantas. Tak perlu membazirkan masa untuk que up.Dapatkan kad, tap tap, dan viola, semua berlaku dengan pantas. Akhir kata, dapatkan kad Touch n’ Go di wakil pengedar yang sah hari ini juga!


Sekian sahaja untuk kali ni. Before Arib terlupa, korang boleh klik sini untuk senarai tempat yang terima kad Touch n’ Go ni. Terima kasih kerana membaca yeaa! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Hanya Touch n’ Go~

About Arib Ismail

Seorang yang meminati dengan dunia komputer dan berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti saya di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>