ENTRI TERBARU

Diariku: Yayy, akhirnya dapat jugak jumpa dengan Aman Firdaus! Apakah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello kepada semua pembaca sekalian. Yeah, semalam Arib telah berkunjung ke tempat kegemaran Arib iaitu Low Yat Plaza. Hurmm, asyik asyik duduk depan PC jew, baik pergi Low Yat lagi bagus, boleh cuci cuci mata tengok gadget-gadget baru, wohoo. Hee, dan masa jalan-jalan semalam Arib telah terjumpa dengan Aman Firdaus, hee. Yang minat komputer tu mesti tau siapa ni kan. Hehe, klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Haha, memang teruja kowt jumpa dengan Aman Firdaus ni. Mana tidaknya, before pergi tuu, Arib memang dah rancang dah untuk ke Low Yat ni sebab nak jumpa Aman Firdaus. Manelah tau, tetiba jalan-jalan jew terjumpa. Mula-mula tu ingat nak roger roger guna Twitter ada kat mana. Tapi risau kacau mengganggu dan lagipun tak kenal siapa Arib ni, so takpelah. Jap jap, siapa Aman Firdaus? Hahh, Aman Firdaus ni lah penulis dan pencipta amanz.my, linuxmalaya.com & gajet.net . Kalau korang semua seorang blogger tegar & peminat dunia IT mesti kenal dengan Aman Firdaus ni. Tengok follower kat Twitter, fuhh, beribu follower dia, haha.


Okay, ceritanya bermula begini, masa tengah jalan-jalan kat Low Yat tuu, Arib terserempak dengan seorang kakak ni. “Macam ku pernah lihat kakak ini. Tapi, di mana ya?” Yeap, tak silap kakak ni pernah cerita pasal Nokia N8 kat blog dia. Arib cam muka kakak ni sebab dia ada tangkap gambar muka dia guna Nokia N8 untuk dijadikan sample picture kat dalam satu blog post tu. Dan kakak ni la yang selalu tweet tweet dengan Aman Firdaus. Yeah, tup tup, ternampak Aman Firdaus kat belakang. Gotcha Aman Firdaus! Dapat jew jumpa terus terjah dia. Apa lagi, terus mintak tangkap gambar la, haha.


Alahai, muka tak ready -____-

Arib suka dengan amanz.my sebab laman web ni memaparkan berita-berita teknologi dari dalam dan luar negara. Dan apa yang best, kesemuanya dalam Bahasa Melayu, yeah! Bak kata orang, martabatkan bahasa kebangsaan kita kan, hee. Yeap, amanz.my antara website yang mesti Arib kena bukak setiap hari. Okay, sebenarnya apa yang Arib nak ialah biarlah Aman Firdaus ni kenal Arib. Dan lepas jew jumpa tadi, akhirnya Aman Firdaus dah follow Twitter Arib, yeahh! Syukur Alhamdulillah, seorang lagi blogger terhebat kenal Arib. Thanks bro Aman!


Yeah, inilah amanz.my . Kalau korang nak tahu berita terbaru pasal dunia IT, bukak laman web ni, hehe ;D

Hah, memang best sebenarnya kita berblogging ni. Arib akui, dengan blogging ni la kita dapat merasa diri kita amat berharga, haha. Yeap, melalui pengalaman Arib, Arib sendiri pernah merasa apa yang Aman Firdaus alami. Yeahh, maksud Arib blogger celebrity. Kat sekolah, Arib lebih dikenali dengan adanya Arib’s Blog ni. Rata-rata pelajar even yang tak kenal pun kalau jumpa jew dengan Arib, reaksi pertama ialah open cerita pasal blog Arib ni. Memang tak sangka ramai jugak yang tau pasal blog ni. Dan apa yang paling best, cikgu kat sekolah pun selalu baca, OHH!

“Arib! Kenapa tak update blog? Cikgu nak baca nihh.”

“Awak Arib Ismail kan? Saya selalu bukak blog awak. Best sangat!”

“Best lah blog abang! Lagi-lagi yang pasal Singapore tuhh. Nak pergi jugak!” (Thanks junior! ;D )

“Arib! Aku selalu tengok blog kau. Cantik!” (dedicated to Hamizan Fakhri, hee. Thanks Hamizan! Tak sangka kau baca jugak blog aku ni. Facebook bila nak buat? :D)

So, kalau nak jadi blogger celebrity ni, korang mestilah kena ada blog dan personaliti yang menarik, baru populariti naik, hehe. Blog tu bukan bermaksud kena buat lawa lawa (macam blog ni, cehh), tapi cara penyampaian cerita tu memainkan peranan yang penting sebab melalui aspek tu la orang akan sentiasa nak bukak sesebuah blog tu, hee. Bagi personaliti, apa yang penting ialah mestilah seorang yang friendly. Baca post kat blog jew rasa macam pembaca dengan penulis tu dekat jew. Gunakan ganti diri nama yang lebih mesra dengan pembaca seperti saya atau nama sendiri. Dan lagi satu, friendly maksud Arib kat sini, selalulah balas comment atau mesej kat blog, Twitter, Facebook, dan sebagainya. Melalui perkara inilah membuat korang dengan pembaca akan lebih mesra, hee. Yang selebihnya, boleh tanya Aman Firdaus sendiri, hehe.


Kepada peminat benda benda ‘sumber terbuka’, linuxmalaya.com mesti kena pilih , hee 😀


Apa erk gajet baru yang best? gajet.net ada jawapannya, hehe ;D

Sekian sahaja untuk kali ni. Kepada bro Aman Firdaus, best dapat jumpa semalam. Nanti kalau ada Sembang IT, roger roger la erk, naik join, hee. Terima kasih kerana membaca! Wassalam.

Editor: Haha, bila baca balik post ni dah macam post jumpa artis lah pulak. Even dah jumpa ramai orang-orang popular seperti Maher Zain, Dr. Sheikh Muszaphar, A. Samad Said, Erin Malek (ehh? hoho), dan ramai lagi, tak pernah Arib buat post macam ni kat blog. Senang cerita, Aman Firdaus memang famous kowt, haha.

About Arib Ismail

Seorang yang meminati dengan dunia komputer dan berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti saya di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*